BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

Masturat Acheh,Indonesia..

Bertemu kembali..semalam sempatla aku pergi nusrah jemaah masturat yang datang ke halaqah jiran tempatku..walupun nak ke tempat tu dalam 40 minit..tetapku nak pi gak..bukan senang nak jumpa jemaah dari tempat yang pernah menggegarkan dunia dengan peristiwa tsunami nie..kebetulan semalam hubby ambik mc..dapatler aku p ngan sorang lagi ahlia karkun kawasanku..sesampai kat umah tuan rumah..aku pun bertaarufla dgn jemaah ni..ada 5 orang sumanye..umur mungkin antara 30an hingga 45..erm..aku pun ambilla kesempatan bertanya keadaan Acheh sekarang ni..sorang jemaah tu citerla...dia kata Acheh sekarang nie lebih maju dari dulu dan lebih cantik dan pesat pembangunannya..ooh..Alhamdulillah..di sebalik musibah tu ada rahmat Allah turunkan..dan dia kat asbab tu juga usaha agama di sana semakin berkembang..jemaah luar pun banyak yg ke sana..bagusla tuh..tapi yang x bestnye jemaah tu kata,lepas tsunami ni..maksiat makin banyak..dan berleluasa..huh..tu yg x best dgr tuh..manusia mudah lupa di atas apa yg telah Allah timpakan pada mereka sebelum ini..sedangkan Allah dah beri peringatan dengan musibah sebesar tu pun,manusia masih lagi lalai dan buat kemaksiatan,apatah lagi kat negara kita yang dikatakan aman dan makmur..fikir2kanla..kena byk muhasabah diri ni..memang diakui kerja agama di Indonesia begitu maju berbanding negara kita.. xtahula kenapa..agaknya orang Malaysia ni manja kot..tak tahan di uji..


Petang tu juga orang nusrah pun ramai datang..lebih 30 orang..dapatla dengar bayan dari jemaah Acheh ni,masyaAllah,bayannya sungguh menyentuh hati..citer pasal iman yakin jer...klu bayanpun biasa berkisar tuh jer..tapi semalam mmg menyentuh hati dan sanubari lagi..ingat lagi pembayan citer pasal sebiji buah mangga..hari ni manusia tak nampak kebesaran Allah disebalik buah mangga..contohnya kita beli buah mangga 5 biji,tetiba ada satu tu busuk..yang peliknya kat luar kulit cantik dan kuning jer,takde tanda lubangke..tetapi bagaimana bila belah buah tu ada ulat di dalamnya..maka kita pun marahla pada penjual tu kata jual buah yang busuk walhal penjual tu sendiri x tahu yang buah tersebut busuk..Kita tak pernah terfikir bahwa Allah nak tarbiyah kita melalui buah tu yang mana kekuasaan Allah jelas terlihat..Allah yang Maha Berkuasa menjadikan buah yang sama ada yang elok dan ada yang berulat..Maha suci Allah..terasa kecilnyer diri ni..sbb jarang bersyukur bila Allah uji camtuh..pembayan plak waktu berdoa, cam menangis je suaranye..kami yang masturat ni..apalagilah...soksek,soksek..terkesan dgn doa..mudah2an doa tersebut diperkenankan Allah hendaknya..habis bayan buat tasykil..InsyaAllah dalam hati tu teringin gak azam nak kuar masturat ke Indonesia,mudah2an Allah izinkan..ameen..

Sunday, June 28, 2009

Majlis Ta’lim wa Ta’allum.(Belajar dan mengajar)

Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw yang mana Allah telah perintahkan Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia. Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka rasulullah saw,maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah,ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah tersebut.

Tujuan Majlis ini diadakan ialah:

1) Semata-mata untuk mengingati Allah dan mendapat keredhaanNya

2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah nabi bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.

4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah yang maha luas.

5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah nabi saw.

6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti nabi dan para sahabat.

7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”

Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa2 pesertanya akan diganti dengan kebaikan,satu majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah saw ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah merupakan kebun-kebun syurga.

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya RAsulullah saw bersabda,

“ Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membawa kitab Allah,saling mengajarkan sesama mereka,melainkan diturunkan kepada mereka sakinah,diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya” (Hr. Muslim dan Abu Daud)

P/S:

Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir. Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum dan menghias rumah melebihi keperluan. Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah,ibadah seperti sembahyang sunat,quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.

Untuk kaum wanita hendaklah bagi masa selama satu jam setengah setiap minggu bagi menghadari Majlis Taklim Mingguan. Taklim mingguan ni penting kerana ia umpama markaz bagi kaum wanita belajar agama. Janganlah bagi alasan kita sibuk atau kita ada hal. Kalau kita bagi masa untuk majlis taklim ini, insyaAllah ,Allah akan jadikan ia asbab hidayah. Kita kena usaha untuk dakwahkan kepentingan majlis taklim ini pada orang lain.

Thursday, June 25, 2009

Sembahyang di awal waktu


Sembahyang merupakan perintah Allah yg pertama diwahyukan Allah kepada Nabi saw. Kenapa kita kena menjaga sembahyang di awal waktu terutama kaum wanita..?. dikatakan wanita ini mempunyai 3 perkara yang mana jika ia melengah2kan sembahyang menyebabkannya mendapat dosa.

1) haid/nifas
2) kedatangan tetamu
3) mati

Justeru kaum wanita perlulah peka pada keadaan ini..

Apa maksud sembahyang?
Maksud sembahyang ialah untuk kita membawa sifat2 di dalam sembahyang ke dalam kehidupan seharian kita spt menutup aurat,menundukkan pandangan,membaca ayat al-quran,berzikir dan berdoa. Apabila di dalam sembahyang kita mensucikan diri dengan berwudhuk,fikiran kita hanya tertuju pada Allah swt,lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar sembahyang pun kita harus melakukan perbuatan seperti itu.

Kita juga perlu meyakini bahawa dengan sembahyang Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat2 dahulu mereka begitu yakin dengan sembahyang sehingga anak yang mati boleh hidup kembali,pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dll. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan sembahyang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah,sehingga apa sahaja yg mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah swt. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda" Barangsiapa yang menjaga solahnya,maka ia akan mendapat lima keuntungan,
1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab.

Untuk mendapat hakikat sembahyang ini maka kita kenalah jaga sembahyang kita di awal waktu dan galakkan suami dan mahram kita yg lelaki untuk bersembahyang di masjid...setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah mengikut waktu sembahyang,bukan waktu sembahyang itu mengikut pekerjaan kita maksudnya 5 ke 10 minit sebelum waktu sembahyang kita dah prepare wudhuk dan sudah berada di tikar sembahyang..biarlah kita menjadi manusia yang sentiasa tertunggu2 waktu utk mengabdikan diri pada Allah swt. Hendaklah kita bawa lima sifat dalam sembahyang kita iaitu:
1) Keyakinan yang sempurna terhadap janji2 Allah.
2) Sembahyang seperti yang dicontahkan oleh Rasulullah saw.
3) Tahu hukum sembahyang,sembahyang tawajjuh,x lalai dan sebagainya.
4) Bawa sifat ehsan,di mana kita meyakini bahawa Allah senantisa melihat kita,walaupun kita tidak dapat melihat Allah.
5) Ikhlas yakni niat sembahyang semata2 kerana Allah.

Selain itu juga kita perbanyakkanla sembahyang2 sunat yang lain seperti tahajjud,dhuha dll agar sembahyang tersebut dapat menampung kekurangan sembahyang fardhu kita..mohonlah pada Allah semoga Allah masukkan dalam diri kita sembahyang yang khusyuk..


Monday, June 22, 2009

::Wahai diri..Insaflah::

Ya Illahi,

Tika manusia sedang lena di buai mimpi,
Kau kejutkan aku dari tidur yang lena,
Untukku menyerah diri,
Mengabdi diri padamu Illahi,
Memohon doa Rabbul Izzati,
Di atas kejahilan diri,
Yang banyak melakukan dosa dan terkadang lupa diri,

Ya Rabbi,
PAdaMu ku bermohon,
Moga hidupku mendapat redhaNya,
Segala mehnah yang dilalui,
Akan ku tempuh dengan sabar dan tabah hati,
Kerna apa yang berlaku tika ini,
Telah tersurat sejak azali,

Ya Tuhan,
Kuatkanlah aku,
Teguhkanlah iman dihatiku,
Agar ianya tidak goyah menuruti hawa nafsu,
Yang semakin bermaharajalela dalam diriku,
Ku sedar diri ini,
Hanya insan lemah yang dhoif diri,
Bukan dunia yang ku cari,
Tetapi keredhaan dariMu Illahi,
Bukankah hidup ini sementara sahaja,
Yang pasti akhirat yang kekal menanti di sana

Ya Allah,
Ampunilah aku Ya Allah,
Moga pintu taubatMu sentiasa terbuka,
Menerima diriku seadanya,
Apa yang berlaku telah berlalu,
Yang akan datang masih tidak ketahuan,
Tetapi ku mengharap,
Ada sinar kebahagiaan,
Menyinari hidup ini,
Dengan rahmat dan limpahan kasih sayangMu,
Ya Rabb....

Friday, June 19, 2009

Cerpen: Suamiku orang Tabligh...

Cerpen ni di tujukan pada  mereka yang masih tidak memahami usaha dakwah dan tabligh ni..:)


                                        *********************************

 

Eja merenung jauh di balik tirai jendela rumahnya. Permandangan di luar rumah sungguh mendamaikan. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan dirinya tinggal di kawasan kampung..baginya kehidupan di kampung lebih tenang berbanding hiruk pikuk kehidupan di bandar. Tiba-tiba hatinya merasa sebak. Tika ini dia bersendirian di rumah mengenangkan suaminya yg sedang khuruj ke jalan Allah selama 3 hari.

 

                              ***********************************

 

“Eja,mak ada berita nak sampaikan kat Eja ni..” beritahu mak  suatu hari di waktu kami sedang bersarapan.

“Apa dia mak,lain macam jer bunyinya..”Eja memandang wajah ibunya. Sejak ayahnya meninggal,ibunyalah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan bergantung harap. Sayangnya dia pada ibunya tidak bertepi. Dia sanggup bersusah payah demi melihat ibunya gembira.

“Semalam,masa kamu pergi tadika,ada Badrul dan ibubapanya datang jumpa mak. Dia nak merisik kamu. Kalau kamu terima,3 bulan lagi majlis perkahwinan dan nikah akan dijalankan”beritahu mak lagi.

“Hah!..Badrul anak pak Hashim tu ke mak. Yang keje kat kilang hujung kampung kita tuh?”Eja agak terkejut bercampur teruja.

“Ha’ah..dialah.sapa lagi..”

Hati Eja berbunga. Dia sebenarnya memang menaruh hati pada Badrul. Badrul,seorang pemuda lulusan kejuruteraan dari UTM. Bekerja sebagai jurutera di kilang kampung ini,berwatakan sederhana,berkopiah sentiasa di kepala dengan janggut yang sejemput, berpakaian kurta dan berseluar slack, mencerminkan identiti islamiknya. Manakala Eja gadis kampung lulusan STPM,dan bekerja sebagai guru tadika berdekatan rumahnya. Apapun dia seorang yang memelihara diri dan maruah. Menutup aurat yang sempurna seperti mana yang disyariatkan Allah. Sudah tentu dengan niali-nilai Islam yang diterapkan ibu padanya menyebabkan hidupnya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik.

“Arghh..alangkah gembiranya seandainya aku dapat memiliki Si Badrul.”bisik hati kecil Eja.

“Heh Eja,dengar tak apa mak cakap ni!.”sergah mak selepas melihat aku mengelamun seketika.

“Aah..aa..dengar mak. Ala mak ni,ikut makla. Kalau mak tarima,Ejapun terima juga. Mana yang baik bagi mak,baikla juga bagi Eja.”Eja tersenyum penuh makna memandang wajah ibunya.

 

                                 ****************************

 

“Eja sayang. Eja gembira tak kita dah jadi suami isteri.” soal Badrul sebaik mereka sah menjadi suami isteri.

“Mestilah gembira. Lelaki idaman yang Eja impikan menjadi kenyataan.”jawab Eja tersipu malu.

“Sebenarnya  Eja pun wanita pujaan abang. Bila pertama kali jumpa Eja,hati abang berdegup kencang. Apatah lagi bila lihat Eja pergi tadika perpakaian jubah dan bertudung labuh. Sejuk hati melihatnya.”bagitahu Badrul berterus terang pada isterinya.

“Yeker..tima kasih bang. Eja harap abang sudi bimbing diri Eja ni jadi isteri dan wanita solehah” jawab Eja.

“InsyaAllah sayang. Bukanke dalam al-Quran ada kata  wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat”

Eja tersenyum memandang wajah suaminya..hatinya kini sudah dimiliki oleh insan yang didambakan selama ini.

 

                                 *********************

 

 

Pulang dari kerja,Eja menyambut Badrul dengan bersalam dan mencium tangan suaminya dengan hati yang gembira. Dia menatap wajah suaminya yang agak kepenatan.

“Banyak kerja  ke bang,letih jer nampaknya..”tanya Eja pada suaminya.

“A’ah sayang. Keje kat kilang tu melambak-lambak. Lagi pula,kilang abang bulan depan kena shutdown.lagila sibuk”jelas Badrul semula.

“Oh..gituker..”Eja tersenyum memandang suaminya.

Setelah menukar pakaian, mereka berdua menikmati minuman petang. Erm,air kopi habbatussauda’ dengan kuih karipap.

“Sedap kuih ni,pandai Eja buat yek. Kalau makan sedap-sedap camni..gemukla abang”

“Ala abang  ni..biasa je kuih tu..pandai-pandai je abang ni” Eja mencubit lengan suaminye kerana usikan itu.

“ Ni abang nak bagitahu ni,esok abang nak kuar 3 hari tau.”

“Esok ke bang?.kalu tak kuar tak bleh ke..sunyilah Eja abang takde 3 hari ni” Saja Eja bertanya begitu. Dia memang tahu,sejak berkahwin dengan Badrul,setiap bulan memang wajib suaminya keluar dakwah selama 3 hari.

“Yelah sayang..dah lupaker?”

“Ermm..ingatlaa..saja jer tanya,”

Sebenarnya Eja berat hati nak bagi suaminya keluar. Usia perkahwinan mereka baru 4 bln. Seharusnya waktu yang ada dihabiskan bersama-sama kerana mereka berdua masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain. Dia sendiri pun masih tak faham dengan usaha  dakwah dan tabligh. Hatinya sedikit memberontak bila mengetahui Badrul terlibat dlm usaha ini..Apatah lagi  rata-rata kawannya memandang negatif dengan usaha tabligh ni.

            Memang dia akui Badrul seorang suami yang taat pada perintahNya. Solah lima waktu berjemaah di masjid adalah wajib baginya. Tiada istilah lelaki solah di rumah. Amalan tahajjud,tilawah al-quran dan zikir merupakan amalan hariannya. Dan yang pasti bila berbicara terserlah ilmu agama yang dimilikinya. Lantas, Eja seharusnya bersyukur dengan Allah atas kurniaan ini. Cuma dia masih cuak dengan kerja dakwah ini. Perluke buat kerja ni di zaman moden dan teknologi seperti sekarang ni. Kenapa tak dakwah guna radio ke, buku ke, tv ke, Internet ke, macam ustaz atau penceramah  agama buat sekarang ni. Arghh..Eja terkeliru..bingung..sememangnya dia terlalu baru untuk memahami susur galur perjuangan dakwah tabligh ni.

 

                               ********************************

 

 

Suatu malam  Eja dan Badrul berbicara tentang usaha dakwah dan tabligh ni.

 

“Sayang,apa yang sayang tahu pasal jemaah tabligh ni?” tanya Badrul pada isteri tercinta sambil membelai ubun-ubun isterinya.

“Entahla bang. Yang Eja tahu,orang kata tabligh ni suka tinggal anak bini berbulan-bulan. Tak bagi nafkah zahir batin kat keluarga.” Jawab Eja jujur.

Badrul tergelak mendengar jawapan isterinya. Itulah manusia menilai sesuatu dari luar tanpa mahu memahami isi dalamnya.

“Eja sayang,cuba Eja fikir,orang tabligh je ker yang tinggal anak bini. Habis tu,orang zaman sekarang ni, yang pergi kursus, outstation, pastu ada yang kerja kat pelantar minyak,sebulan di laut sebulan di darat, ada pula yang suami sambung belajar bertahun di luar negara, cam tu tak pe pulak, takde pun orang nak pertikaikan. Cuba Eja renung firman dalam al-quran yang mafhumNya: 

"Katakanlah: jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya, serta tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah, rasulNya, dan jihad di jalan Allah maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya,.." (At-taubah:24)

"Erm,betul juga kata abang.entahlah, Eja pun tak tahula bang. Eja sendiri pun baru nak belajar mengenali dakwah tablligh ni.”

“Sebenarnya uasaha dakwah ni kerja nabi, Ejakan tahu macammana nabi, baginda adalah kekasih Allah. Sanggup bersusah payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni,kena ejek, kena baling batu sampai berdarah,kena lempar dengan najis,jumpa orang rumah ke rumah,lorong ke lorong,semata-mata nak ajak manusia kembali kepada Allah,supaya dapat hakikat Lailahaillallah, tidak menyembah makhluk tapi menyembah Allah yang Esa. Kita ni umat akhir zaman. Allah jadikan kita sebaik-baik umat,kan dalam al-quran ada kata:

            “Kamu sebaik2 umat, yang telah dilahirkan bagi faedah manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah” (Ali-imran:110)…”

 Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya 10% sahaja berbanding usaha sahabat sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, anak bini, semata-mata nak syahid di jalan Allah, semata-mata nak tengok kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi Allah taala telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga utk mereka. Lagipun sayang, abang tinggal Eja ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar dan Ismail yang di tinggalkan Ibrahim. Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sekarang asbab untuk mereka hidup,takde rumah,makanan dan tempat tinggal,tiada jiran-jiran,tapi sebab redha dengan perintah Allah dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim rela melakukannya. Eja ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa,cukup peralatan rumahnya,keperluan dah abang sediakan…takkan camtu pun tak sanggup lagi. Habis..Eja nak abang berkepit duduk bawah ketiak Eja 24 jam. Camtuh?”Badrul sengaja mengenakan isterinya sambil mencubit hujung hidung isterinya yang mancung itu.

“Bukanla sampai macamtu bang. Cuma Eja cemburu, orang lain, bila suami balik kerja, ada kat umah sampai malam,pastu bleh main ngan anak-anaknya,sembahyang pun kat rumah berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Aada masa bermesra ngan keluarga. Tapi abang,balik kerja rehat sebentar,pastu pukul enam lebih dah nak kena pergi ghastla,mesyuaratla,malam markazla..kalu hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang. Balik pun lewat malam.”Eja menerangkan situasi yang sedang dilalui ini.

“Itulah namanya lima amal masjid. Yang kita kena keluar 3hari,40hari,4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja nabi,untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah,dan bila balik,Medan perjuangan kita adalah dengan menghidupkan lima amal masjid ni. Fikir harian atau mesyuarat harian, pastu khususi orang tertentu kena bagi masa dua jam setengah,pastu buat taklem di rumah dan masjid,kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru. Lima amal masjid ni merupakan amalan masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni,kita nak belajar bagi masa untuk agama,dunia dan akhirat kena seimbang. Duniakan jambatan untuk akhirat..cuba kita tengok jambatan.mana ada orang bina rumah ke,istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang tau.” Terang Badrul panjang lebar sambil melirik mata pada isterinya.

“ Takpelah bang. Eja cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi Eja akan berusaha untuk mengatasinya”

“Camtulah isteri abang yang cantik jelita ni. Nanti abang bawa Eja jumpa ahlia karkun kat kampung ni. Hah,ahlia cikgu Abas tu,dia dah banyak pengalaman keluar masturat tau. Blehla Eja belajar daripada ahlianya.dan lagi Eja bleh berkenalan dengan ahlia karkun bila pergi taklem mingguan masturat nanti. Jangan lupa beri tasykil untuk keluar masturat 3 hari,yerk!” Eja tersenyum  memandang suaminya.

“InsyaAllah bang” jawab Eja.

 

                          *************************************

 

Eja tersedar dari lamunannya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir di pipi. Sesungguhnya dia hanya manusia biasa yang lemah untuk menghadapi mehnah ini,mungkin dia terlalu berharap Badrul menjadi hak milik mutlaknya. Tetapi dia lupa,bahawa manusia ini adalah pinjaman sebagaimana firman Allah:

        “ Sesungguhnya Allah telah membeli pada  orang mukmin itu dirinya dan hartanya dengan memberikan  syurga untuk mereka” (At-Taubah:111)

Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat,harta,darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan,sudah tentu semuanya sia-sia sahaja.

“Yeah,aku harus kuat,kuat untuk memperoleh keredhaan Allah. Biarkan manusia yang tidak faham dan tidak mahu mengerti usaha dakwah dan tabligh ini. Tapi aku akan sentiasa berdoa semoga Allah istiqomah dan kekalkan aku,suami dan generasiku hingga hari akhirat dalam usaha ini, dan semoga Allah bagi kefahaman pada mereka yang memandang serong,membenci atau menghina kerja ini. Ameen” bisik hati Eja.

 

TAMAT

 

Tuesday, June 16, 2009

Travelling day..40h masturat India

Bertemu kembali..

Kali ini aku nak sambung citer masa kuar 40h masturat 2007..adalah peristiwa masa kami pulang dari tempat tasykil ke Nizamuddin..sepatutnyer kami 5 pasang,tp ntah camner kami punyer amir shab kena pulang sehari sebelum kami semua..jd tinggalla kami 4 pasang..,actually,masa beli tiket keretapi,tiketnye byk dah sold out.sebab masa kami pulang tu adalah hari kismas..jd tiket kami dapat tu untuk wanita dan lelaki tiada tiket yg satu gerabak,atau bersebelahan..yg ada gerabak utk kami masturat terpisah ngn lelaki sbyk 7 gerabak..jauhnyer..camner kami masturat nak uruskan diri sdgkan lelaki(suami kami) 7 gerabak terpisahnyer..dlm hati kami dah terbayang kesusahan yg bakal ditempuhi dlm keretapi nanti..camner nak pasang tirai,camner nak angkut barang2 kami yg bertimbun tu,sdgkan kami cuma 4 pasang..nak wat keje dlm masa keretapi yg berhenti sekejap tentu sukar..takut2 kami yg tertinggal..macam2 kami fikirkan..kamipun tawajuhla byk2 padA Allah ..hanya Dia yg dpt memudahkan urusan kami ini.tapi dlm kami masturat ni terbyg kesusahan tersebut..

 

Tiba hari berangkat..rupa2nyer ramai org tempatan yg ikram kami ni..Alhamdulillah..masa kami berangkat pun lewat mlm..so bila keretapi tiba..cepat2 mereka tolong angkat barang2 kami..ditemani sorang suami masturat pengganti amir shab..yg 3 org suami kami uruskan kan tempat lelaki..selesai satu masalah..tiba pulak masalah kami berada dlm gerabak..ya Allah,macam mana nak uruskan tirai dan nak susun barang2 ni coz tempat kami,dlm satu gerabak keretapi tu ada bahagian gerabak2 kecil,satu gerabak kecil tu ada 6 seat..pastu kat seat tersebut dah ada 2 org wanita dan sorang lelaki duk di situ..takkan kami nak duk ngn org lelaki tersebut..oh tidak..dlm pada kami kalut ni..masa tu keretapi dah nak bergerak..tetiba dgn nusrah Allah kami terkejut ada hamba Allah bagi salam..rupa2nya ada pulak jemaah Malaysia dr Johor yg di tasykil ke Madras tersesat berada dlm keretapi yg kami naiki..MasyaAllah tak sangka sungguh..Punyalah byk keretapi..dr siang ke malam,.ada juga tersangkut jemaah yg satu negara dgn kita..sungguh besar kuasa Allah..Gerabak mereka bersebelahan gerabak kami masturat..maka dgn pertolongan jemaah Johor ni..dapatla pengganti amir shab ni urskan kami punya barang dan wat tirai..sebelum tu setelah berbincang ngn lelaki yg ada kat seat kami tuh,maka dia sanggup tukar ke seat lain..tinggallah 2 org wanita tersebut..Alhamdulillah, x sangka wanita tu setuju bila kami nak wat tirai kat seat tu..so dengan wanita 2 org tu skali..terhijab..hehe..:)leganyer..

 

Alhamdulillah..syukur kerana Allah mudahkan urusan kami.bila dah selesai urusan tersebut,maka suami2 kami tlh putuskan utk khidmat kat masturat..2 org akan jaga kami kat gerabak masturat dan 2 org lagi duduk di gerabak mereka.buka apa utk keselamatan klu apa hal2 dan memudahkan kami nak ke toilet...bila kami kaum masturat dah duduk di tempat kami..2 org wanita tadi..asyik tengok kami..pelik agaknyer tengok kami bertutup sampai tak nampak mata..yg kami kaum masturat ni hanya tersenyum je..kami pun bukalah purdah kami..kesian plak..mereka berdua pun pandang kami ni dah semacam jer…yg kami ni plak nak sembang ngn 2 org wanita ni,x tahu sgt English..so mereka harap aku jer..aku pun bukan fasih sgt English takat broken English tu blehla..yg 3 org kawan ku ni dah surender awal2 nak cakap ngn wanita ni..so nak tanak akule taaruf ngn wanita ni..wanita yg aku sembang nie..pelajar lg..pertama soalan dia tanya kenapa pakai pakaian hitam begini..aku pun cubala explain seboleh mungkin..cakap ni pakaian sunnah,kami tgh kuar belajar agama and bla..bla..dia kata first time dia nampak org islam pakai camni..oh yeker..pastu dia kata org islam kat tempat dia belajar,xde pun yg tutup aurat..so,aku pun cubala explain yg aurat ni sebenarnyer wajib utk org wanita and bla.bla.dan dia mengangguk2 jer..x tauler paham ke tak..coz aku nak cakap lebih2 pun byk English word aku tak tau..sekadarnyela aku explain..pastu dia citer yg dia ni org singh..ingat tadi hindu ker..singh ni kuat gak penganut dia..dia citer la bla..bla..pasal agama dia..erm..takpelah..ikram pd dia..dgr jerla..tapi yg best tu takdelah dia takut ngan pakaian yg kami pakai..malah memujinyer..tima kasihler..harap2 pujiannya ikhlas..moga2 suatu hari nanti Allah campakkan hidayah utk 2 org wanita ni..mana taukan..dan perjalanan kami berjalan lancar hinggalah ke Nizamuddin..letihnyer 16 jam dlm keretapi..tapi semuanyer tu memberi pengalaman yg manis pada kami jemaah yg kuar ini..Moralnyer..Apa yg berlaku ini..semuanye utk tengok tawajuh kita samada pada Allah atau makhluk..yg pasti bila kita tawajuh pada Allah pasti Allah mudahkan urusan kita..syukur Alhamdulillah.FirmanNya:

"Hai org2 yg beriman,jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.." (Muhammad:7)


Sunday, June 14, 2009

Kenduri Kahwin..


Bercerita mengenai kenduri kahwin ini,terpanggil aku utk mengulasnya. Sebenarnya dalam Islam utk dpt keberkatan dlm rumah tangga maka asas yg harus dibentuk dan dijaga adalah melalui kenduri kahwin itu sendiri.Kenapa aku kata begitu? kerana utk melahirkan generasi yg soleh solehah dan keluarga bahagia adalah melalui kenduri perkahwinan yg berkat dan diredhai Allah.
Cuti sekolah adalah waktu yg sinonim utk majlis perkahwinan..tak ketinggalan adik iparku sendiri melangsungkan perkahwinannya..apa yg pasti memang kenduri kahwinnya meriah,ramai tetamu hadir,tapi pada diriku cukup sengsara menanggung selama 3 hari aku berada dlm suasana kenduri ini..kerana apa?kerana:
~Pelamin..aku cukup x berkenan ngn pelamin ni..bila aku sampai kt umah mentua ku,nampak je palamin ni,istighfar panjang aku dibuatnya..apa tujuan pelamin tu kalau tak utk menunjuk sang pengantin bersanding megah sebagi raja sehari..xpelah kalu yg menyaksikan hanya kaum kerabat saudara mara..ini yg sedihnya satu kampung menatapnyer..siap bergambar beramai ngn kengkawan yg datang satu rombongan bas..kawan2 plak campur lelaki permpuan..dan pengantin plak off coursela berhias dan make-up cam artis..ya Allah,aku yg melihatnye tak tergamak nak menanggung dosa mereka..mgkin zahirnye mereka x tahu,or jahil or anggap sebagai satu keseronokan,tp padaku,seandainye dlm Islam tdk diajar sebegitu,mengapa harus kita ikut..bukankah ia bibit ke arah dosa..
~percampuran lelaki perempuan juga satu maslah dlm kenduri kahwin,susah nak jumpa kenduri kahwin yg benar2 jg syariat,maksudku,kaum wanita hanya dgn wanita..,dan lelaki dgn lelaki,dipisahkan dgn tirai atau tabir..kan bagus kalu begitu..ni tak,lelaki perempuan gotong royong masak bersama,suami org tu cerita dgn kita,kita cite ngn laki org,x depun rasa malu..yg penting kenduri berjalan lancar,lauk pauk dpt siap sempurna utk jamu tetamu..erm..x taulah.
~Aurat..yerk..yg pasti nak jaga aurat memang payahla..aku yg full hijab pun susah nak jaga purdahku waktu kenduri ni..nak tak nak aku duk dlm umah jer..minta maafla..aku snggup tak tolong mereka di luar umah semata2 nak jaga auratku..sebenarnya aurat ngn ipar duai pun kena jaga,tapi aku x mampu nak laksanakan..iyelah contohnyer..kalu kita singsing baju hingga ke siku..aurat kita pasti nampakkan..so,memang payah nak jaga..istighfarla bebanyak..lagi satu bila dah ramai2 ni,dengan adik beradik suamiku dan anak masing2..nak tido pun payah..bilik pun terhad..so bergelimpanganla satu keluarga dn keluarga yg lain tido di anjung..isk,malu sungguh..aku pun cover2la jgak..segan sungguh..dua malam aku terpeliharadpt tidur di bilik..cuma satu mlm tu terkantoi tidur di ruang tamu..sedih sebenarnyer..
~Pembaziran sudah tentu tak dpt dielakkan..makanan yg di buat perhiasan utk makan beradab terbuang begitu saja..entahlah,,pada aku tak perlu pun nak dihias makanan tu,..memangla cantik siap di ukir buah2an,sayur2an,tapi yg sedihnyer tak di makanpun..last2 tong sampah juga yg dpt..isk..isk..
Sedih sebenarnya apabila permulaan perkahwinan itu dah ada unsur2 pembaziran dan maksiat..masa kat Nizamuddin dulu,ada maulana bagi bayan,perkahwinan yg terbaik adalah yg plg sedikit belanja kenduri kahwinnya or plg sederhana..kalu kenduri tu kita tau ada unsur kemaksiatan,maulana tu kata tak pergi pun takpe..tapi kita di Malaysia ni,masih lemah dlm bab2 kenduri ni,sifat ikram kita pun tinggi,nak tak nak pergilah juga utk jaga hati tuan umah kenduri tu wlupun kita tau kenduri ni pasti ada pelanggaran syariatnya..Entahla..manusia ni suka mengejar keseronokan dan kesenangan yg sementara tanpa mengira natijah di hari kemudian.
InsyaAllah utk generasi anak2ku,akan ku pelihara sunnah dan syariat Allah,kalu anak2ku kahwin suatu hari nanti,aku nak buat kenduri doa selamat dan jemputan ala kadar sahaja..pedulikan kata2 org..Kita hidup bukan utk cari redha manusia dgn kemurkaan Allah,tapi dgn kemurkaan manusia mendapat keredhaan Allah..insyaAllah
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Saturday, June 13, 2009

Fikir Alami


Allah Taala ialah rab kita. Nabi Muhammad saw pesuruh Allah.Nabi pesuruh Allah,jadi kita kena ikut keseluruhan cara dan sunnah Nabi SAW. Yakin al-Quran yg mana menyuruh kita melakukan tugas dakwah ini.kita sebagai umat nabi perlu teruskan usaha nabi saw ini..hari ini manusia lebih byk memikirkan ttg dunia,bagimana nak maju dlm perniagaan,berjaya dlm pepriksaan,dpt ijazah phd,dapat hidup senang dll jauh sepertimana fikir dan risau yg dimiliki Nabi SAW..
Apa dia Fikir Alami?..
Fikir alami ialah fikir risau ttg umat. Macammana semua umat hingga bayi yg terakhir sebelum kiamat dpt mati dgn kalimah Lailahaillah.Tugas ini adalah utk kita semua dan merupakan jln terbaik utk kita ikut..hudallinnas..jd tugas kita jalankan adalah tugas dakwah illallah. Walaupun siapa kita,dari ceruk rantau manapun dtgnyer kita,semuanye adalah umat nabi saw. Kita ni adalah umat nabi pertama yg akan masuk syurga.Sslps tu umat nabi lain plak msk syurga.Zzaman nabi Musa a.s,umat bani israel minta jadi umat pertama masuk syurga tapi Allah tak izin dan tlh pilih kita umat Muhammad saw,Jadi kita kena byk2 bersyukur. Nabi sabar dgr karenah umatnye.jd kita pun kena sabar seperti nabi. Sunnah nabi semua besar ,paling besar ialah dakwah ilallah..
Nabi fikir umat sehingga hampir wafat pun nabi sebut "ummati,ummati". Kalau kita nampak org salah,klu bleh kita tegur. klu x mampu,kita bagitau cara baik dan klu x mampu juga,kita perlu sembahyang minta tolong dgn Allah. Klu nampak org wat salah,jgn fikir itu kesalahan dia tp kena fikir ianya adalah kesalahan kita yg lemah dlm berdakwah.
Untuk wujud fikir ini maka kita perlu:
~bertaubat kerana telah menzalimi diri sendiri dgn tidak melaksanakan amanah Allah.
~berdoa moga Allah masukkan dlm diri kita Fikir Alam ni.
~Tafakur bhw setiap saat ada manusia yg meninggal tanpa kalimah Lailahaillah dan mereka akan diazab di neraka,maka dgn pikir ini akan menyebabkan kerisauan dlm hati kita.
~Fikir bhw di dunia ini ramai manusia tidak amal agama dan ramai lahi non-muslim yg belum dpt hidayah.
~kita harus merenung bhw kehidupan manusia sekarang jauh dr sunnah nabi,tidak amal sunnah dan tidak amal agama.(tdk solah,tidak tutup aurat,pergaulan bebas dll)
~fikir bahawa masih byk masjid yg tidak dimakmurkan,tidak ada solah jemaah,tidak hidup 5 amal masjid dll
~KIta juga kena fikir kaum keluarga,jiran tetangga dan saudara amra kita yg masih belum dpt amalkan agama dan masih belum menjadikan dakwah sebagai maksud hidup.

InsyaAllah dgn mewujudkan sedikit fikir risau yg ada dlm diri kita ini,semoga Allah campakkan hidayah utk manusia seluruh alam.ameen

Thursday, June 11, 2009

Kenapa aku diuji?..

Kenapa aku diuji?
~Apakah manusia itu mengira bhw mereka dibiarkan shj mengatakan "kami beriman,sedang mereka blm diuji?dan sesungguhnya kami tlh menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org yg dusta (Al-ankabut:2-3)

Kenapa aku mendapat ujian seberat ini?
~Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(Al-baqarah:286

Kenapa aku rasa tertekan?
~Janganlah kamu bersikap lemah,dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yg beriman (Al-imran:139)

Kenapa aku masih tidak dpt apa yg ku impikan?
~Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bgmu,Allah mengetahui sdg kamu tdk mengetahui (Al-baqarah:216)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
~Wahai org2 beriman,bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dan mengerjakan perkara kebajikan) dan kuatkanlah (kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perang) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan (Al-imran:200)
~Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solah,sesungguhnya solah itu amatlah berat kecuali kepda org2 yg khusyuk (Al-baqarah:45)

Apakah ganjaran yg aku dapat daripada ini?
~Sesungguhnya Allah Taala telah membeli daripada org mukmin diri dan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka (At-taubah:111)

Kepada siapa mesti aku harapkan?
~Cukuplah Allah bagiku,tiada tuhan selainNya,hanya kepadanyalah aku bertawakal (At-taubah:129)

Tuesday, June 09, 2009

Kenapa kita keluar jalan Allah..

Setiap manusia pasti akan menemui Allah. Kehidupan ini tidak tahu berapa lama,yg taat dan berdosa akan jumpa Allah. Kita atas jalan hidayah,bila jumpa Allah,akan berjaya. Tanpa hidayah jumpa Allah akan gagal. Mafhum Quran:orang2dapat hidayah dr Allah,merekalah org2 berjaya.
Apa itu hidayah? hidayah ialah yakin hati kita dapat dibetulkan,Allah Maha Esa,agama benar,nabi benar,Dia yg sebenarnya. Apa jua yg dibagitau semua itu benar. Berita yg diberitau lebih benar dari 2+2=4.
Kenapa kita keluar ke jalan Allah?
Untuk membenarkan Allah,taat pada Allah. Maksudnya seluruh anggota diperbetulkan. Kita punya kemampuan dan harta sepertimana yang dikehendaki Allah. Ada yg miliki harta sedikit dan ada yg banyak. Dia berkehendak memberi kepada sesiapa yg dikehendakinya. Allah yg bagi nyawa dan kemampuan pada kita. oleh itu bagaimana kita nak guna harta ,anggota dan belanja di jalan Allah. Sekiranya tiada yakin dlm diri kita itu adalah bahaya kerana ada kerosakan tidak yakin pada Allah. salah guna anggota,harta dan kemampuan. Maka tidak akan tercapai apa yg diingininya. Allah tdak redha padanya. Allah hanya redha pada org yg ikut perintahnya. Segala anak kunci ada pada khazanah Allah. Allah hantar para nabi,tapi manusia lupa jalan tersebut. kita lupa bahawa kita telah terlupa.Cth:10 thn lupa atau lalai dlm solah. kehidupan tanpa amal kita akan bergaduh,berlawan sampai musnah.
Takut pada Allah ialah kita amalkan jalan hidayah seperti apa yg telah disuruh maka kita akan buat. cth:kita naik bas 7 pagi.bila bas bertolak kita tidur lagi,buat tak kisah. maka kita akan kena tinggal. tapi kalau kita risau x dpt naik bas itu,pasti kita akan buat persiapan awal dan bangun awal tunggu bas tersebut. Begitu juga kalau kita tidak taat perintah allah,Allah akan guna asbab utk azab kita. Bila kita hidupkan hidayah,Allah akan beri berkat dlm hidup. Beriman dan taqwa akn selamatkan diri dari perkara dilarang.seperti wayar positif dan negatif. Wayar iman ada 2 bahagian. satu gerak utk amal kebaikan dan satu halang dari amal maksiat.
Apabila kita buat kerja agama,akan datang kejayaan.Yakin iman akan meningkat ikut usaha nabi. Usaha atas kebendaan,yakin akan datang penipuan. Manusia tertipu dgn keduniaan. Barangsiapa tertipu kesannya dia akan lupa pada Allah. Hukumannya manusia lupa akan diri,lupa mati. Bila sedar hanya setelah dirinya mati. Cth:Masa org mencuri brgnya,dia tidur,bila sedar baru menangis. tidak guna kerana barang dah hilang.
Kalimah syahadah kena perbetulkan. Kena yakin padaNya. Tarik khazanah Allah Taala. Minta bantuan dari Allah melalui solah. Bantuan Allah tidak akan datang kalau solah tidak sempurna. Solah tambah doa kena perelokkan. Agama akan jadi asbab hidayah utk org lain.
Kesimpulannya setiap individu kena amal agama.tak kira munafik ke islam ke. belajar keluar jln Allah dan sebar agama .Siapa bantu agama allah,maka Allah akan bantu dia. Maka kena usahakan agama sebagai maksud hidup. Wallahualam.


Dipetik dan diubahsuai:
Bayan Maghrib Maulana Ibrahim,Nizamuddin,2007

Wednesday, June 03, 2009

Nusrah jemaah


Alhamdulillah...citer pasal nusrah jemaah nie,actually sekarang ni kat kawasan markaz tempat ku ada jemaah masturat 10h datang..walaupun jemaah ni kuar kt marhalah lain,tapi aku tetap pegi gak..coz jemaah ni adalah jemaah dari kampung suamiku...seronoknyer dapat jumpa mereka...iyelah..selalu masa balik kampung gi taklim mingguan kat umah akak yg kuar sekali masturat ni...akak nie memang byk pengalaman,kuar IPB dah 2 kali,pastu kuar Australia,ngn dlm negeri beberapa kali..memang jaga nisabla..pastu azam dia thn ni kuar kat Mekah..kira wat haji sekalila...bestnyer...sorang akak tu pun dah kuar IPB,negara jauh...kira marhalah kampung suamiku ni dah ramai masturat yg kuar negara jauh..insyaAllah..tahun depan turn aku plak nak kuar masturat 2bln negara jauh..hehe..semangat tuh..azam,azam :)...tadi cadangnyer nak sembang lagi ngn jemaah ..iyelah nak tauler karkuzari diorang yg dah byk pnglman nikan..tp x sempat coz nak balik sebelm zohor.....td sempatla dgr bayan..biasalah nak dkt Ijtimak Malaysia julai nikan..maka bayan pun berkisar ijtimak ni..insyaAllah marhalahku azam utk kuar 3h masturat be4 ijtimak ni berlangsung..
Tentu ada yg nak tau nusrah jemaah tu aperkan??...actually nusrah ni maksudnyer tolong..so bila ada jemaah yg dtg kat tempat kita,maka kita kenalah bagi masa nusrah kat jemaah ni..cam masturat yg dtg...maka org tempatan kena sediakan rumah utk kaum wanitanyer tinggal kat umah tersbt...kaum lelaki duk kat masjid..biasa jemaah masturat akan tinggal 3h bagi setiap umah yg diduduki..tuan rumah pula kenala iznkan jemaah utk guna barang2 yg diperlukan di rumah bagi kegunaan jemaah cam dapur,pekakas masakan ,bilik air dll..biasa akan disediakan satu bilik utk jemaah masturat ni..pastu nusrah tempatan plak cam masturat di kawasan tersebut blehla nak khidmat kat jemaah yg datang ni seperti khidmat masak ,khidmat program atau nusrah dgn tinggal skali sama jemaah masturat ni..sebaik2nyer klu nak pegi nusrah tu x yahla bawa anak..klu leh anak tu biar suami yg jaga..bukan ape,takut ganggu program terutama waktu byn..cam akuler..bawa anak td..hidayat sungguh..iyelahkan..bebudak bukan reti duk diam..sabar jela..insyaAllah dlm masa terdekat klu Allah izin aku nak terima jemaah 40h masturat dr Johor..seronokla bila ada jemaah dtg nie..walaupun first time jumpa,ntah sesapa ntah,tp bila wat usah tabligh nie,bleh plak izin org yg x kenal duk umah kita,tido,guna barang kita..hebatnyer kuasa Allah dlm kerja agama nie..cuba klu x wat kerja nie..nakke sesaja kita terima org yg x pernah kita kenal..confirm reject teruskan..tulah kasih sayang Allah pada hambaNya yg sanggup susah payah tinggal kg halaman,anak2 utk belajar kerja nabi nie dan pada tuan umah yg sanggup terima jemaah..
Daripada Al-Barra’ bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila bertemu dua Muslim dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Dan bila nak nusrah tu kenalah jaga adab2nyer..ikut adab dan usul juga tertib masturat..camtulah serba sikit penerangan ttg nusrah jemaah nie..mudah2an asbab jemaah yg datang ni akan jadi asbab hidayah seluruh alam..ameen...

Monday, June 01, 2009

::Renungan untuk wanita::



Wanita itu dekat dgn kemuliaan Nubuwah
Mereka membersihkan jalan para pejuang agama
Keringat mereka adalah tingkat hidup kita
Di dalam rahimnya berpahala syuhada
Ditentukan syurga di bawah telapak kakinya
Kesakitannya mewujudkan manusia
Dukacita menyelumuti hati,para malaikat bersedih pilu
Ketika wanita tidak peduli lagi,tubuh gemalai kerlingan mata
Pipi merah dada montok,berbaju ketat melukis tubuh
Pelbagai kenistaan digelar wanita
Zahirnya wanita,batinnya bukan wanita
Ia telah pecahkan mahkota kemuliaan
Terpisah salam mulia para malaikat
Doa berganti laknat
Kecantikan suci terburai berganti petaka
Aliran pahala berganti dosa
Sama sekali tak tahu malu
Mutiara itu untuk syurga,terhijab kerana harganya
Tertutup kerana mulianya
Bukan murah tak berharga
Masa ini masanya berlaku
Esok adalah menerima rasa
Hijab itulah pemeliharanya
Wahai pemelihara nikmat syariat Allah
Butakah hati yang tak mengenal Allah
Hinalah mereka yang tertawan nafsu
Jadilah Fatimah-Fatimah penyambung zaman
Jadilah Fatimah-Fatimah seterusnya
Sebagai pelahir Hassan dan Hussein yang baru
Dalam darahmu ada kesucian
Sabda NAbi saw:
Dunia ini adalah perhiasan
Dan sebaik2 hiasan adalah wanita solehah


Dipetik dan diubahsuai dr:
Buku Fadhilah Wanita Dai'yah
Ust.A.Abdurrahman Ahmad