BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

Solat yang tak diterima...:(

Bila baca bab fadhilat solat ni...banyak sungguh manfaatnya...apatah lagi..pada kaum lelaki yang bersembahyang di masjid dan dapat istiqomah selama hayatnya...tapi rasanya sgt mustahil zaman sekarang nak cari manusia yg boleh solat jemaah di masjid secara istiqomah...dan sebenarnya inila manfaat yang suami2 or anak2 laki kita dapat bila dapat lapangkan masa 40hari/4 bulan keluar jalan Allah..pasti dan pasti sepanjang masa itu dapat jaga solatnya secara istiqomah...

Alhamdulillah..pada mereka yang Allah pilih untuk mengimarahkan masjid...tapi itu bukanla topik yg daku nak katakan...sebaliknya nak bagitau kenapa kita masih lagi susah dan payah nak jaga iman amal kita...apa yang tak kena yea..jadi jom kita check balik kenapa solat kita tak dapat cegah kemungkaran yang kita lakukan atau tak dapat kesan pada diri kita...

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

(sumber tranungkite.net)

Tuesday, November 17, 2009

Kelebihan umat Muhammad SAW...

Bertemu kembali...
Kali ni daku nak berkongsi kisah tentang kelebihan kita umat Nabi Muhammad saw..sebenarnya kita yg Allah jadikan sebagai umat akhir zaman kena banyak2 bersyukur kerana begitu banyak ganjaran Allah berikan kepada kita..kalau ikut kisah nabi2 dahulu..Allah tak muliakan pun kaum terdahulu,walaupun mereka beribadah sehingga batu boleh jadi lekuk,sehingga daun yang menjalar melilit badan mereka ketika bersolat..kerana mereka adalah kaum kepada nabi2 terdahulu..tapi kita..Nabi tercinta Muhammad saw..tidak memandang kepada kaum,bangsa atau siapa kita,tua muda,miskin kaya,raja atau penyapu sampah..semuanya tidak bernilai melainkan dalam diri kita ada iman Lailaha Illallah..

Di sini ku sertakan ...

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

  • Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

  • Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

  • Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

  • Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.


  • Wednesday, November 04, 2009

    Jom buat bisnes...!!

    Bisnes???

    Bisnes apela yg daku nak buat nih,sampai nak promote kat blog plak..
    Haa..kalau orang lain sibuk dengan bisnes masing2,
    Ada buka kedai,bisnes pakaian,jual barang2,bisnes kat internet..or apa2la bisnes..
    Tapi ada satu lagi bisnes yang lebih besar,
    lebih hebat,lebih berjaya di dunia dan akhirat...

    Nak tahu jawapannya...
    Ya,itula bisnes yang dapat selamatkan kita dari azab api neraka..
    Eh,macam mana plak bleh jadi bisnes??
    Macammana plak cara nak buatnya...
    nak cari modal..
    nak dapat untung...

    So,inila jawapannya..
    Ayat Quran surah as-Saff:10

    Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[11] Iaitu, kamuberiman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


    Perniagaan atau bisnes yang disebutkan dalam ayat di atas terbahagi kepada 3 perkara.

    1.Beriman kepada Allah(Lailaha illallah)

    Bisnes ni untuk kita belajar iman yakin kita.Yakin sebenar2 yakin dengan Allah,menafikan makhluk dan mengisbatkan hanya Allah yang Maha Esa Maha berkuasa..segala yang berlaku di atas muka bumi semuanya adalah dengan izin Allah..manusia langsung tak ada kuasa hatta nak gerakkan satu jari pun,andai Allah tak izin maka jari itu tak bergerak.

    Contoh:orang sihat boleh gerakkan jari,tapi bila dia lumpuh anggota badan,maka nak gerak jari pun tak mampu..maka kita kena yakin semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah..

    Maka kita kena perbanyakkan percakapan yang membesarkan ALlah,nafikan makhluk dan hanya isbatkan Allah sahaja yang MAHA BERKUASA..

    Kita kena banyak gunakan pancaindera kita untuk lihat kebesaran Allah ini..bukan nak tunggu ada benda pelik,awan ada tulisan Allah,buah tulisan Allah,pokok tulisan Allah,baru kita nak percaya..tidak,kerana kekuasaan Allah itu,sejak kita dalam rahim Allah dah tunjukkan..

    sebab itu kita kena gunakan :

    1-mata kita untuk lihat ciptaan2 Allah..bagaimana Allah ciptakan matahari,bulan dan planet2 berada pada paksinya,langit tanpa tiang,lautan yang terbentang luas...semua itu adalah tanda kekuasaan ALlah swt..

    2-telinga kita suka dengar orang2 cakap ttg kebesaran ALlah,

    3-mulut kita bercakap dan dakwahkan manusia kepada Allah,

    4-akal fikiran kita berfikir akan ciptaan2 Allah ni..

    teringat satu bayan..orang suka cakap jaga diri baik2..betulke percakapan begitu..kalau kita boleh jaga diri kita..tentula kita tahu rambut kita berapa helai,bulu mata berapa helai...mmm,betullakan..seolah2 kita yakin kita yang jaga diri kita..so,kita kena kembali pada Allah,bahawa diri kita ini di bawah jagaan Allah semata2...


    2.Beriman kepada Rasul(Muhammadurrasulullah)

    Bisnes ni untuk kita bawa cara Nabi saw dalam kehidupan harian kita.Nak yakin hanya cara hidup nabi MUhammad saw sahaja bawa kejayaan..cara yahudi,nasrani semuanya gagal di sisi Allah..

    maka kenala kita hidupkan sunnah nabi di akhir zaman ni..memang untuk amal sunnah ni umpama menggenggam bara api..sakit dan derita kita kena tanggung sendiri..

    so,kita belajar2la untuk hidupkan sunnah nabi ni.bawa 3 perkara ni dalam hidup kita..

    1-surah iaitu ketrampilan nabi,cara nabi berpakaian,cara makan,minum dan sebagainya..

    2-sirah iaitu perjalanan hidup nabi bagaimana nabi bermuamalah bersiasah dan sebagainya

    3-sarirah iaitu fikir risau nabi tentang umat..bagaimana nabi disaat wafatnya masih sebut ummati...ummati..nabi mahu sehingga bayi yang akhir sebelum kiamat dapat mati dengan kalimah LailahaIllah,maka kita juga kena belajar dan wujudkan fikir risau tersebut dlm diri kita tentang umat akhir zaman yang sudah jauh dari kehidupan sunnah nabi ni..


    3.Berjuang dijalan Allah dengan diri dan harta kita.

    Bisnes yang ketiga ni adalah untuk kita belajar gunakan diri kita pada jalan Allah,tanpa ada apa2 kepentingan peribadi atau dunia..

    Jadi kita kena lapangkan masa kita,diri dan harta kita untuk keluar ke jalan ALlah..belajar untuk islah perbaiki iman yakin kita dan mengajak manusia kepada Allah.


    So,marilah kita sama2 wujudkan fikir risau tentang umat dengan melakukan 3 bisnes ini...mudah2an dengan bisnes yang kita jalankan ni,ALlah berikan keuntungan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak..dan pastinya bisnes ini dapat menyelamatkan kita dari azab Allah dan seksa api neraka..InsyaAllah..

    Selamat berbisnes..:)