BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 19, 2009

Pengimarahan Masjid Satu Tuntutan...






dan pengunjung ke kawasan peranginan lelaki dan perempuan terpaksa sembahyang di anjung surau yang terdedah,bagaimana aurat wanita nak terjaga..kenapa sampai begitu sekali mereka ajk surau ni buat pada jemaah yek..benci sangat dengan jemaah yg mahu menghidupkan suasana iman dan amal dalam surau tersebut..Ya Allah,mudah2an cahaya hidayah kau campakla pada mereka yg menentang jemaah ni..

Kat sini kita boleh baca peranan jemaah yg sebenar maksud Quran dan Hadith...ku copy dari khutbah jumaat jais..

"Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, Allah s.w.t menjamin kepada orang yang menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang damai, rahmat dari Allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju keredhaan Allah s.w.t didalam syurga".(Riwayat At-Tabrani)

Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti dakwah dan perhimpunan bagi umat islam.Masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t dan mempunyai hati yang suci bersih.

Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi rahmat dan hadiah Allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid, dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman Allah s.w.t:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan menghidupkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".

(At-Taubat ayat 18)


Orang yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari abu said al-hadari r.a rasullullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".

(Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)

Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...........".

(Riwayat Al-Bahari)

Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid, hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.


Sekarang ini, kedudukan masjid kita kebanyakkannya tersergam dengan binaan yang indah, dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah menjadi matlamat utama pembinaanya.


"Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".

(Riwayat Muslim)

Kita juga bimbang, seandainya generasi akan datang memandang masjid hanya sebagai tempat solat jumaat seminggu sekali sahaja atau tempat orang-orang tua dan orang pencen beribadat. Mereka hanya bersemangat untuk mngimarahkan surau,sedangkan masjid diletakkan dibawah tanggungjawab pihak yang lain.


Masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan. Banyak fadhilat beramal ibadat dimasjid, selain daripada Masjidil haram di Mekah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aksho di Baitulmakdis yang sangat-sangatdiberkati allah s.w.t. Tempat-tempat lain seperti surau adalah kurang fadhilat jika dibandingkan dengan masjid yang didirikan solat jumaat terutama sunat beriktikaf didalamnya.

Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana ganjaran terlalu besar,sehingga Rasulullah s.a.w tidak memberi kelonggaran walaupun kepada orang yang buta. Malah Rasulullah s.a.w pernah dalam ucapannya dengan memberi ancaman untuk membakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah ke masjid . Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:

1- Membina displin yang tinggi

Penghayatan solat berjemaah,pasti mendorong kearah keadaan di mana setiap hari lima kali orang-orang islam terutama golongan lelaki berbaris dalam satu saf yang rapi.Keadaan ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi,seperti pengurusan masa, pembersihan anggota badan dan pakaian,latihan berhimpun dan berbaris dengan rapi dan teliti.

2- Membina semangat persaudaraan dan kerjasama

Solat berjemaah merupakan wadah perancangan aktiviti sosial,termasuk merancang program gotong-royong,menziarahi anggota jemaah yang sakit, meninggal dunia atau mengalami masalah,tolong-menolong diantara satu dengan yang lain.Keadaan ini sudah pasti mendorong ke-arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih menepati.


"Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya, terutama sekali dirumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".

(An-Nur Ayat 36)

5 comments:

nz said...

kaler biru tu bg yg light sikit la, kene select bile nak bace huhuhu~

Ahliahnizam said...

Astaghfirullah ... smapai mcm tu sekali ye. Suami akak pun pernah gak berdepan dengan situasi yang macam tu.

Biasa la kan, usaha agama ni memang banyak ranjau dan durinya. Tapi Insya-Allah ... ganjaran Allah sedia menanti :)

Doakan saja mereka diberi hidayah satu hari nanti.

karkunah said...

inas..amboi..mengkomplen no 1..okehler..nnti akak tukar..

ahliahnizam,
tula kan..sedih,geram pun ada..
hanya doa jela yg mampu kita panjatkan,mg ALlah beri hidayah pada mereka..

abu amar said...

masjid @ surau kena gril& kunci..wabak penyakit kronik berlaku di Malaysia. Masalahnya ajk masjid & surau tu Allah letak gril & kunci kat hati mereka. Karkun kena doa banyak2 & ikramkan perut mereka dengan hadiah & buah tangan yang hebat-hebat. Kalau mereka mati, takut Allah letak gril dan kunci api neraka di kubur mereka. Semua kena risau kerana masjid & surau hak milik Allah taala dan orang-orang mukmin adalah kuncinya. Masjid dan surau terpelihara keselamatannya bila ada pengimarahan. Oleh itu jemaah yang kena kena berdepan dengan masjid begini kena pergi dan bawa hati seluas lautan dan fikir untuk islahkan diri dan bukan pancungan & perdebatan dengan ajk masjid yang tua lagi jahil tu. Semoga ALlah amkan hidayahNya.

Anonymous said...

tumpang mencelah...

pengalaman saya semasa di luar negara, agak banyak juga masjid yang dikunci kerana alasan keselamatan.

jadi, apa yang diputuskan dalam mesyuarat ialah, jemaah masih lagi dihantar ke situ, tapi mereka akan tinggal di bilik hotel yang berdekatan dengan masjid (kalau rumah rakan seusaha takde la...), amalan dibuat seperti biasa di masjid, cuma rehat dan makan sahaja yang di bilik hotel.

oleh sebab memerlukan perbelanjaan lebih (sewa hotel, ulang alik masjid), biasanya jemaah ni atas takaza sesiapa yang sedia menyambutnya...lebih la sikit mujahadah nak ulang alik hotel, pastu mujahadah nafsu sebab duduk di hotel, tapi insya Allah ada khair...

jemaah masih perlu dihantar ke tempat2 sebegini (tempat2 masjid2 berkunci...)...harap kita dapat sebarkan fikir2 sebegini.