BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 17, 2009

Kelebihan umat Muhammad SAW...

Bertemu kembali...
Kali ni daku nak berkongsi kisah tentang kelebihan kita umat Nabi Muhammad saw..sebenarnya kita yg Allah jadikan sebagai umat akhir zaman kena banyak2 bersyukur kerana begitu banyak ganjaran Allah berikan kepada kita..kalau ikut kisah nabi2 dahulu..Allah tak muliakan pun kaum terdahulu,walaupun mereka beribadah sehingga batu boleh jadi lekuk,sehingga daun yang menjalar melilit badan mereka ketika bersolat..kerana mereka adalah kaum kepada nabi2 terdahulu..tapi kita..Nabi tercinta Muhammad saw..tidak memandang kepada kaum,bangsa atau siapa kita,tua muda,miskin kaya,raja atau penyapu sampah..semuanya tidak bernilai melainkan dalam diri kita ada iman Lailaha Illallah..

Di sini ku sertakan ...

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

  • Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

  • Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

  • Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

  • Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.


  • 5 comments:

    namaku ina said...

    assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    subhanallah...... betapa baiknya Allah SWT pada kita.......

    malu sama Allah jadinya...

    Umma-ali said...

    Aslm, lama x jengah blog kawan2, blog sendiri pun x sempat tgok.. Jauh berjalan, sampai ke alor star sana...ni kira blog bertuah lah akak dpt komen pepagi ni, wpun mcm2 keje ada...yg lain kalau tak sempat komen, mintak maaflah nooo...
    Syukur kita jadi ummat Muhammad saw, ummat Nabi Musa as bila bwt dosa, nak tebus kena bunuh diri.. kalau pakaian kena najis tak bole samak2 cam kita...kena buang terus, jadi depa potong bahagian yg kena najis tu...sampai macam tu sekali...kalau bwt dosa, esok pagi kat pintu dah tertulis dosa tu!Eee, malu kan...
    Tapi ummat akhir zaman ada tugas besar yg perlu kita laksanakan... tugas Nabi2 sebab takde Nabi lagi yg akan datang, walau pun ummat ni tunggang terbalik jalan kepala ke bawah kaki ke atas pun tak akan ada nabi lagi yg turun...jadi kita memang bertuah tapi bila kita buat kerja kita...
    InsyALLAH kita sama2 azam.
    p/s dgr kbrnya anak & menantu akak ditasykil 40h ke jitra dan sg petani...insyaALLAH.

    Umma-ali said...

    ralat>bkn blog bertuah, akak yg bertuah dapat komen kat blog ni, dapat manfaat membaca blog ni... silap tulis takut tersilap tafsir pulak...

    karkunah said...

    umma-ali,
    terima kasih kak sudi share cerita..hehe..kira tuah akak la..bukan blog bertuah..x kisahle..yg penting manfaat dr apa yg disampaikan..:)

    Umma-ali said...

    aslm, ni mlm last akk komen sblum khruj ke palembang insyaALLAH...
    mmg apa yg tersirat tak mudah diaplikasikan dlm apa yg tersurat...sebenarnya maqsud akak bknnya sebab akak komen , blog awak jadi bertuah kerana siapalah saya,hanya rajin menulis tapi amal tak seberapa...tapi kerana bertuahnya blog inilah akak dapat manfaat darinya dan akk lah yg bertuah dpt manfaat dari blog awk ni...hmm...u get what i mean? insyaALLAH ALLAH bagi faham...pinjam kata2 seorang nenektua...
    wassalamualaikum,
    yaghfirullahulana walakum...