BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 28, 2009

Majlis Ta’lim wa Ta’allum.(Belajar dan mengajar)

Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw yang mana Allah telah perintahkan Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia. Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka rasulullah saw,maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah,ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah tersebut.

Tujuan Majlis ini diadakan ialah:

1) Semata-mata untuk mengingati Allah dan mendapat keredhaanNya

2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah nabi bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.

4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah yang maha luas.

5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah nabi saw.

6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti nabi dan para sahabat.

7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”

Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa2 pesertanya akan diganti dengan kebaikan,satu majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah saw ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah merupakan kebun-kebun syurga.

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya RAsulullah saw bersabda,

“ Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membawa kitab Allah,saling mengajarkan sesama mereka,melainkan diturunkan kepada mereka sakinah,diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya” (Hr. Muslim dan Abu Daud)

P/S:

Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir. Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum dan menghias rumah melebihi keperluan. Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah,ibadah seperti sembahyang sunat,quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.

Untuk kaum wanita hendaklah bagi masa selama satu jam setengah setiap minggu bagi menghadari Majlis Taklim Mingguan. Taklim mingguan ni penting kerana ia umpama markaz bagi kaum wanita belajar agama. Janganlah bagi alasan kita sibuk atau kita ada hal. Kalau kita bagi masa untuk majlis taklim ini, insyaAllah ,Allah akan jadikan ia asbab hidayah. Kita kena usaha untuk dakwahkan kepentingan majlis taklim ini pada orang lain.

3 comments:

yanAzhad said...

salam,
nak minta izin copy & print notes pasal 6pesanan, 6 sifat dll dr sini ye.. Nak carik buku tak jumpa, nk pinjam n fotostat dr jemaah masturat lain tak sempat.. mohon nk print dr sini ye..
terima kasih..

karkunah said...

insyaAllah yana..silakan utk manfaat diri..

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Ana minta maaf jika soalan ini menimbulkan kemarahan mana2 pihak.
bukan nak mengungkit, cuma kebelakangan ini, banyak khabar yang mengatakan karkun sekarang banyak keluarkan hadis tanpa rujukan.
jd, ana cuma ingin tahu, hadis mengenai ta'lim boleh menghapuskan 100 majlis lalai 2 ad ke?
Bkn apa, Maulana Yusof rah. pernah menegah karkun supaya rujuk Muntakhab Hadis sebelum mengatakan Hadis. Tp ana masih belum jumpa hadis tersebut.
Jika anti tahu mengenainya, boleh kongsi dengan ana Insya'ALLAH?

ps: "Da'wah merupakan tulang belakang bg agama" 2 pn Hadis ke?