BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 25, 2009

Khuruj & Ramadhan


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk aku khuruj 3 hari masturat di bulan Ramadhan ini. Walaupun ada sedikit ujian dalam pembentukan jemaah,tapi ianya dapat diselesaikan dengan izin Allah. Sebenarnya ada 2 jemaah masturat yang akan keluar masturat ni, masing2 6 pasang untuk 2 jemaah ni. Tapi pilihan Allah, ketika bayan hidayah, hanya 3 pasang aja yg dpt keluar dari jemaahku dan 5 pasang bagi satu jemaah lagi. Setelah dimesyuaratkan untuk dapat bentuk 2 jemaah maka jemaah kami telah import satu pasang masturat dari jemaah lagi satu untuk mencukupkan 4 pasang bagi syarat khuruj masturat ni..alhamdulillah, jemaah kami telah keluar di kawasan Penanti dan lagi satu jemaah ke Perlis.


Rumah yang kami pergi ini merupakan rumah taklim mingguan masturat dan merupakan seorang yang kaya. Bukan kaya harta tapi kaya anak. Bukan 5 orang anaknya, bukan 10 orang tetapi 14 orang anaknya dan yang kecil baru 1 tahun 2 bulan..subhanallah...sampai di rumah tersebut kami di sambut baik oleh tuan rumah dan anak2 perempuannya. Masa kami di sana ada 3 orang anaknya yang sudah besar,ke tiga2nya merupakan alimah. okey, hari jumaat merupakan hari terakhir sebelum kita menyambut ramadhan esoknya..dan peluang dapat menyambut puasa ketika keluar ke jalan Allah merupakan pengalaman indah dan menyeronokkan yang akan ku ingat sampai bila2.. apa yang seronoknya kami berpeluang solah terawih 20 rakaat berjemaah diimamkan seorang hafizah yang turut keluar masturat ni..ada 2 orang hafizah dalam jemaah masturatku ini..alhamdulillah, actually, aku x pernah lagi merasa solah terawih dengan bacaan satu juzuk ni, tapi kali ini Allah beri peluang ini ketika kami keluar ni, memang seronok sangat..dapatlah dua malam kami terawih dengan bacaan 2 juzuk al-quran ni..Alhamdulillah..

Apa yang menariknya khuruj di bulan ramadhan adalah peluang untuk amal ibadah lebih banyak berbanding hari2 biasa dan program pun tak padat sangat.. tak perlu nak sarapan, makan tengahari dan minum petang..so, masa terluang boleh isi dgn amal infradi..selepas asar baru kami buat persiapan untuk berbuka puasa. alhamdulillahla, anak tuan rumah yg besar2 pun ada seramai 3 orang, maka kerja untuk buat persiapan berbuka menjadi mudah..alhamdulillah, saat berbuka puasa adalah saat yang paling ditunggu2...teringat satu hadith yang menyatakan orang yang berbuka puasa mendapat dua kegembiraan, satu ketika berbuka puasa dan satu lagi ketika berjumpa Allah Taala..memang betul..hanya orang yang berpuasa sahaja merasai saat tersebut..kami di jamu dengan pelbagai kuih-muih..memang banyak coz anak tuan rumah ni pun ramai..menurut anak tuan rumah ni, memang setiap malam mereka tidak makan nasi, hanya makan kuih,biskut or buah2an sahaja...patutla...kuih muih pun banyak..bolehla belajar dari cara tuan rumah ni..coz biasanya org sibuk nak jamu juadah yang best2, dengan lauk pauk yang bermacam2..tapi tuan rumah ni, simple je..buka puasa pun x dela kalut cam sesetengah orangkan..alhamdulillah,berkat didikan mak ayah la tu..

Dan secara keseluruhannya, ramaila orang nusrah kat jemaah kami ni, iyala, kawasan ni memang kuatla usaha agama, rata2 anak2 mereka ni hafizah dan alimah..dan masa bayan tangguh hari ahad lepas asar,pembayan pun adalah terghib kami ni para masturat supaya lebih banyak bagi masa untuk kerja agama dan menjadi pendorong suami dalam usaha dakwah ini. pembayan juga menerangkan 5 sifat para wanita supaya dapat di amalkan dalam rumah tangga mereka iaitu
1-menjadi daeiyah~pendakwah
2- menjadi alimah ~berpengetahuan dalam agama
3- menjadi abidah~ kuat beribadah
4- menjadi murobbiyah~ orang yang mendekatkan diri pada Allah
5- menjadi khadimah~orang yang suka berkhidmat terutama untuk agama Allah

Alhamdulillah, mudah2an pada masa hadapan, Allah Taala memberi lagi peluang untuk aku khuruj di jalannya dan semoga asbab pengorbanan mereka yang keluar ke jalan Allah ini akan jadi asbab hidayah seluruh alam..ameen..


Tuesday, August 18, 2009

Ya Allah,izinkan aku keluar lagi....



Ya Allah,
Izinkan aku keluar masturat lagi,
terasa diri semakin sejuk dan lemah dalam beramal,
Ya Allah,
Mengapa jadi begini ya Allah,
Bila iman tidak diusaha,
Kesannya amal semakin kurang,
Tiada suasana,
percakapan dan perbuatan lebih kepada cinta dunia,
Ya Allah sedihnya rasa hati ini...

Ya Allah,
aku cemburu ya Allah,
Cemburu pada mereka yang dapat amal agama dalam kehidupan mereka,
Rumah mereka hidup amalan sunnah nabi,
istiqomah ya Allah,
Tapi aku semakin hari semakin kurang,
semakin jauh dari amal yang mengingatkan aku padaMu ya Allah..

Ya Allah,
aku suka sangat,
Bila dapat keluar ke jalanMu ya Allah,
Banyak yang aku dapat,
Banyak yang aku belajar,
Dakwah,taklim taklum, ibadah dan khidmat...

Oh Allah,
Tapi bila pulang ke rumah,
Mengapa sukar ya Allah,
Untuk amal dan istiqomah ya Allah,
Ya Allah kau telah tunjuk,
Untuk amal agama ini,
Kita kena korban,
Korban apa yang menjadi kesukaan kita,
Bila ku lihat mereka yang berjaya,
Dalam amalkan sunnah pada kehidupan mereka,
Memang mereka korbankan 'peti ajaib'
Yang banyak melalaikan dari mendatangkan manfaat..
Oh Allah..aku akui itu sebenarnya..
Sekali pernah aku keluar masturat di satu kawasan,
Rumah memang zuhud dan usang,
siap dalam bilik air ada pacat datang,
Tiada peti ajaib tiada hiasan,
Bila hujan tempias datang,
Menerpa kami yang sedang lena di tiduran,
Tapi di sebalik itu,
Anak-anaknya cukup bijak dan pandai,
Seumur 4 tahun sudah khatam al-quran,
MasyaAllah,
Tak percaya bukan,
Tapi itu hakikat yang ku lalui saat itu,
Kan ku kenang jadikan pedoman,
Dalam mendidik anakku agar jadi orang beriman..

Wahai anak-anakku,
Ummi keluar ke jalan Allah tinggalkan kamu,
Bukan ummi sengaja,
Bukan ummi tak sayang kamu,
Tapi ummi lakukan ini,
Untuk ummi perbaiki iman amal ummi,
Ummi banyak melakukan dosa,
Dosa pada Allah,
Pada diri sendiri,
Dan pada mu anak-anakku,
Kerana ummi tak mampu,
Didikmu sebaik mungkin,
Tapi ummi syukur sesangat,
Dikurniakan anak yang bijak pandai,
Mudah-mudahan suatu hari nanti,
Kalian akan jadi anak yang soleh,
Hafiz-hafizah,alim-alimah serta daie-daeiyah Allah..
InsyaAllah...

Ya Allah..
Permudahkan urusanku ini,
Untuk keluar masturat awal Ramadan ini,
Mudahkan urusan anak-anakku dan jemaah ini,
Kerana kami keluar ini,
semata2 untuk islah diri sendiri,
Dan semata2 untuk cari redha Illahi...



Tuesday, August 11, 2009

Ciri-ciri suami soleh



• Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

• Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

• Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
• Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

• Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

• Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

• Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

• Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

• Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

• Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Thursday, August 06, 2009

Cerpen: Ujian Seorang Masturat

Cerita ini adalah kisah benar yang ku olah dan ku ubahsuaikan menjadi sebuah cerpen. Moga mendapat ikhtibar daripadanya...


*************************

Ima, seorang isteri kepada seorang pekerja agama ( karkun ), merupakan isteri yang taat pada perintah Allah dan mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupannya. Ima juga telah beberapa kali keluar masturat 40 hari dan banyak pengalaman yanag telah di peroleh dalam usaha dakwah ini. Dia telah mendirikan rumahtangga dengan suaminya hampir 15 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Hatinya amat bahagia dan gembira berada di landasan dakwah tabligh ini. Suaminya seorang yang kuat fikir agamanya. Menyambut setiap takaza agama dengan lapang dada, mendahulukan urusan agama lebih dari urusan dunia.

************************

“ Kring, kring”

Telefon bimbit Ima berbunyi di suatu petang.

“Assalamualaikum,” Ima memberi salam.

“ Walaikumussalam. Ima abang ni, petang nanti ada seorang kawan abang nak datang bawa isterinya jumpa Ima. Dia ni orang baru dalam usaha tabligh ni. Nanti Ima ikramlah isteri dia tu,” Suami Ima memberitahu tujuan panggilan telefon itu.

“ Orang baru?, kawan tempat kerja abang ke?” tanya Ima ingin kepastian.

“ Takdelah, semalam abang tasykil dia di masjid”

“ Oh, baiklah bang. Nanti Ima akan layan isteri dia tu”

“ Ok, Assalamualaikum”

“ Waalaikumussalam”

************************

Hamid, pemuda yang baru mengenali usaha dakwah tabligh ini. Orangnya muda lagi, baru berusia 26 tahun,manakala isterinya 24 tahun, mempunyai dua orang anak.

Kahwin muda.

Seperti yang di janjikan petang itu isteri Hamid datang ke rumah Ima.

“ Assalamualaikum, kak”Sapa isteri Hamid pada Ima.

“ Waalaikumussalam. Jemputla masuk dalam rumah”

Kami melabuhkan badan di atas karpet. Rumah Ima sederhana saja. Di ruang tamu hanya ada sebuah almari dan sehelai karpet yang di hampar sebagi alas tempat duduk. Memang sederhana.

Ima tersenyum padanya.

“ Nama siapa ni?,” Ima memulakan perbualan.

“Panggil saya Mimi je, kak. Akak pula nama apa?”

“Mimi ye. Panggil akak, Kak Ima sudahla,” Ima pula memperkenalkan dirinya.

“Ini anak-anak Mimi ye. Comel-comel ye”. Ima melihat ke dua anak Mimi yang duduk diam di sebelah ibunya itu.

“ Kak Ima, saya nak tahulah pasal tabligh ni.Apa dia tabligh tu?, dia bukan ajaran sesatke?,” terus Mimi bertanyakan seolan cepu emas kepada Ima. Ima tersenyum memandang wajah Mimi. Dalam hati Ima berkata, “ Mana pulak dia dapat sumber ajaran sesat ni, Ya, sememangnya Mimi tak bersalah sebab bertanyakan soalan itu, kerana dia memang tidak mengetahuinya,”

“Takdelah Mimi. Kerja tabligh ni kerja nabi. Tabligh tu sendiri maksudnya menyampaikan. Maknanya kerja meyampaikan dakwah ni kerja semua orang, umat islam. Kerja ini adalah kerja untuk kita bantu agama Allah. Bukannya ajaran sesat. Kerja tabligh ni di buat di masjid dan di surau. Kalau kaum wanita di buat di dalam rumah,” Ima memberi penjelasan ringkas pada Mimi. Mimi hanya mengangguk-angguk tanda faham.

“ Tapi kak, kenapa pulak suami Mimi kata, dia nak keluar 3 hari Jumaat ni. Keluar 3 hari tu apa kak?” tanya Mimi lagi pada Ima.

“ Oh, 3 hari tu untuk kita belajar perbaiki diri,iman dan amal kita. Cam kursus jugakla. Kursus nak perbaiki iman dan amal. Bila ada suasana agama ni, iman dan amal dapat diperbaiki. Lagipun mereka keluar ni bukan ke mana pun. Mereka berikhtikaf di masjid. Buat amalan di dalam masjid. Bukankah masjid tu rumah Allah. Dan Allah amat menyukai hambanya yang dapat memakmurkan rumah-rumahnya,”

“ Oh, isteri tak boleh ikutke?” tanya Mimi lagi.

“Ish, yang kuar ni semua orang lelaki. Kalau bawa isteri boleh. Tapi tu di panggil keluar masturat ( suami isteri) dan isteri programnya di buat di dalam rumah.”

Bagitahu Ima menerangkan ketidakfahaman Mimi mengenai usa dakwah tabligh ini.

Perbualan kami berlangsung hampir setengah jam dan pelbagai soalan di timbulkan oleh Mimi dan dijawab sebaiknyaoleh Ima, sebelum suaminya menjemput Mimi dan anaknya pulang.

Usai Mimi pulang, Ima duduk memikirkan perihal diri Mimi. Orangnya masih muda dan cantik dan melihat cara perpakaiannya menampakkan yang dia seorang yang bergaya.

*********************************

Usai solah asar, Ima bertafakur di atas tikar sembahyangnya.

Peristiwa sebentar tadi membuatkan hatinya menjadi remuk dan sedih. Dia tidak menyangka sejauh itu tindakan Mimi terhadap dirinya. Terasa hina dirinya di perlakukan sebegitu. Bila mengenangkan peristiwa tadi, air matanya laju mengalir di pipinya. Mengapa Mimi harus menuduhnya sebegitu?, walhal sebelum ini dia dapat menerima dengan baik usaha dakwah dan tabligh ini.

********************************

“ Kring, kring,”

“Assalamualaikum,” Ima memberi salam.

“ Kak, Mimi ni. Apa yang akak dah buat kat suami Mimi hah?, Mimi nak tanya akak betul-betul,”Ima terkedu, tanpa menjawab salam dan terus tiba-tiba diterjah soalan sebegitu, membuatkan hati Ima menahan getar degup jantungnya.

“ Apa yang akak dah buat, bukanke suami Mimi tengah keluar 40 hari sekarang ni?”

Ima menjawab soalan Mimi yang tak masuk dek akal.

“ Kak, Mimi nak balik suami Mimi. Kenapa Mimi telefon suami Mimi tak dapat?” suara Mimi agak meninggi dalam telefon itu.Hati Ima sudah sebak. Terkejut dengan tindakan Mimi yang memperlakukannya sebegitu. Setahunya Mimi tak pernah bersikap kasar pada dirinya. Sebelum suaminya keluar, Ima telah sedaya upaya menerangkan kenapa suami Mimi keluar 40 hari. Adakah sebab dia dipengaruhi oleh ahli keluarganya. “ Ya, Sekarang ni Mimi berada di kampung. Pasti ada cerita songsang yang telah mempengaruhi dirinya sehingga tergamak dia berkata sedemikian padaku,”bisik hati Ima.

“ Mimi, sabar Mimi. Akak rasa mungkin suami Mimi offkan telefon tu atau tempat yang suami Mimi keluar tu di kawasan pedalaman. Mungkin taka de line telefon kot,” Ima cuba menerangkan situasi yang mungkin berlaku.

“ Kak,Mimi baca kat surat khabar , tabligh ni ajaran sesat, mereka bukan keluar 40 hari, tapi tengah buat maksiat. Kat surat khabar tu kata, mereka berfoya-foya dengan perempuan dan minum arak. Tempat tu memang dekat dengan markaz tabligh kawasan kita,” Mimi berkata sambil menahan getar suaranya yang hendak menangis.

“ Astaghfirullahalazim, Mimi. Takkan semudah itu Mimi nak percaya?,betulke dia sebut jemaah tabligh, akak yang dah 15 tahun dalam usaha ini, tak pernahpun suami akak buat begitu, dan akak pun pernah kuar sekali dengan suami akak, kami tak pernah pun buat seperti itu. Mungkin kat surat khabar tu kata memang itu ajaran sesat tapi bukannya jemaah tabligh. Ini semua salah faham, Mimi,” suara Ima juga agak keras menerangkan keadaan yang sebenar. Memang Ima terkejut dengan apa yang berlaku ini. Apapun dia berserah kepada Allah semoga Allah meleraikan kekusutan tentang perkara ini.

“ Habis tu, kenapa Mimi tak dapat hubungi suami Mimi,” terdengar tangisan di hujung telefon sana.

“ Sabarla Mimi. Kan akak dah bagitahu tadi. Takpelah. Nanti akak tanya suami akak, kat mana suami Mimi keluar, kenapa tak boleh hubungi, doa bebanyak ye Mimi,” Ima cuba menenangkan hati Mimi.

“Takpela kak, nanti Mimi telefon lain. Assalamualaikum,”

“ Waalaikumussalam,”

*********************************

Dua tahun kemudian,

“ Tak sangka Mimi dah banyak berubah sekarang yea,” Bicara Ima statu hari ketika bertemu Mimi yang selamat melahirkan anaknya yang ke tiga.

“ Semuanya kuasa Allah,kak. Walaupun macam-macam Mimi kata pada tabligh ni,

Pada diri akak, dan sampaikan Mimi rasa nak bercerai dengan suami, tapi semua itu tidak menjadi. Semakin bisikan-bisikan jahat datang pada diri Mimi, semakin Allah lindungi diri Mimi. Alhamdulillah, Mimi boleh terima dah usaha dakwah tabligh ni,”

“ Alhamdulillah, Mimi. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun pada hamba-hambanya. Akak percaya ujian ini adalah sebagai kifarah untuk hapuskan dosa-dosa Mimi yang dahulu,”

“ Betul tu kak. Dulu Mimi ni jahil agama, tak tahu sembahyang, hidup sosial, tak tutup aurat, sekarang ni memang banyak perubahan baik yang Mimi rasakan dalam hidup Mimi,”

“Baguslah Mimi. Akak memang respect pada Mimi, dari jahil, sekarang dah dapat amalkan agama dalam kehidupan Mimi. Tak sangka akak, Mimi siap berpurdah dah sekarang ni,” puji Ima sambil tersenyum pada Mimi.

Wajah Mimi merona merah.

“ Akak doa-doakanla untuk Mimi. Sebenarnya Mimi masih belum kuat nak melaluinya. Tapi semua kerja Allah. Mimi berpurdah pun bukan sebab suami atau kerja tabligh ni, tapi sebab nak taat perintah Allah,”

Ima tersenyum mendengar jawapan Mimi. Mudah-mudahan Allah berkati kehidupan Mimi sekeluarga. Semoga dirinya tabah menghadapi mehnah dan perjuangan sebagai seorang daeiyah. Sesungguhnya setiap mehnah itu pasti tersembunyi kemanisan di akhirnya…TAMAT

Saturday, August 01, 2009

Bayan Masturat Jemaah Palestin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana di kesempatan ini Allah Taala telah mengizinkan bayan masturat di adakan di rumahku pagi tadi..untuk pengetahuan pagi tadi adalah program Majlis Taklim Mingguan masturat dan hari ni muzakarah 6 perkara digantikan dengan bayan dari jemaah Palestin..wah..Palestin..??..mendengar nama Palestin pasti kita terbayang keadaan negara tersebut yang penuh bergolak dengan cengkaman dari kaum yahudi..siapa sangka di sebalik keadaan Negara Palestin yang tidak stabil dan di jajah oleh yahudi, Allah telah memilih mereka untuk datang ke negara kita dalam kerja dan usaha dakwah dan tabligh..menurut pembayan terdapat dua jemaah dari Palestin yang datang ke negara kita satu jemaah lelaki dan satu jemaah masturat..Alhamdulillah..Dalam hatiku seperti tidak percaya ada jemaah Palestin akan datang ke rumahku untuk beri bayan Masturat ni..bila buat kerja agama ini satu dunia Allah boleh pilih untuk jemaah sampai ke tempat kitakan..

Antara isi bayan adalah menyentuh usaha kaum wanita dalam kerja agama ini..dikatakan bahawa anak2 banyak terkesan pada ibunya..ini kerana masa mereka banyak dihabiskan bersama ibu manakala ayah banyak berada di luar rumah..maka kaum ibulah yang perlu mencorakkan kehidupan anak2 mereka untuk berada dalam suasana iman dan amal..sebagai contoh pembayan menceritakan kisah Nabi Ibrahim as..kita tahu bagaimana kisah Nabi Ibrahim yang meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di padang pasir yang tandus dan tanpa sebarang asbab untuk hidup..tetapi disebabkan kepatuhan isterinya kepada perintah dakwah nabi Ibrahim, maka kesannya dakwah nabi Ibrahim berjaya sehingga nabi Ibrahim berjumpa kembali dengan isteri dan anaknya Nabi Ismail..dan ketika perintah Allah mahu menyembelih nabi Ismail, maka nabi Ismail patuh dan sanggup menerima perintah tersebut..ini menunjukkan bagaimana didikan seorang ibu mampu melahirkan ketaatan anak pada perintah Allah Taala…masyaAllah..dan asbab fikir risau tentang agama maka keturunan Nabi Muhammad telah lahir dari Nabi Ibrahim as sehinggalah agama Islam dapat kita amalkan hingga ke hari ini..

Dan sebaliknya kisah Nabi Nuh dan isterinya yang mana isterinya dan anaknya ingkar pada nabi Nuh, menolak dakwah nabi Nuh, maka kesannya dakwah NAbi Nuh hanya mampu menarik 83 orang sahaja pengikut dalam masa 950 tahun dakwah Nabi Nuh..dan Allah telah membinasakan isteri dan anaknya kerana menolak dakwah Nabi Nuh tersebut..inilah kesan fikir seorang wanita..perbandingan kisah 2 orang nabi ini sudah cukup memberi gambaran pada kita tentang peranan kita sebagai wanita dalam menyokong usaha dakwah yang dilakukan oleh suami2 kita..InsyaAllah kita azam dan doa untuk sama jalankan kerja dakwah nabi ini…

Dan pembayan juga menceritakan bahawa sebelum usaha dakwah tabligh ni sampai ke Palestin, keadaan penduduk Palestin adalah jauh dari mengamalkan agama..kaum wanitanya tidak menutup aurat, susah untuk melihat mereka bertudung, manakala kaum lelaki juga susah untuk di lihat berpakaian sunnah nabi..kerana mereka begitu terkesan dengan kehidupan Yahudi dan Nasrani..tetapi sekarang asbab usaha dan dakwah ini, amal agama penduduk Palestin semakin meningkat, ramai wanita menutup aurat dan berpurdah, amal sunnah nabi juga semakin meningkat, manakala banyak madrasah dan maahad tahfiz di buka di sana..Alhamdulillah..

Di akhir bayan, tasykil di buat dan insyaAllah kami para masturat azam untuk membentuk satu jemaah masturat 3 hari pada bulan Ramadhan nanti..doa2kanla..