BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 14, 2009

Pengisian Majlis Taklim Mingguan Masturat

Entri kali ini nak cerita pasal program taklim mingguan masturat. untuk pengetahuan, program ini kita buat di dalam rumah, rumah plak bukan sebarang rumah, rumah ini adalah rumah yang telah diputuskan oleh syura. Jadi tiap2 minggu program ini akan dijalankan di rumah yang sama.


Siapa yang boleh hadir di dalam majlis ini...?
Sesiapa sahaja boleh hadir ( perempuan sahaja) , boleh ajak jiran tetangga, kengkawan kita, anak perempuan kita, adik atau kakak perempuan kita, cuma pastikan kehadiran itu bersama mahram bagi mengelakkan fitnah, memandangkan usaha masturat ini sangat halus dan tertutup, sebaik2nye untuk masturat datang bersama suami,tetapi klu suami tiada, maka blehla datang sendiri..tetapi setahu diri ini, seandainya rumah taklim itu jauh,makan masa 15 minit utk dtg,maka orang lama kata kita tak perlu datang..semuanya utk mengelakkan fitnah wanita itu dalam perjalanan atau dikhuatiri mendatangkan bahaya..sebab usaha ni begitu menjaga kaum wanitanya..

Pakaian untuk program...
Pastikan pakaian menutup aurat. Memandangkan majlis ini majlis untuk membesarkan Allah Taala dan mengingatiNya, maka kita kenalah elak pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, pakaian yang terang even jubah sekalipun sekiranya pakaian tu ala-ala mak datin, maka elakkanla, pakaian yang terbaik ialah pakaian yang gelap ataupun berwarna hitam..
lagi satu elakkan pakai perhiasan seperti cincin dan gelang tangan..kerana ini juga boleh menyebabkan orang lain hilang tawajjuh...nanti orang bukan tawajjuh kat program tapi tawajjuh kat barang perhiasan kita...so kena jagala bab2 tuh,ok...

Anak-anak..
Pastikan kalu suami kita ada, maka sebaiknya anak tu kita letakkan bersama suami, terutama anak-anak lelaki. sebab ia akan mengganggu program. tapi seandainya nak datang dgn anak2, kita siapla apa yang patut cam bawala makanan seperti biskutke,mainan atau buku2 bagi mereka ni diam..

Pengisian Program...
Ini contoh program yang dibuat:

10 pagi : Taklim awal ( baca kitab Fadhail Amal )
10.20 pagi : Taklim Kitabi sama macam atas.
10.40 pagi : Fadhilat Majlis
10.50 pagi : Taklim Muntakhab Hadith
11.10 pagi : Muzakarah 6 Perkara
( Sebulan atau dua bulan sekali ada bayan ( ceramah ) oleh pihak lelaki)
11.30 pagi : Tamat

Program ini bukan seperti kuliah-kuliah / usrah yang biasa kita lihat di masjid atau tv atau majlis yang lain, yang boleh di buat dengan gaya santai dan bergelak ketawa. program ini lebih kepada mujahadah nafsu untuk dengar dengan penuh tumpuan, perhatian dan tidak boleh bercakap dan bergelak ketawa.

Aik?? itu je programnye, takdeke program lain? cam tak best jerk....

Persoalan yang biasa di tanya..hehe
Iya...itulah program yang dinamakan Majlis Taklim Mingguan Masturat. Memang program ini statik..itulah yang diperkatakan setiap minggu..

Kenapa buat benda yang sama?
Memandangkan majlis ini lebih kepada majlis iman dan amal, jadi kita nak bawalah sifat malaikat dalam diri kita . Taat dan patuh.. jadi sebagaimana yang telah diputuskan oleh syura mengenai program ini, maka kita kena terima dan taat padanya...setiap apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat pasti ada kebaikannya..
lagipun tujuan program ini adalah untuk kita datangkan keinginan dan keghairahan dalam beramal, contohnya fadhilat solah, bila kita baca mengenai kelebihan solah ni maka kita akan rasa keinginan untuk menjaga solah di awal waktu, sebab kita tahu ganjaran dan kelebihan solah itu..begitu juga dengan muzakarah 6 Perkara. kena lagi dan lagi kita cakap supaya kesannya datang dalam diri kita..

Apa dia 6 Perkara tuh?
6 Perkara tu adalah merupakan sifat para sahabat, yang mana ia bukanla maksud kesempurnaan agama, tapi seandainye kita dapat amalkan 6 sifat ini, insyaAllah kita dapat amalkan keseluruhan agama dengan mudah..
1. Yakin dengan sebenar yakin akan kalimah Lailaha illallah,Muhammadur rasulullah.
2. Solat kyusuk dan khuduk.
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram Muslimin
5. Ikhlas niat.
6. Dakwah dan Tabligh

InsyaAllah, perinciannya akan di beritahu di masa akan datang..
Harapanku pada ibu2 di luar sana supaya dapat melapangkan masa untuk hadir dalam majlis yang mulia ini...segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri ini..so, sebarang kekurangan dan ketidakfahaman bolehla diajukan untuk kebaikan bersama..


10 comments:

Ahliahnizam said...

Salam ...

Walaupun kita dah dengar hadis tersebut berpuluh kali, but then belum beramal dengan apa yg diperkatakan .... anggaplah kita belum pernah mendengarnya, Insya-Allah ....

nz said...

0o0o cam tu ke majlisnye.....
pakai kitab yg same je ke? smpi bila2? maaf lah, x tau... sbb tu tny.

karkunahmithali said...

ta ahliahnizam:

betul3..sbb tu di suruh baca lagi dan lagi sampai kita tiada lagi...

to ^inas^

iye cik inas.kitab yg sama pun bertujuan untuk kita memahami dan amalkan..kalu bertukar kitab pun ,masuk telinga kanan kuar telinga kira, x gunakan..camtu la program nye..tp kalu masa2 lain blehla nak baca kitab apa2pun..kita guna kitab ni sbb penulisnya seorang ketua hadis memang pakar dlm hadis..bukan calang2 orang..doala bebyk moga suatu hari cik inas pun boleh berada dlm majlis sebegini...:)
bleh tgk blog ni
http://azharjaafar313.blogspot.com/
ada video mengenai kitab fadhail amal...pi la tgk yek..:)

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..

ina punya kitab fadhoil amal,sampai kini masih ta'lim sendiri..walau sudah dengar hadits berpuluh2 kali tapi blum diamalkan..jadi suka lupa..
ingin rasanya gabung dalam majlis masturoh ni..

CTNAQUIA ESIR said...

Salam..

Sekadar pandangan...tiap2 hari kita baca taklim, tp utk mengamalkan sungguh ralat sekali. Kenapa?? Sbb kita baca utk diri kita, tp kita kurang menyampaikan ilmu yang kita baca, ilmu yang kita peroleh tiap2 hari. Ilmu utk dikongsi, apatah lagi ilmu yand dapat memberi kejayaan hakiki. Sampaikanla, kongsikanla dengan sesiapa sahaja, tidak kira siapa. InsyaAllah apabila disampaikan ilmu ersebut, insyaAllah ilmu itu akan diserap seterusnya diamalkn oleh kita.

Yang penting, lakukan dgn cara yang betul...tidak ada orang yang sama fikir dgn kita, pendekatan harus sesuai dgn sikap orang yang hendak disampaikan ilmu, gunakan cara berhemah, jangan terus terjah...jgn terus nk dakwah, rapati mereka dahulu..kenali mereka...dan sedikit demi sedikit, sampaikan ilmu yang kita da..

Wallahualam, moga saya dan sahabiah lain juga diberi kekuatan utk sampaikan ilmu yang saya peroleh dari taklim ini.

bila hati ditarbiyah.... said...

assalamualaikum kak, nur kini telah kembali ke jalan Allah swt. Nur bersyukur ke hadrat Allah swt. Tetapi di saat nur dapat tarbiyah dari Allah swt tiada siapa yg dapat membimbing nur. Nur cuba cari karkunah di sini. Nur teringin nak berada dalaim taklim masturat, khuruj ke jalan Allah swt.

ahLia shahril said...

salam..
saya baru g taklim 2 kali. tp best. insyaallah moga sumer kawan2 dpt gi

Hanim Rahman said...

Sy sedang mencara mana ada taklim ni area kl..

Unknown said...

saya penah ikut skali jer...tp sgt bsyukur...alhamdulillah...moga Allah beri pluang lg...aamiinn

Unknown said...

saya penah ikut skali jer...tp sgt bsyukur...alhamdulillah...moga Allah beri pluang lg...aamiinn