BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 04, 2009

Jom buat bisnes...!!

Bisnes???

Bisnes apela yg daku nak buat nih,sampai nak promote kat blog plak..
Haa..kalau orang lain sibuk dengan bisnes masing2,
Ada buka kedai,bisnes pakaian,jual barang2,bisnes kat internet..or apa2la bisnes..
Tapi ada satu lagi bisnes yang lebih besar,
lebih hebat,lebih berjaya di dunia dan akhirat...

Nak tahu jawapannya...
Ya,itula bisnes yang dapat selamatkan kita dari azab api neraka..
Eh,macam mana plak bleh jadi bisnes??
Macammana plak cara nak buatnya...
nak cari modal..
nak dapat untung...

So,inila jawapannya..
Ayat Quran surah as-Saff:10

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[11] Iaitu, kamuberiman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


Perniagaan atau bisnes yang disebutkan dalam ayat di atas terbahagi kepada 3 perkara.

1.Beriman kepada Allah(Lailaha illallah)

Bisnes ni untuk kita belajar iman yakin kita.Yakin sebenar2 yakin dengan Allah,menafikan makhluk dan mengisbatkan hanya Allah yang Maha Esa Maha berkuasa..segala yang berlaku di atas muka bumi semuanya adalah dengan izin Allah..manusia langsung tak ada kuasa hatta nak gerakkan satu jari pun,andai Allah tak izin maka jari itu tak bergerak.

Contoh:orang sihat boleh gerakkan jari,tapi bila dia lumpuh anggota badan,maka nak gerak jari pun tak mampu..maka kita kena yakin semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah..

Maka kita kena perbanyakkan percakapan yang membesarkan ALlah,nafikan makhluk dan hanya isbatkan Allah sahaja yang MAHA BERKUASA..

Kita kena banyak gunakan pancaindera kita untuk lihat kebesaran Allah ini..bukan nak tunggu ada benda pelik,awan ada tulisan Allah,buah tulisan Allah,pokok tulisan Allah,baru kita nak percaya..tidak,kerana kekuasaan Allah itu,sejak kita dalam rahim Allah dah tunjukkan..

sebab itu kita kena gunakan :

1-mata kita untuk lihat ciptaan2 Allah..bagaimana Allah ciptakan matahari,bulan dan planet2 berada pada paksinya,langit tanpa tiang,lautan yang terbentang luas...semua itu adalah tanda kekuasaan ALlah swt..

2-telinga kita suka dengar orang2 cakap ttg kebesaran ALlah,

3-mulut kita bercakap dan dakwahkan manusia kepada Allah,

4-akal fikiran kita berfikir akan ciptaan2 Allah ni..

teringat satu bayan..orang suka cakap jaga diri baik2..betulke percakapan begitu..kalau kita boleh jaga diri kita..tentula kita tahu rambut kita berapa helai,bulu mata berapa helai...mmm,betullakan..seolah2 kita yakin kita yang jaga diri kita..so,kita kena kembali pada Allah,bahawa diri kita ini di bawah jagaan Allah semata2...


2.Beriman kepada Rasul(Muhammadurrasulullah)

Bisnes ni untuk kita bawa cara Nabi saw dalam kehidupan harian kita.Nak yakin hanya cara hidup nabi MUhammad saw sahaja bawa kejayaan..cara yahudi,nasrani semuanya gagal di sisi Allah..

maka kenala kita hidupkan sunnah nabi di akhir zaman ni..memang untuk amal sunnah ni umpama menggenggam bara api..sakit dan derita kita kena tanggung sendiri..

so,kita belajar2la untuk hidupkan sunnah nabi ni.bawa 3 perkara ni dalam hidup kita..

1-surah iaitu ketrampilan nabi,cara nabi berpakaian,cara makan,minum dan sebagainya..

2-sirah iaitu perjalanan hidup nabi bagaimana nabi bermuamalah bersiasah dan sebagainya

3-sarirah iaitu fikir risau nabi tentang umat..bagaimana nabi disaat wafatnya masih sebut ummati...ummati..nabi mahu sehingga bayi yang akhir sebelum kiamat dapat mati dengan kalimah LailahaIllah,maka kita juga kena belajar dan wujudkan fikir risau tersebut dlm diri kita tentang umat akhir zaman yang sudah jauh dari kehidupan sunnah nabi ni..


3.Berjuang dijalan Allah dengan diri dan harta kita.

Bisnes yang ketiga ni adalah untuk kita belajar gunakan diri kita pada jalan Allah,tanpa ada apa2 kepentingan peribadi atau dunia..

Jadi kita kena lapangkan masa kita,diri dan harta kita untuk keluar ke jalan ALlah..belajar untuk islah perbaiki iman yakin kita dan mengajak manusia kepada Allah.


So,marilah kita sama2 wujudkan fikir risau tentang umat dengan melakukan 3 bisnes ini...mudah2an dengan bisnes yang kita jalankan ni,ALlah berikan keuntungan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak..dan pastinya bisnes ini dapat menyelamatkan kita dari azab Allah dan seksa api neraka..InsyaAllah..

Selamat berbisnes..:)




8 comments:

Ahliahnizam said...

Semoga kita semua mendapat UNTUNG BESAR dari bisnes ini. Yang mana keuntungannya akan diperolehi di akhirat kelak, Insya-Allah :)

musa said...

Assalamualaikum Bilasaja saya baca ayatini teringat satu masa dahulu (1981)ketika belajar kat UPM, pergi khususi seorang pelajar senior, cerita padanya tentang dakwah maka dia telah keluarkan ayat ini dan mengajak kita berniaga majalah dan pamlet agama katanya inilah maksud dari ayat ini. Selepas mendengarnya dgn baik (ikramlah katakan)saya minta diri kerana apa yg saya faham waktu itu daripa tok guru maksudnya kita kena korbankan harta, diri dan masa utk menjalankan kerja dakwah dan taklim sebaimana sahabat nabi buat. Jadi tersangat penting kita jangan berbahas tentang sesuatu perkara agama kerana ia akan mendatangkan mudarat pd kita, lebih baik berdiam diri. Itulah pengalaman saya buat khususi pelajar senior, masa tu saya baru saja 1st semester tahun satu. pengalaman yg tak dapat saya lupa sampai bila2 bila saja baca ayat ini.

Umma-ali said...

Assalamu'alaikum wrb,
Sehati sejiwa kita nampaknya bwt entry tntg iman yaqin, ditambah dgn mujahadah di jalan ALLAH oleh Ahliahnizam...dan awak pulak garap kedua2 sekali...
Semoga ALLAH satukan kita di atas jalan yg pernah dilalui para nabi dan sahabah...satu hati, satu fikir, satu maqsud...satu ummat, ummatan wahidah!

nz said...

thanks...

like this so much!

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Hebat Allah..
sifat 'tijarah' itu sendiri, dua2 dapat manfaat iaitu peniaga dan pelanggan..

1 orang peniaga dia kena fikir apa yang pelanggan-pelanggan dia xda, bukan apa yang peniaga itu sendiri xda.. contohnya kalau dirumahnya xda bawang, dia xbolehla fikir untuk jual bawang saja.. dia kena fikir apa apa yang orang lain xda, dan menda itulah yang dia kena jual..

begitulah, seorang da'i kena fikir apa yang orang lain xda.. apa yg orang lain x cukup.. Allahu..

1orang peniaga dia kena utamakan costumers dia.. kalo peniaga tengah makan, n customer datang.. peniaga kena tinggalkan makan dia utk layan pelanggan dia ni.. untuk bisnes kecil2lan pun peniaga sanggup tinggalakn makan minum dia nak layan pelanggan.. apatah lagi bisnes besar2an yang untungnya ribu2 atau juta2.. lebih2 lagi si peniaga akan sanggup untuk membelakangkan keperluan makan dll dia sendiri..

begitulah sepatutnya seorang da'e.. kena utamakan orang lain lebih dari diri dia sendiri..

1orang peniaga juga kena letakkan harga barangan dia pada harga dia, bukan pada harga pelanggan. tak bolehla kalo pelanggan orang susah, si peniaga jual murah dan untuk pelanggan yang kaya peniaga jual mahal..
peniaga kena letak harga yang sama, yang orang susah mampu beli dan orang kaya juga mampu beli pada harga tu..

tuan2, ibu2 yg Allah muliakan..
apa harga paling rendah yang kita kena tawarkan kepada umat ini?

tawaran paling rendah yang kita kena beri pada umat ini ialah 'agama sempurna' sebagaimana tahap agam ketika Rasulullah s.a.w tinggalkan dunia ni..

Allahu.. semua azam utk jadikan dakwah sebagai maksud idup insyaAllah..

karkunah said...

waalaikumussalam..

ahliahnizam,
InsyaAllah,itulah keuntungan sebenar yg kita inginkan..


musa,
kadang2 kita tafsir ayat quran ikut nafsu kita..sebab tu jd begitu...senoga dengan kerja agama ni,Allah dapat tarbiyah kita dengan makna sebenar firman2NYa..

umma-ali,
bila satu fikir dan satu maksud..maka Allah beri kita kefahaman yang sama wlupun lain tempat,lain negeri..dan x pernah jumpa...:)

inas,
sama2..

Ishak zaini,
terima kasih berkongsi cerita tijarah ni..semoga kita sama2 dpt manfaat & diberi kefahaman,kefahaman yg bukan kerana hawa nafsu atau logik akal,tapi kefahaman yang datang dari Allah semata2..InsyaAllah..

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

perniagaan yang sering dilupakan manusia.. yaitu perniagaan yang bisa menyelamatkan manusia dari azab Allah..

terimakasih akak, sudah mengingatkan kembali :)

karkunah said...

salam ina..
ya..sama2.mudah2an kita sumua mendapat manfaat drnya...