BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 02, 2009

Cerita Madu dan Habbatussauda'..


Kali ni nak storyla pasal madu dan habbatussauda(masad)..sebenarnya familyku dah amal pemakanan sunnah ni hampir 7 bulan..kami guna produk PRM Menjaro..bayangkanla dah hidup berpuluh tahun ni baru dapat hidayah nak amalkan masad ni secara istiqomah setiap hari..bukan senang tau..sebab sedari dulu x pernah amalkannyer..cerita pasal madu ni pagi tadi cam biasa sebelum subuh aku akan kejutkan anak2ku untuk minum masad ni..masad ni sebaiknya minum di awal pagi waktu perut kosong..InsyaAllah..kalu kita amalkan ni kesembuhan dalam penyakit akan kita perolehi..ni perbualan pagi tadi antara aku dan anakku no 2 yang berumur 3 tahun 9 bulan..

Ummi: Adik,bangunla..ni minum madu ni..cepat sket..nak bagi along plak minum..

anakku sambil gosok mata dan masih mamai, aku pun bagi madu tu kat tangan anakku..

Ummi: Baca bismillah dan selawat tau..

Bagitau aku kat anakku..

Anakku: Ummi nie,hari-hari madu jer,asyik-syik kena minum madu..

Sambil minum dok bebel kat umminyer..

Ummi: Yelah..memangla kena minum..ni sunnah nabi..nanti adik bleh pandai,Allah bagi sihat..tau.

Anakku: Tak nakla..nanti adik jadi gemuk..

Dalam hatiku,nak tergelak dgr jawapannya..mana pulak dia dapat sumber minum madu masad ni jadi gemuk..:)

Sebenarnya banyak khasiat yang Allah beri melalui pemakanan sunnah ni..cuma kita jer nak amal atau tidak..Alhamdulillah sejak amalkan masad ni kesihatan kami bertambah baik coz sblm ni anak2 ku pengidap asma sampai kena guna nebulizer nak rawat asma nye dan sekarang dah sembuh dah..dari segi iq plak Alhamdulillah memang anak2ku bijakla..tapi nakal masyaAllah..anakku no 2 tu sedari umur 3 tahun dah pandai membaca (kalu buat majlis taklim ummi dia bleh duk rileksla dengar anak2 membaca kitab fadhail amal dan muntakhab hadis),menulis dan sekarang baca qiroati 4..bukan nak menunjuk atau nak berbangga sekadar bagitau kesan pengamalan masad tersebut..cuba bayangkan berapa ramai orang islam telah menggunakan dadah untuk merawat penyakit mereka..sedangkan Allah telah beri penyembuhan dalam masad ni..contohnye camnila..kita kata dadah tu najis..cuba kita ambil sedikit najis tahi cicak kita campurkan dengan susu lalu kita minum..sanggup tak??..tentu kita gelikan..cam tu juga dgn ubatan hospital..walaupun ubat itu di haruskan dan penggunaan dadah adalah minima dan tidak memudharatkan,tapi takkan kita nak biarkan benda najis berada dalam tubuh badan kita..fikir2kanla..untuk pengetahuan,orang2 kafir dan yahudi di Israel tu pun menggunakan madu sebagai penyembuh penyakit kanser..boleh refer kat web site http://www.lifemel.com/..bagaimana orang kafir laknatullah bleh amal madu ni,sebab mereka mengkaji dan mengetahui khasiatnyer..sebaliknya kita makan ubat yang di buat orang kafir untuk rawat penyakit kita..wahh...senang2 kita di tipu oleh mereka..

So lepas ni belajar2la untuk amalkan madu dan habbatussaudah ni dlm kehidupan kita di samping pemakanan sunnah yang lain..Jadikan amalan pemakanan sunnah ni sebagai pemakanan harian kita untuk merawat segala penyakit kita..InsyaAllah segala penyakit rohani jasmani akan kembali pulih dengan izin Allah..

Fakta mengenai madu dan habbatussauda yang perlu anda tahu: sumber http://www.rahsiamadu.com/

FAKTA #1:

Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

FAKTA #2:

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut", (H/R: Bukhari).

FAKTA #3:

World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

FAKTA #4:

Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5 dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam sepertimagnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulitdan Penyakit Puan.

FAKTA #5:

Ibn sina dalam kitab besarnya "al-Qanun fi al-Tibb" berkata: Habbatus Sawda' boleh melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini juga ia bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Caranya ialah Habbatus sawda' dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

FAKTA #6:

Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda' ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

FAKTA #7:

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda' boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

FAKTA #8:

The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik(pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

FAKTA #9:

Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda' mengandungiMETASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

FAKTA #10:

Kamus kedoktoran "Larousse" menjelaskan bahawa Habbatus Sawda' mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.

13 comments:

Ahliahnizam said...

Salam.

Betul tu kak, madu ni banyak khasiatnya. Skang ni saya amalkan madu Naqia. Madu tu dicampur dengan herba za'afaran ngan air zam-zam.

Al-hamd, memang banyak perubahannya. Anak saya, Amar pun ada eczema gak, ada asma jugak. Skang ni eczema dia dah kering dah, asma pun dah takde.

Sesungguhnya sunnah nabi tu ada 1001 hikmah tersembunyi :D

Baitijannati said...

assalamualaikumm...

mmg benar info tu...mmg bagus madu n habbatus sauda'..kat saudi ada sumber kata madu dia bagus sbab lebah2 nye makan dr buah2 kurma..n harga madu(asli) kat sini mmg murah2..pastu habbatus sauda' mmg dguna byk dlam makann kat sini..terutama dlm kek n roti...

madu tu tiap2 pgi, segelas air sjuk d bancuh dgn 2 sudu madu kan? .. iaitu sblum sarapan atau perut kosong...btul x?...:0

aashaku said...

Betul3...amal sunnah memang ada kejayaan. Pastikan yg asli. Minum waktu pagi dgn air suam dan perut kosong. Betullah boleh gemuk tau makan madu kalau terlebih dos...sumber yg sy pernah dgr..

karkunahmithali said...

salam kembali,

to ahliahnizam:
dulu pun sy amal madu naqia gak..anak2 mmg suka madu tu,lps tu tukar madu prm plak..coz madu ni lebih pada merawat penyakit sampai yg kronik..

to baitijannati:
betul tu,madu dari arab lebih berkualiti compare madu kat msia yg dikenali madu tualang coz madu msia lebih byk air..dan madu prm ni madu dari iran dan ke 5 terbaik..insyaAllah..

madu kami amal ni sukatan dia satu sudu teh je,campur air suam,pastu kena guna sudu plastik tau,dan madu ni xleh simpan dlm peti sejuk,coz nanti khasiat dia hilang..

to aashaku:
bleh gemuk kalu makan ikut cara kita..coz madu sy amal ni yg utk rawatan penyakit bukan bleh makan sebarangan..ada arahan dan caranya..betul3..hidup sunnah ada kejayaan..:)

nz said...

produk PRM? dulu sy mkn gak.. abis 1 botol je pastu x beli dah hahha.. wlupon yakin dgn khasiatnya tp disbbkan MALAS... so...

teruk btol la sy ni, kak!

karkunahmithali said...

to inas,
yeker..amallah..bgs utk rohani dan jasmani..mmg pyh nak istiqomah benda2 camni..yelah tiap2 hari kena mkn..tp yg pnting kita makan madu ni coz nak hidupkan sunnah..:D

ZuL said...

Assalamualaikum,

Kami stokis Daerah Petaling. Anda boleh dapatkan stok dari kami. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut Zul (0173000240) atau kunjungi laman web kami http://maduherba.blogspot.com

Terima kasih.

Anonymous said...

saya makan madu tualang je rm15 sekilo..mlm mahai lah..dah tu beli habatul sauda makan setengah sudu sehari berkesan jugak..jimat kos.

Anonymous said...

sambil2 tu boleh juga amalkan sunnah bermadu... ?????

Azlyalexander said...

Erk. Tulisan warna kuning. Ssh nak baca.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam kak madu al barakah pn ok kan,ada mix habbatussauda

Anonymous said...

Sy pun amalkn madu..habatussauda plus madu(hspm)mmg bgs..byk mslh dlman yg dpt dsembuhkn dlm mengamalkan 2gbungn mknn sunnah nie..ank sy yg ada asma pun amlkn..alhamdulillah berkesan sgt..klu bermnat ble wasap sy ya 0107985286(along)