BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

Laporan masturat di Yala,Thailand...

Di bawah ini merupakan laporan masturat Malaysia yang telah keluar masturat 4o hari ke Yala,Thailand tahun lepas..Mudah2an kita dapat iktibar dan manfaat dari laporan ini...laporan ini diterima melalui emel yang di hantar oleh ahliahnizam


***************************************

Assalamualaikum

Alhamdulillah jemaah kami dibentuk dari januari 2008 hingga dikeluarkan pada 13 Nov 2008. Satu jemaah 40hari ke india dan jemaah akak 7 pasang ke Yala Thailand (semua dah pengalaman keluar 40hari IPB). Bayan hidayat di Seri Petaling rumah Hj Ghazi. Dari KL patah balik ke kedah usaha 3h dikedah. 18Nov bertolak ke yala dgn 4 kereta sendiri sampai magrib di Yala. Sampai saja rumah ust nawi kami di layan dgn begitu istimewa 5 star, daripada layanan peribadi hingga makan minum semua 5 star. Kami jemaah 40hari masturat Malaysia yang pertama dihantar ke Yala. 20 Nov bertolak ke Phuket tempat yang akak tak sangka-sangka nak pergi tapi dengan asbab dakwah allah telah hantar ke sana Alhamdulillah.Yala ke Phuket jarak 600km perjalanan yang jauh dan menyeronokkan melihat kejadian allah swt. Kami singgah makan t/hari di Krabi tempat yg telah dimesyuarat oleh syura, makanannya subhanallah 5 star. Sampai di phuket 11 malam terus dihidang makanan pelbagai jenis dan layanan 5 star. Phuket memang tempat yang allah cipta cantik dan indah menjadi idaman org seluruh dunia, ini adalah sebahagian kecil ciptaan allah didunia jika nak banding keindahan dan kenikmatan akhirat subhanallah “ Allahummala aisya illa aisyul akhiroh”. Tempat kami dihantar ialah Bang Rong, Bang tao, Pantai Kamala, Khatta Karun, Patong beach. Semua tempat yang cantik, nusroh masturat amat baik 5 star. Tempat ini semua kena tsunami yg teruk sekarang telah naik semula lebih hebat dari asal. Cerita karkun tentang tsunami.

1. Kesah ombak besar datang melanda pantai yang ada masjid, karkun masa tu ada yg sedang solat dhuha, ada yg berbual, bila datang ombak mereka azan, mereka lihat diatas puncak ombak setinggi 10 meter itu ada 2 orang berpakaian jubah/serban hijau dan sebelahnya warna putih keduanya bertongkat, bila sampai kat masjid ombak tadi telah berpecah dua melepasi masjid dgn setiap seorang dipuncak ombak dan bercantum semula dibelakang masjid dan terus melanda temple budhha di belakng masjid menghancurkan temple dan membunuh semua sami kecuali ketua sami, kemudian ombak kembali kelaut dgn cara yg sama. Masjid selamat/Ketua sami ini telah masuk islam

2. Seorang mat salleh di atas bukit melihat ombak setinggi 10 meter yang melanda ditempat dihadapannya dan seorang yang tinggi telah menendang ombak ini kelaut menyelamatkan nya, dia juga telah masuk islam

3. Ini cerita sedih karkun yang nusroh kami, dia menjaga anak karkun yg sedang keluar masturat 40hari, pada pagi itu suaminya telah membawa anaknya & anak karkun tadi di pantai,bila ombak datang ia x sempat nak selamt kedua2 anaknya dia sendiri memelok pokok yg mana airnya terlalu panas, bila ombak surut anaknya telah shahid tapi anak karkun itu selamat.

4. Manyat orang islam cantik tidak terbakar tapi manyat orang kafir semua terbakar dan hitam.

Banyak lagi cerita aneh tapi panjang sangat nak cerita. Tempat lain kami dihantar ialah negeri Nakhon sitamarat, negeri Trang, negeri Satun dan Yala

Kesimpulanya nusroh masturat amat baik, banyak perkara kita boleh belajar terutama cara melayan tetamu yang datang dan korbanan wanita mereka yang sanggup berkorban harta dan diri mereka untuk agama. Jika kita ke Yala kita akan lihat banggunan 4 tingkat khas untuk masturat hasil daripada tangisan dan sumbangan harta kaum wanita di Yala dan Thailand amnya, Semuga allah terima kita untuk buat pengorbanan atas agama seperti sahabiah yang sanggup korban harta, anak dan suami dijalan Allah, sebagai ganjaran mereka diberi kemuliaan oleh allah di syurga, Kita jika hendak dapat macam sahabt/sahabiah kena berusaha seperti mereka juga insyaallah kita akan Berjaya dunia & Akhirat. Amin. ..Ahliah musa.


Monday, July 27, 2009

Bezanya dulu dan sekarang....


~ Kalau dulu sebelum buat usaha masturat ni, memang tak tahu apa-apa mengenainya,tak suka pun dengan usaha tabligh ni, sekarang ni dah jatuh cinta dengan usaha ni…kalau tak dapat keluar masturat,rasa sedihnya..ialah nak charge bateri iman yang tengah lemah ni…harap-harap nisab 3hari masturat dapat dibentuk di marhalahku bulan ramadhan ni…teringin nak keluar waktu bulan ramadhan..camnela rasanyanyer erk…J

~ Kala dulu tak terfikir akan memakai purdah @ full hijab, sekarang ni Allah permudahkan untuk melakukannya, rata-rata kengkawan lain bila Allah pilih dalam usaha dakwah tabligh ni, mereka dapat amal purdahnya, walhal dahulunya biasa-biasa aje..Alhamdulillah,seronok rasanya..walaupun terdapat cerita lucu di sebalik pemakaian purdah,terutama melihat bebudak yang seakan pelik,agaknya tengok kami yang bertutup ni cam zorro erk, tak kisahla..tapi memang rasa aman tenteram bila memakainya, rasa terpelihara,susah untuk diungkap dengan kata2,hanya mereka yang memakainya sahaja dapat merasainya…mudahan Allah kekalkannya..

~ Kalau dulu suka angan-angan anak jadi doktor, guru, pensyarah, ada ijazah, sekarang ni keutamaannya nak anak jadi hafiz-hafizah, alim-alimah daei-daeiyah,kerja dunia tu kemudian selepas berjaya menjadi hafiz dan alim…kan bagus kalau hafiz kerja jurutera, hafizah kerja doktor sakin puan,erm…bestkan gitu.. itupun fardhu kifayahkan…seronok tengok anak-anak kecil dah dapat hafal surah2 pendek, hafal yassin, sambil main2 mulut baca ayat quran, kan bagusnya..sejuk je hati mak ayah yang melahirkan, tak tahula pula kalu ada mak ayah bangga melihat anak menyanyi lagu zaman sekarang sambil anak menari2..oh tidak, harap2 anak2ku tak seperti itu..ni pun targetku bila anak 10 tahun nak hantar sekolah tahfiz..dan anak2ku pun menunjukkan minatnya..Alhamdulillah,mudah2an Allah perkenankan..

~ Kalau dulu nak suami sembahyang berjemaah di rumah, dengan isteri dan anak-anak, iyelah cam ustaz ustazah cakap masa belajar, sekarang ni, wajib suami sembahyang di masjid, melainkan ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan..anak lelakiku pun bila dah mumayyiz nanti, nak ajar dan suruh dia sembahyang di masjid, supaya dia ada rasa cinta pada rumah Allah, kalau ikut suami berjemaah di rumah, alamatla masjid surau kosongla erk..

~ Kalau dulu tak ada majlis ilmu seperti majlis Taklem ni di dalam rumah, sekarang dapat istiqomah setiap hari, sekurang-kurangnya majlis ini dapat mengumpulkan kami sekeluarga dan muzakarah ilmu agama..walaupun suami selalu tak dapat berada dalam majlis ini, yang pasti anak-anak dapat ikut majlis ini, mudahan dengan ilmu yang mereka dengar dapat melembutkan hati mereka dan melahirkan cinta mereka pada agama…

~ Kalau dulu suka tengok rumah yang banyak perhiasan, pasti cantikkan, sekarang ni rumahku di hias sekadar yang perlu sahaja…Alhamdulillah, kerja rumah pun cepat untuk dibereskan..rumahku pun dibuat untuk target terima jemaah masturat dan untuk keselesaan mereka..kalau tiada aral melintang memang rumahku sentiasa sedia untuk menerima jemaah masturat ni..selalu terfikir macam manalah mereka yang punya rumah yang besar dan perhiasan yang banyak, nak membersihkan rumah mereka,mesti makan masa nak melakukannyakan..

~Kalau dulu waktu berkerjaya..susah nak jaga pergaulan dan percakapan, kalau nak berbincang kena berinteraksi plak dengan lelaki, ..ish..ish..silap hari bulan boleh jatuh cinta kat laki orang..ni pengalamanku masa kerja dulu lakan…sekarang ni, Alhamdulillah, duduk dalam 4 penjuru rumah ni, terpelihara semuanya..memangla tempat terbaik untuk wanita di dalam rumah..kan..

~ Yang ni yang best sekali, kalau dulu tak merasa nak melancong luar negara, iyelah bukan senang nak berjalan negara orang kalau takde budget yang cukup, mana nak tuju, bukan ada saudara marapun, tapi bila buat usaha masturat ni, Alhamdulillah, Allah beri peluang pada kami yang bekerjaya suri rumah ni, dapat pergi ke negara orang, siapa sangka makcik-makcik yang duduk kampong , tak reti bahasa omputeh tapi dapat pergi ke Jepun, England, Australia..macam2 lagila..,dapat pula belajar agama, keluar ke jalan Allah,dapat kawan baru,dapat tinggal dalam rumah saudara yang tak pernah kita kenal. masyaAllah.. pasti seronokkan..maknanya dapat ke-dua2nya..2 dalam 1, kalau orang yang sesaja melancong, dapat ke seperti ni??..kita keluar pula dengan jaga tertib dan adab dan jaga hijab..Indahnya dapat buat usaha masturat ni…mudah2an masturat di luar sana, dapat berganding bahu dengan suami2 mereka membentuk fikir risau, azam untuk keluar ke negara2 jauh…sambutlah takaza-takaza agama..InsyaAllah, kita akan dapat kemanisan iman dalam kerja dakwah tabligh ni….InsyaAllah…..

Friday, July 24, 2009

Mendidik anak cara Sunnah

Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat.


Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah. Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikiut cara Islam:
~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.
~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.
~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.
~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.
~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.
~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.
~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:
1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4, Dengan cara bercakap
`Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.
~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..

Wednesday, July 22, 2009

Doa tidak makbul??..

Doa tidak makbul??

Rasulullah saw telah bersabda, “Allah swt ialah ZAT yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah mememrintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan kepada rasul-rasulNya. Firmannya dalam al-Quran yang bermaksud,

“Wahai rasul-rasul,makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”

(al-Mukminun: 51)

Di tempat yang lain Allah swt berfirman yang maksudnya,

“ Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu,” (al-Baqarah: 172)

Kemudian Rasulullah saw menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh ( doa seorang musafir adalah makbul). Dengan rambut yang kusut masai, pakaian yang berdebu-debu (kerana kesusahan) lalu dia mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata, “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,” tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” [Jam’ul Fawaid]

p/s: Merujuk cerita di atas, dapat kita ketahui bahwa kemakbulan doa seseorang bergantung pada sumber pemakanan yang kita makan..mmmmm, tapi bagi diriku yang serba dhaif ni, pada zaman sekarang, dapat kita lihat pemakanan kita banyak yang syubhah atau diragui isi kandungan makanan itu, kalau pun makanan itu tertera cop halal, tapi sejauh mana kehalalannya..sekarang ni pengusaha dengan mudah memalsukan cop halal tersebut…kalau orang yang betul-betul menjaga pemakanan, pasti dia tidak membeli makanan sebarangan, sudah tentu tak mahu makan di restoran kerana kita tidak tahu bahan apa yang dimasukkan bersama makanan yang kita pesan….oh, sukarnyakan..jadi iktibarnya,kena berhati-hati dan pilihla makanan yang benar-benar diakui kesahihan halalnya..

Tuesday, July 14, 2009

Pengisian Majlis Taklim Mingguan Masturat

Entri kali ini nak cerita pasal program taklim mingguan masturat. untuk pengetahuan, program ini kita buat di dalam rumah, rumah plak bukan sebarang rumah, rumah ini adalah rumah yang telah diputuskan oleh syura. Jadi tiap2 minggu program ini akan dijalankan di rumah yang sama.


Siapa yang boleh hadir di dalam majlis ini...?
Sesiapa sahaja boleh hadir ( perempuan sahaja) , boleh ajak jiran tetangga, kengkawan kita, anak perempuan kita, adik atau kakak perempuan kita, cuma pastikan kehadiran itu bersama mahram bagi mengelakkan fitnah, memandangkan usaha masturat ini sangat halus dan tertutup, sebaik2nye untuk masturat datang bersama suami,tetapi klu suami tiada, maka blehla datang sendiri..tetapi setahu diri ini, seandainya rumah taklim itu jauh,makan masa 15 minit utk dtg,maka orang lama kata kita tak perlu datang..semuanya utk mengelakkan fitnah wanita itu dalam perjalanan atau dikhuatiri mendatangkan bahaya..sebab usaha ni begitu menjaga kaum wanitanya..

Pakaian untuk program...
Pastikan pakaian menutup aurat. Memandangkan majlis ini majlis untuk membesarkan Allah Taala dan mengingatiNya, maka kita kenalah elak pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, pakaian yang terang even jubah sekalipun sekiranya pakaian tu ala-ala mak datin, maka elakkanla, pakaian yang terbaik ialah pakaian yang gelap ataupun berwarna hitam..
lagi satu elakkan pakai perhiasan seperti cincin dan gelang tangan..kerana ini juga boleh menyebabkan orang lain hilang tawajjuh...nanti orang bukan tawajjuh kat program tapi tawajjuh kat barang perhiasan kita...so kena jagala bab2 tuh,ok...

Anak-anak..
Pastikan kalu suami kita ada, maka sebaiknya anak tu kita letakkan bersama suami, terutama anak-anak lelaki. sebab ia akan mengganggu program. tapi seandainya nak datang dgn anak2, kita siapla apa yang patut cam bawala makanan seperti biskutke,mainan atau buku2 bagi mereka ni diam..

Pengisian Program...
Ini contoh program yang dibuat:

10 pagi : Taklim awal ( baca kitab Fadhail Amal )
10.20 pagi : Taklim Kitabi sama macam atas.
10.40 pagi : Fadhilat Majlis
10.50 pagi : Taklim Muntakhab Hadith
11.10 pagi : Muzakarah 6 Perkara
( Sebulan atau dua bulan sekali ada bayan ( ceramah ) oleh pihak lelaki)
11.30 pagi : Tamat

Program ini bukan seperti kuliah-kuliah / usrah yang biasa kita lihat di masjid atau tv atau majlis yang lain, yang boleh di buat dengan gaya santai dan bergelak ketawa. program ini lebih kepada mujahadah nafsu untuk dengar dengan penuh tumpuan, perhatian dan tidak boleh bercakap dan bergelak ketawa.

Aik?? itu je programnye, takdeke program lain? cam tak best jerk....

Persoalan yang biasa di tanya..hehe
Iya...itulah program yang dinamakan Majlis Taklim Mingguan Masturat. Memang program ini statik..itulah yang diperkatakan setiap minggu..

Kenapa buat benda yang sama?
Memandangkan majlis ini lebih kepada majlis iman dan amal, jadi kita nak bawalah sifat malaikat dalam diri kita . Taat dan patuh.. jadi sebagaimana yang telah diputuskan oleh syura mengenai program ini, maka kita kena terima dan taat padanya...setiap apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat pasti ada kebaikannya..
lagipun tujuan program ini adalah untuk kita datangkan keinginan dan keghairahan dalam beramal, contohnya fadhilat solah, bila kita baca mengenai kelebihan solah ni maka kita akan rasa keinginan untuk menjaga solah di awal waktu, sebab kita tahu ganjaran dan kelebihan solah itu..begitu juga dengan muzakarah 6 Perkara. kena lagi dan lagi kita cakap supaya kesannya datang dalam diri kita..

Apa dia 6 Perkara tuh?
6 Perkara tu adalah merupakan sifat para sahabat, yang mana ia bukanla maksud kesempurnaan agama, tapi seandainye kita dapat amalkan 6 sifat ini, insyaAllah kita dapat amalkan keseluruhan agama dengan mudah..
1. Yakin dengan sebenar yakin akan kalimah Lailaha illallah,Muhammadur rasulullah.
2. Solat kyusuk dan khuduk.
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram Muslimin
5. Ikhlas niat.
6. Dakwah dan Tabligh

InsyaAllah, perinciannya akan di beritahu di masa akan datang..
Harapanku pada ibu2 di luar sana supaya dapat melapangkan masa untuk hadir dalam majlis yang mulia ini...segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri ini..so, sebarang kekurangan dan ketidakfahaman bolehla diajukan untuk kebaikan bersama..


Sunday, July 12, 2009

Ijtimak..hujan lebat dan hidayah...

Hari ini adalah hari terakhir ijtimak berlangsung..rasanye tika ini ianya sudah berakhir selepas zohor ni..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahimnye..ijtimak ini dapat berlangsung dengan jayanya..seperti dalam laporan surat khabar semalam bertajuk Ijtimak perkukuhkan dakwah Islamiah - TPM , PM rai 200,000 jemaah tabligh,dan Solat Jumaat terbesar di Negeri Sembilan ,melaporkan mengenai ijtimak,menampakkan penerimaan pemimpin Malaysia mengenai usaha dakwah tabligh ini..


Dan sepanjang ijtimak berlangsung ini, di rumahku ini,hujan turun mencurah-curah sejak hari jumaat lalu..dan pagi tadipun hujan masih turun walaupun tidak lebat..alangkah gembiranya seandainya ini petanda kepada kejayaan ijtimak ini..pernah dengar bayan mengatakan apabila ada perhimpunan sebegini,dan kala itu hujan turun,bukan bererti ijtimak itu gagal,tetapi itulah tanda kejayaan kerana apabila hujan turun,maka doa-doa akan dimakbulkan dan amat mustajab berdoa ketika hujan ini..oh,gembiranya seandainya perkara itu benar...bayangkanla seandainya titis-titis hujan itu adalah hidayah untuk manusia,masyaAllah,tak terhitung rasanya..

Tak sabar untuk menunggu laporan dari suami mengenai ijtimak ini..Ya Allah,mudah-mudahan dengan perhimpunan ini,akan membuka lembaran baru untuk umat manusia dalam melakukan dakwah dan usaha atas agama Allah ini..dan semoga di masa akan datang,manusia-manusia yang memandang serong usaha ini,dapat menerima dengan hati terbuka..marilah kita bersatu menegakkan kalimah Allah dengan melakukan kerja dakwah nabi ini..

" Dan katakanlah, yang benar telah datang,dan yang batil telah lenyap,sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap," (Al-Isra':81)

Tuesday, July 07, 2009

Berdoalah Untuk Ijtimak 2009



Berdoalah Untuk Ijtimak 2009 ( Sepang,Selangor)


Wahai sahabat seperjuangan sekalian,

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Ijtimak 2009 yang akan berlangsung bermula 9-12 Julai ini berjalan dengan jayanya. Bila Allah swt telah putuskan ijtimak ini diadakan di Malaysia ini, bermakna Allah akan turunkan begitu banyak hidayah,rahmat dan keamanan di Malaysia. Marilah kita rebut peluang ini dengan memohon doa. Mohonlah doa yang mahal-mahal. Doakan hidayah untuk seluruh umat di atas muka bumi, doakan usaha agama,dakwah dan tabligh ini bertambah maju, doakan supaya lebih ramai manusia dapat keluar bertebaran untuk buat kerja dakwah nabi ini, doakan semoga Allah pilih kita untuk buat kerja ini hingga akhir hayat. Doalah moga anak keturunan kita hingga hari kiamat dapat mati di jalan Allah. Doakan semoga Allah Taala memberi kefahaman pada kita, ibubapa kita, anak-anak kita, jiran tetangga, orang-orang kampung, alim ulama dan seluruhnya tentang pentingnya buat kerja dakwah nabi ini. Kerja ini bukan persatuan, bukan parti, bukan NGO, bukan,bukan, tapi kerja ini adalah kerja kita, kerja semua orang, kita bukan di hantar sebagai guru, peguam, jurutera, petani, buruh , surirumah atau sebagaimya, tapi kita di hantar di atas muka bumi ini sebagai khalifah Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..hadirkanlah fikir risau kita sebagaimana fikir risau nabi saw dan sahabat sahabiyah. Berdoalah dengan setulus hati nurani, mudah-mudahan doa-doa ini Allah SWT dengari dan Allah SWT kabulkannya. Ameen..

Dalam meneruskan perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan perjuangan yang kadagkala menggoda iman kita untuk teguh berdiri,,kadang sahabat tidak sehaluan, kadang sakit yang mendatang, kadang iman yang lemah menghalang…Namun itulah lumrah kehidupan dalam berjuang, letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada CIPTAANNYA, biar hilang kawan kerana BERJUANG, jangan hilang kawan SEPERJUANGAN

Sunday, July 05, 2009

Istiqomah Al-Quran dan Zikir


Al-Quran:

Nabi Muhammad saw telah bersabda:”Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat”. Al-quran merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-quran setiap hari sebab al-quran akan menuntut haknya di akhirat kelak,hak al-quran hendaklah kita khatam membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap hari kita melapangkan masa untuk membaca al-quran,sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat,satu ain atau setengah ain.

Amalkan juga untuk membaca surah2 berikut kerana byk kelebihannya:

1- surah yasin-seperti kita khatam al-quran sepuluh kali.

2- Surah waqiah-menjauhkan daripada kepapaan.

3- Surah as-sajadah dan al-mulk-menjauhkan dari seksa kubur.

4- Surah al-kahfi pada hari Jumaat-nur akan bersama kita sehingga Jumaat akan datang.

Kita hendaklah mengajar anak-anak kita supaya membiasakan diri membaca al-quran dan hendaklah azam supaya ada di antara anak-anak kita nanti bakal menjadi hafiz dan hafizah.InsyaAllah.

Zikir:

Berzikir iaitu mengingati Allah swt dalam setiap keadaan dan setiap apa yang kita lakukan hendaklah dihubungkan dengan Allah awt. Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa yang Allah swt melihat kita senantiasa.

Banyak kelebihan zikir antaranya:

1- Zikir melembutkan hati

2- Memberi cahaya pada wajah

3- Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya,

4- Melahirkan cinta kepada Allah dan cinta merupakan roh Islam,sumber agama ,kebahagiaan dan kejayaan.

5- Menyebabkan keredhaan Allah swt.

Amalkan zikir 300 kali pagi dan petang

Tanda cinta pada Allah zikirlah subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallahu wallahu Akbar 100 kali pagi petang, tanda cintakan nabi kita hendaklah selawat ke atasnya juga 100 kali pagi petang di mana satu selawat Allah akan ampunkan 10 dosa, diangkat 10 darjat dan diberi 10 kebaikan. Manakala tanda cinta pada diri kita hendaklah kita memohon keampunan dengan beristighfar 100 kali pagi dan petang yang mana dengan istighfar InsyaAllah dosa2 kita akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.Amalkan juga doa-doa harian dan tasbih Fátimah sebelum tidur mudah-mudahan amalan yang kita lakukan ini mendapat redha Ilahi.

Thursday, July 02, 2009

Cerita Madu dan Habbatussauda'..


Kali ni nak storyla pasal madu dan habbatussauda(masad)..sebenarnya familyku dah amal pemakanan sunnah ni hampir 7 bulan..kami guna produk PRM Menjaro..bayangkanla dah hidup berpuluh tahun ni baru dapat hidayah nak amalkan masad ni secara istiqomah setiap hari..bukan senang tau..sebab sedari dulu x pernah amalkannyer..cerita pasal madu ni pagi tadi cam biasa sebelum subuh aku akan kejutkan anak2ku untuk minum masad ni..masad ni sebaiknya minum di awal pagi waktu perut kosong..InsyaAllah..kalu kita amalkan ni kesembuhan dalam penyakit akan kita perolehi..ni perbualan pagi tadi antara aku dan anakku no 2 yang berumur 3 tahun 9 bulan..

Ummi: Adik,bangunla..ni minum madu ni..cepat sket..nak bagi along plak minum..

anakku sambil gosok mata dan masih mamai, aku pun bagi madu tu kat tangan anakku..

Ummi: Baca bismillah dan selawat tau..

Bagitau aku kat anakku..

Anakku: Ummi nie,hari-hari madu jer,asyik-syik kena minum madu..

Sambil minum dok bebel kat umminyer..

Ummi: Yelah..memangla kena minum..ni sunnah nabi..nanti adik bleh pandai,Allah bagi sihat..tau.

Anakku: Tak nakla..nanti adik jadi gemuk..

Dalam hatiku,nak tergelak dgr jawapannya..mana pulak dia dapat sumber minum madu masad ni jadi gemuk..:)

Sebenarnya banyak khasiat yang Allah beri melalui pemakanan sunnah ni..cuma kita jer nak amal atau tidak..Alhamdulillah sejak amalkan masad ni kesihatan kami bertambah baik coz sblm ni anak2 ku pengidap asma sampai kena guna nebulizer nak rawat asma nye dan sekarang dah sembuh dah..dari segi iq plak Alhamdulillah memang anak2ku bijakla..tapi nakal masyaAllah..anakku no 2 tu sedari umur 3 tahun dah pandai membaca (kalu buat majlis taklim ummi dia bleh duk rileksla dengar anak2 membaca kitab fadhail amal dan muntakhab hadis),menulis dan sekarang baca qiroati 4..bukan nak menunjuk atau nak berbangga sekadar bagitau kesan pengamalan masad tersebut..cuba bayangkan berapa ramai orang islam telah menggunakan dadah untuk merawat penyakit mereka..sedangkan Allah telah beri penyembuhan dalam masad ni..contohnye camnila..kita kata dadah tu najis..cuba kita ambil sedikit najis tahi cicak kita campurkan dengan susu lalu kita minum..sanggup tak??..tentu kita gelikan..cam tu juga dgn ubatan hospital..walaupun ubat itu di haruskan dan penggunaan dadah adalah minima dan tidak memudharatkan,tapi takkan kita nak biarkan benda najis berada dalam tubuh badan kita..fikir2kanla..untuk pengetahuan,orang2 kafir dan yahudi di Israel tu pun menggunakan madu sebagai penyembuh penyakit kanser..boleh refer kat web site http://www.lifemel.com/..bagaimana orang kafir laknatullah bleh amal madu ni,sebab mereka mengkaji dan mengetahui khasiatnyer..sebaliknya kita makan ubat yang di buat orang kafir untuk rawat penyakit kita..wahh...senang2 kita di tipu oleh mereka..

So lepas ni belajar2la untuk amalkan madu dan habbatussaudah ni dlm kehidupan kita di samping pemakanan sunnah yang lain..Jadikan amalan pemakanan sunnah ni sebagai pemakanan harian kita untuk merawat segala penyakit kita..InsyaAllah segala penyakit rohani jasmani akan kembali pulih dengan izin Allah..

Fakta mengenai madu dan habbatussauda yang perlu anda tahu: sumber http://www.rahsiamadu.com/

FAKTA #1:

Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

FAKTA #2:

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut", (H/R: Bukhari).

FAKTA #3:

World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

FAKTA #4:

Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5 dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam sepertimagnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulitdan Penyakit Puan.

FAKTA #5:

Ibn sina dalam kitab besarnya "al-Qanun fi al-Tibb" berkata: Habbatus Sawda' boleh melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini juga ia bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Caranya ialah Habbatus sawda' dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

FAKTA #6:

Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda' ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

FAKTA #7:

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda' boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

FAKTA #8:

The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik(pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

FAKTA #9:

Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda' mengandungiMETASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

FAKTA #10:

Kamus kedoktoran "Larousse" menjelaskan bahawa Habbatus Sawda' mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.