BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 22, 2009

Doa tidak makbul??..

Doa tidak makbul??

Rasulullah saw telah bersabda, “Allah swt ialah ZAT yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah mememrintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan kepada rasul-rasulNya. Firmannya dalam al-Quran yang bermaksud,

“Wahai rasul-rasul,makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”

(al-Mukminun: 51)

Di tempat yang lain Allah swt berfirman yang maksudnya,

“ Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu,” (al-Baqarah: 172)

Kemudian Rasulullah saw menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh ( doa seorang musafir adalah makbul). Dengan rambut yang kusut masai, pakaian yang berdebu-debu (kerana kesusahan) lalu dia mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata, “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,” tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” [Jam’ul Fawaid]

p/s: Merujuk cerita di atas, dapat kita ketahui bahwa kemakbulan doa seseorang bergantung pada sumber pemakanan yang kita makan..mmmmm, tapi bagi diriku yang serba dhaif ni, pada zaman sekarang, dapat kita lihat pemakanan kita banyak yang syubhah atau diragui isi kandungan makanan itu, kalau pun makanan itu tertera cop halal, tapi sejauh mana kehalalannya..sekarang ni pengusaha dengan mudah memalsukan cop halal tersebut…kalau orang yang betul-betul menjaga pemakanan, pasti dia tidak membeli makanan sebarangan, sudah tentu tak mahu makan di restoran kerana kita tidak tahu bahan apa yang dimasukkan bersama makanan yang kita pesan….oh, sukarnyakan..jadi iktibarnya,kena berhati-hati dan pilihla makanan yang benar-benar diakui kesahihan halalnya..

0 comments: