BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

Solat yang tak diterima...:(

Bila baca bab fadhilat solat ni...banyak sungguh manfaatnya...apatah lagi..pada kaum lelaki yang bersembahyang di masjid dan dapat istiqomah selama hayatnya...tapi rasanya sgt mustahil zaman sekarang nak cari manusia yg boleh solat jemaah di masjid secara istiqomah...dan sebenarnya inila manfaat yang suami2 or anak2 laki kita dapat bila dapat lapangkan masa 40hari/4 bulan keluar jalan Allah..pasti dan pasti sepanjang masa itu dapat jaga solatnya secara istiqomah...

Alhamdulillah..pada mereka yang Allah pilih untuk mengimarahkan masjid...tapi itu bukanla topik yg daku nak katakan...sebaliknya nak bagitau kenapa kita masih lagi susah dan payah nak jaga iman amal kita...apa yang tak kena yea..jadi jom kita check balik kenapa solat kita tak dapat cegah kemungkaran yang kita lakukan atau tak dapat kesan pada diri kita...

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

(sumber tranungkite.net)

Tuesday, November 17, 2009

Kelebihan umat Muhammad SAW...

Bertemu kembali...
Kali ni daku nak berkongsi kisah tentang kelebihan kita umat Nabi Muhammad saw..sebenarnya kita yg Allah jadikan sebagai umat akhir zaman kena banyak2 bersyukur kerana begitu banyak ganjaran Allah berikan kepada kita..kalau ikut kisah nabi2 dahulu..Allah tak muliakan pun kaum terdahulu,walaupun mereka beribadah sehingga batu boleh jadi lekuk,sehingga daun yang menjalar melilit badan mereka ketika bersolat..kerana mereka adalah kaum kepada nabi2 terdahulu..tapi kita..Nabi tercinta Muhammad saw..tidak memandang kepada kaum,bangsa atau siapa kita,tua muda,miskin kaya,raja atau penyapu sampah..semuanya tidak bernilai melainkan dalam diri kita ada iman Lailaha Illallah..

Di sini ku sertakan ...

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

  • Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

  • Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

  • Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

  • Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.


  • Wednesday, November 04, 2009

    Jom buat bisnes...!!

    Bisnes???

    Bisnes apela yg daku nak buat nih,sampai nak promote kat blog plak..
    Haa..kalau orang lain sibuk dengan bisnes masing2,
    Ada buka kedai,bisnes pakaian,jual barang2,bisnes kat internet..or apa2la bisnes..
    Tapi ada satu lagi bisnes yang lebih besar,
    lebih hebat,lebih berjaya di dunia dan akhirat...

    Nak tahu jawapannya...
    Ya,itula bisnes yang dapat selamatkan kita dari azab api neraka..
    Eh,macam mana plak bleh jadi bisnes??
    Macammana plak cara nak buatnya...
    nak cari modal..
    nak dapat untung...

    So,inila jawapannya..
    Ayat Quran surah as-Saff:10

    Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[11] Iaitu, kamuberiman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


    Perniagaan atau bisnes yang disebutkan dalam ayat di atas terbahagi kepada 3 perkara.

    1.Beriman kepada Allah(Lailaha illallah)

    Bisnes ni untuk kita belajar iman yakin kita.Yakin sebenar2 yakin dengan Allah,menafikan makhluk dan mengisbatkan hanya Allah yang Maha Esa Maha berkuasa..segala yang berlaku di atas muka bumi semuanya adalah dengan izin Allah..manusia langsung tak ada kuasa hatta nak gerakkan satu jari pun,andai Allah tak izin maka jari itu tak bergerak.

    Contoh:orang sihat boleh gerakkan jari,tapi bila dia lumpuh anggota badan,maka nak gerak jari pun tak mampu..maka kita kena yakin semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah..

    Maka kita kena perbanyakkan percakapan yang membesarkan ALlah,nafikan makhluk dan hanya isbatkan Allah sahaja yang MAHA BERKUASA..

    Kita kena banyak gunakan pancaindera kita untuk lihat kebesaran Allah ini..bukan nak tunggu ada benda pelik,awan ada tulisan Allah,buah tulisan Allah,pokok tulisan Allah,baru kita nak percaya..tidak,kerana kekuasaan Allah itu,sejak kita dalam rahim Allah dah tunjukkan..

    sebab itu kita kena gunakan :

    1-mata kita untuk lihat ciptaan2 Allah..bagaimana Allah ciptakan matahari,bulan dan planet2 berada pada paksinya,langit tanpa tiang,lautan yang terbentang luas...semua itu adalah tanda kekuasaan ALlah swt..

    2-telinga kita suka dengar orang2 cakap ttg kebesaran ALlah,

    3-mulut kita bercakap dan dakwahkan manusia kepada Allah,

    4-akal fikiran kita berfikir akan ciptaan2 Allah ni..

    teringat satu bayan..orang suka cakap jaga diri baik2..betulke percakapan begitu..kalau kita boleh jaga diri kita..tentula kita tahu rambut kita berapa helai,bulu mata berapa helai...mmm,betullakan..seolah2 kita yakin kita yang jaga diri kita..so,kita kena kembali pada Allah,bahawa diri kita ini di bawah jagaan Allah semata2...


    2.Beriman kepada Rasul(Muhammadurrasulullah)

    Bisnes ni untuk kita bawa cara Nabi saw dalam kehidupan harian kita.Nak yakin hanya cara hidup nabi MUhammad saw sahaja bawa kejayaan..cara yahudi,nasrani semuanya gagal di sisi Allah..

    maka kenala kita hidupkan sunnah nabi di akhir zaman ni..memang untuk amal sunnah ni umpama menggenggam bara api..sakit dan derita kita kena tanggung sendiri..

    so,kita belajar2la untuk hidupkan sunnah nabi ni.bawa 3 perkara ni dalam hidup kita..

    1-surah iaitu ketrampilan nabi,cara nabi berpakaian,cara makan,minum dan sebagainya..

    2-sirah iaitu perjalanan hidup nabi bagaimana nabi bermuamalah bersiasah dan sebagainya

    3-sarirah iaitu fikir risau nabi tentang umat..bagaimana nabi disaat wafatnya masih sebut ummati...ummati..nabi mahu sehingga bayi yang akhir sebelum kiamat dapat mati dengan kalimah LailahaIllah,maka kita juga kena belajar dan wujudkan fikir risau tersebut dlm diri kita tentang umat akhir zaman yang sudah jauh dari kehidupan sunnah nabi ni..


    3.Berjuang dijalan Allah dengan diri dan harta kita.

    Bisnes yang ketiga ni adalah untuk kita belajar gunakan diri kita pada jalan Allah,tanpa ada apa2 kepentingan peribadi atau dunia..

    Jadi kita kena lapangkan masa kita,diri dan harta kita untuk keluar ke jalan ALlah..belajar untuk islah perbaiki iman yakin kita dan mengajak manusia kepada Allah.


    So,marilah kita sama2 wujudkan fikir risau tentang umat dengan melakukan 3 bisnes ini...mudah2an dengan bisnes yang kita jalankan ni,ALlah berikan keuntungan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak..dan pastinya bisnes ini dapat menyelamatkan kita dari azab Allah dan seksa api neraka..InsyaAllah..

    Selamat berbisnes..:)




    Thursday, October 29, 2009

    Rindu nak terima jemaah.....

    Salam kembali,Pejam celik,pejam celik,dah nak sampai penghujung 2009 dan penghujung 1430h...mmm,tak sedar masa berlalu..bila fikir2 balik,apalah amalan dah ku lakukan sepanjang tahun ni..actually,saat ni,rindu sungguh aku untuk terima jemaah masturat..tahun ni,ntah kenapa,takde satu pun jemaah masturat dapat kami terima,bukannya takde jemaah nak datang,tapi masalahnya bila takde kesediaan untuk tuan rumah menerima jemaah..termasukla kami gak..masalahnya bukan aku,tapi suami yg tak sedia disebabkan tuntutan kerja dunia..aih,sedihnye..bukan kami je..rata2 karkun kat mahalahku begitu juga..makanya sampai nak hujung tahun tak dapatla jemaah di hantar kat marhalahku..ujian sungguh..mungkin kami ni kurang doa(akula tu)and main2 dalam usaha agama..tak seperti ahlia2 org ipb..doa nangis selagi tak dikabulkan doanye..tapi aku???mmm...

    Actually,bila sebut nak terima jemaah,samalah seperti khuruj ke jalan Allah,time nila,rumah aku nak meriah..yelakan..mana tak seronok..3 hari rumah kita dipenuhi dengan amal,dakwah,taklim taklum,ibadat dan khidmat..time nila nak kongsi segala ilmu yang kita tak tahu,or karkuzari dari mereka2 yang dah berpengalaman..time tuh kalau dengar,memang jazbah naik menggunung..apatah lagi dengan bayan2 yang menyentuh perasaan..memang rindula saat2 tersebut...rasanya lepas2 tu gak kita nak khuruj gak..memang seronok bagi yang suka,bagi yg tak suka,macam2 la alasannya,kan..

    Rasanya untuk tahun ni,memang takde harapanla nak terima jemaah masturat ni..coz cuti sekolah ni,hubby nak kuar 40h ke singapore,insyaAllah..balik pun maybe 31 Desember..so,tahun depanla gamaknye dapat terima jemaah ni..doa2kanla untukku ini..bila tak de suasana ni,iman lemah..amal apatah lagi,Ya Allah,sedihnyelah..kekadang rasa cemburu pada mereka suami isteri yang dapat istiqomah dalam usaha ni,dapat jaga 5 amal maqami..tu yg penting..tp kat marhalahku??...mmm...wallahu a'lam..

    So,pada mereka yg berpeluang terima jemaah,syukurla pada Allah..kerana banyak ganjaran kita terima.Dikatakan mereka yang menerima tetamu ini kelebihannya;
    1-datangnya tamu membawa 1000 rahmat
    2-keluarnya tamu dari rumah kita akan membawa keluar semua dosa tuan rumah
    3-Rasulullah saw bersabda"barangsiapa memuliakan tetamu,maka ia memuliakan aku,dan barangsiapa memuliakan aku,maka ia memuliakan Allah"

    Mudah2an dengan sedikit fikir risau yang kita ada ni,Allah Taala masih pandang dgn pandangan rahmat..dan Allah Taala kekalkan kita,keturunan kita dalam usaha dakwah nabi ni hingga akhir hayat..InsyaAllah,ameen..


    Monday, October 19, 2009

    Pengimarahan Masjid Satu Tuntutan...






    dan pengunjung ke kawasan peranginan lelaki dan perempuan terpaksa sembahyang di anjung surau yang terdedah,bagaimana aurat wanita nak terjaga..kenapa sampai begitu sekali mereka ajk surau ni buat pada jemaah yek..benci sangat dengan jemaah yg mahu menghidupkan suasana iman dan amal dalam surau tersebut..Ya Allah,mudah2an cahaya hidayah kau campakla pada mereka yg menentang jemaah ni..

    Kat sini kita boleh baca peranan jemaah yg sebenar maksud Quran dan Hadith...ku copy dari khutbah jumaat jais..

    "Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, Allah s.w.t menjamin kepada orang yang menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang damai, rahmat dari Allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju keredhaan Allah s.w.t didalam syurga".(Riwayat At-Tabrani)

    Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti dakwah dan perhimpunan bagi umat islam.Masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t dan mempunyai hati yang suci bersih.

    Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi rahmat dan hadiah Allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid, dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman Allah s.w.t:

    "Hanyasanya yang layak memakmurkan menghidupkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".

    (At-Taubat ayat 18)


    Orang yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari abu said al-hadari r.a rasullullah s.a.w bersabda:

    "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".

    (Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)

    Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

    "Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...........".

    (Riwayat Al-Bahari)

    Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid, hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.


    Sekarang ini, kedudukan masjid kita kebanyakkannya tersergam dengan binaan yang indah, dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah menjadi matlamat utama pembinaanya.


    "Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".

    (Riwayat Muslim)

    Kita juga bimbang, seandainya generasi akan datang memandang masjid hanya sebagai tempat solat jumaat seminggu sekali sahaja atau tempat orang-orang tua dan orang pencen beribadat. Mereka hanya bersemangat untuk mngimarahkan surau,sedangkan masjid diletakkan dibawah tanggungjawab pihak yang lain.


    Masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan. Banyak fadhilat beramal ibadat dimasjid, selain daripada Masjidil haram di Mekah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aksho di Baitulmakdis yang sangat-sangatdiberkati allah s.w.t. Tempat-tempat lain seperti surau adalah kurang fadhilat jika dibandingkan dengan masjid yang didirikan solat jumaat terutama sunat beriktikaf didalamnya.

    Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana ganjaran terlalu besar,sehingga Rasulullah s.a.w tidak memberi kelonggaran walaupun kepada orang yang buta. Malah Rasulullah s.a.w pernah dalam ucapannya dengan memberi ancaman untuk membakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah ke masjid . Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:

    1- Membina displin yang tinggi

    Penghayatan solat berjemaah,pasti mendorong kearah keadaan di mana setiap hari lima kali orang-orang islam terutama golongan lelaki berbaris dalam satu saf yang rapi.Keadaan ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi,seperti pengurusan masa, pembersihan anggota badan dan pakaian,latihan berhimpun dan berbaris dengan rapi dan teliti.

    2- Membina semangat persaudaraan dan kerjasama

    Solat berjemaah merupakan wadah perancangan aktiviti sosial,termasuk merancang program gotong-royong,menziarahi anggota jemaah yang sakit, meninggal dunia atau mengalami masalah,tolong-menolong diantara satu dengan yang lain.Keadaan ini sudah pasti mendorong ke-arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih menepati.


    "Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya, terutama sekali dirumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".

    (An-Nur Ayat 36)

    Wednesday, October 14, 2009

    Cerita sana sini....

    Bertemu kembali...
    Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang padaku untuk terus menghirup udara di atas muka bumi ni..

    Actually,ntah kenapala pas raya ni,xde mood sungguh nak update blog ni..busy kot...mmm..adala beberapa cerita nak disampaikan kat sini..

    Pertama mengenai rumah terbuka@open house..
    Biasala,waktu bulan syawal ni,kat negara kita ni memang meriahla ngn open house ni..kalau di negara lain,xdela seperti ni..sedihla jugak..walaupun niat tu bagus untuk menjamu selera tetamu,tetapi bila bercampur kemungkaran jadi tak seronokla rasanya..cam malam tadi kami sekeluarga pergila jamuan raya kat tempat hubby kerja..masyaAllah,siap dijemput seorang artis memang popularla zaman90-an..lagu dia ada satu tu memangla aku suka zaman jahiliah dulu..jiwangla..tapi tak patutla lagu2 jiwang plak dinyanyikan untuk jamuan raya seperti ni..ini bukannya konsert..sepatutnya jemputla artis2 nasyidke..atleast lehla dengar juga lagu2 yang berunsur nasihat...kamipun bila dah berada di sana tak senang duduk dibuatnya..last2 ambik makanan,makan cepat2..terus blah jer..tak sanggup nak tengok acara lagho berleluasa..tak pasal2 kami juga dapat dosa,hidup bukan makin muda..tapi makin tua..masih nak enjoy lagike?mmm...

    Yang ke dua cerita mengenai Agen Etiqa Takaful..
    Nampakkan logo kat atas tuh...
    Hehehe..actually,sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal takaful ni..tapi bila hubby dah jadi agen Etiqa takaful ni,secara tak langsung kena ambil tahu gak..dan hubby pun suruh aku jadi agen gak..bleh tasykil ahlia2 karkun..:)
    Padaku memang amat perlula kita orang islam ambil takaful ni..maksud takaful pun bantu-membantu,tolong-menolong..sapa lagi nak tolong orang islam kalau bukan orang islam sendiri..ada hubby kata,nak tasykil orang cina lagi senang dari orang melayu@islam ni..rupa2nya orang2 cina ni memang dah lama ada insuran dan takaful ni..dan agen2 etiqa ni juga ramai orang cina dan india dan apa yang mengkagumkan mereka lagi pandai cakap pasal takaful dan sistem mudharabah ni..malula rasanya..jadi kita orang islam tak bolehla ambil insuran,tapi takaful memang perlula..aku nak cerita lebih2 pun tak berapa arif sangat..so,sesiapa berminat dengan etiqa takaful ni bolehla contact my hubby di talian 019-4663733..

    Lastly,sabtu lepas hubby gi s.petaling tafakut untuk khuruj 40 hari..Alhamdulillah,andai tak ada aral melintang jemaah hubby akan keluar ke Singapura cuti sekolah nanti..doa2kan untuk kami sekeluarga semoga semuanya berjalan lancar..Ya Allah,kau terimala sedikit pengorbanan yang kami lakukan untuk agamaMu..semoga lebih ramai lagi manusia yang akan bertebaran keluar ke seluruh agama untuk kerja dakwah ini..amin...

    Friday, September 25, 2009

    Aidil Fitri & Puasa 6...



    Bertemu kembali..
    Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah kerana masih di panjangkan usia kita seterusnya dapat menikmati suasana Aidilfitri tahun ni..dan hari ni adalah hari ke enam syawal dan pastinya suasana raya masih rancak dengan program ziarah menziarahi saudara mara dan rakan taulan ..


    Di saat kita bergembira jangan lupa untuk kita kena renung kembali kata bijak pandai iaitu:
    "Raya yang sebenar ialah apabila di akhirat kelak Allah isytiharkan pada diri kita untuk masuk dalam syurga dan selamat dari azab neraka..Itulah raya kita yang sebenar- benarnya..."

    walau bagaimanapun,bukanla bererti kita tak boleh berhari raya,tapi biarla hari raya itu selari dengan syariat islam.

    Bagi diriku dan familyku..alhamdulillah kami dapat beraya dengan gembira terutama anak2ku..pulang ke kampung dan berjumpa sanak-saudara merupakan peluang yang tak mungkin dilepaskan..tapi tahun ni kami hanya dapat beraya 3 hari je..raya pertama di sebelah suamiku dan raya kedua belahku pula..raya ke 3 sudah pulang kembali ke rumahku kerana esoknya suami dah mula berkerja..dan bila bab berziarah ni,kanak2la paling gembira coz dapat collect duit raya..siap anak2ku bila jalan umah saudara,tanya padaku bila nak dapat duit raya..mmm,selalu ku ingatkan pada anak2ku agar betulkan niat ziarah itu kerana Allah,pergi beraya kerana nak bersilaturrahim,bukan sebab nak duit raya,walaupun mungkin anak2ku tak faham dan masih kecil lagi,tapi kita sebagai ibu bapa kenala ingatkan anak2 kita supaya tak salah niat dalam berhari raya ni..

    So,untuk syawal ni,jangan lupa teruskan berpuasa sunat 6 hari..mudah2an Allah limpahkan rahmat dan kebaikan dalam bulan syawal yang kita lalui tika ini...

    Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,

    "Siapa yang puasa di bulan Ramadhan, kemudian diiringi puasa 6 di bulan Syawal,maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa"(HR Muslim)

    Akhir kata rasanya tak terlambat lagi utkku ucapkan,

    SELAMAT HARI RAYA DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
    MAAF ZAHIR BATIN.....


    Thursday, September 10, 2009

    Bila wanita seperti lelaki...~


    Actually nak storile citer yang berlaku padaku semalam..sedangku berehat2 dengan anak2ku lepas zohor tu..terdengarla orang memberi salam dan mengetuk rumahku..biasanye kalu orang yang tak ku kenal memang aku tak melayannya..tapi semalan ntah macam mana tergerak hati nak buka pintu,walhal aku dah intai dah kat sliding door nampak macam budak lelaki berkaca mata berdiri di luar,tapi tak berapa jelas dan ada seorang wanita tersorok kat belakang pintu kayu rumahku..so aku ingatkan anak jiranku..bila buka pintu je( mujurla ada tirai kat pintu luar rumah ni,coverla mukaku yg tak berhijab ni dari di lihat budak lelaki tu)..oh,siapa pula dia ni,tak kenal la pulak..rupanye budak perempuan (lagi sorang ni bertudung) datang nak ajar jahitan padaku,memula tu malas nak layan,memang tak de masala petang tu coz nak rehat ngan nak prepare utk berbuka petang nanti..so budak tu explain la pasal jahitan ni bla..bla..bla kat depan pintu rumahku ni,x jemput pun masuk,tak berani sebenarnya,lanikan ramai orang boleh menyamar..mmm..aku pun ntah macam mana bleh tanya kat budak perempuan tu,

    " Dik,tu kawan adik tu laki ke?".memang aku tengok tadi sekali imbas cam lelakila..dengan t-shirt dan seluar jeans nye..
    "Eh,takla kak,perempuan,"..terus kawan dia tu beri salam dan nak salam aku di sebalik tabir pintu ni..tergamam terus aku di buatnye..antara percaya dengan tidak,off course,bila aku terpandang aje muka dia dengan penampilan dia tak ubah sebijik seperti lelaki memang tak menampakkan yang dia ni perempuan..terus dalam hatiku kata..andainye dia ni menyamar kata perempuan,berdosanye aku bersalam dengan budak lelaki ni..tetiba budak cam lelaki ni dengan ramahnyer menerangkan tujuan dia datang ni..bla.bla..bla..dalam hatiku kata..oh,memang perempuan la kot sebab suara dia suara perempuan,kalau suara garau, tak taula nak kata apa..hehe..aku yang terkejut ni terus setuju je dan isi borang nak belajar menjahit coz dia kata dalam setengah jam lagi dia datang nak ajar aku kat rumah ni aje dalam sejam..mmm..blehke macamtu?..ish..ish..aku dah tak leh fikir apa dah masa tu terus accept jela..sebab tengok muka budak perempuan yang seperti lelaki tu punya pasal la..

    Bila budak tu balik,terus aku rasa tak sedap hati,eh..betulke?aku plak dah isi borang,ntah betul ntah tidak,ntah2 dia saja nak maklumat peribadi aku ke?..ya Allah..tak tenteram hati di buatnye..Ya Allah,istighfar bebanyak aku dan mohon pada Allah moga dilindungi aku ni..takutla..terus aku call hubby kat ofis citer perkara ni..so hubby aku kata tak usah layan kalu dia datang semula dan bagitau dia suami tak izin...mmm..betulla tu..aku pun tak minta izin pun dengan hubby aku tadi,pandai2 je buat decision sendiri..tula jadinye...:)...so,aku pun tunggu jela budak tu datang semula..setengah jam kemudian,budak cam lelaki tu datang ketuk pintu..kali ni aku berpurdah,buka tingkap je cakap melalui tingkap kata tak jadi,macam2la alasan aku bagi,nampak kecewa gak budak tu..nak wat macammana..aku pun sebenarnya tengok muka budak tu jadi cuak juga..bila aku minta no phone atau alamat kedai,dia tak bagi pula,katanya kalau belajar kat tempat dia mahalla sampai berbelas ribu,coz tempat belajar menjahit tu bukan ajar kemahiran tapi kepakaran sekali,betulke??..ish..ish...macam2 hal..maafla dik..sebab bersangka buruk pada adik yea...penampilan tu telah buat orang lain berfikiran yang bukan2...kalaula adik datang dengan bersopan santun berpakaian muslimah menutup aurat,takdela jadi macam ni..

    So, moral of this story,
    1-berhati2la dengan orang yang kita tak kenal,jangan terus percaya kata2nya.
    2-Pada wanita2 di luar tu,jadila wanita yang sebenar2 wanita..jangan jadi tomboy ke ape ke..susahkan orang lain.kan Allah dah ciptakan kita sebaik2 kejadian..terimala diri kita seadanye...

    Friday, September 04, 2009

    Hidup sederhana

    Pesanan yang ke lima untuk para wanita amalkan dalam kehidupan harian dan rumahtangga adalah mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh nabi dan para sahabat. Yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah kita berbelanja mengikut keperluan kita walaupun kita mampu bukan mengikut kemampuan kita dan hawa nafsu semata-mata sehingga menyebabkan pembaziran dan sifat menunjuk akan harta yang kita miliki.Ada 5 perkara yang perlu disederhanakan dalam kehidupan kita iaitu:


    11. Rumah.

    Kita lihat rumah orang islam hari ini sudah jauh dari ciri-ciri rumah sahabat dan sahabiyah. Rumah kita sudah seperti rumah orang yahudi dan nasrani kerana dalamnya punya tv, perhiasan, perabot, meja makan dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah milik kehidupan orang yang kafir. Jadi rumah orang islam perlu menghindarkan perhiasan yang boleh menyebabkan pembaziran dalam rumah tersebut. Tidak guna rumah besar dan indah andaikata penghuni di dalamnya hidup jauh dari ketaatan kepada Allah dan rasulnya.


    22. Pakaian.

    Pakaian juga perlu sederhana seperti yang digariskan oleh islam. Bukan pakaian moden yang jauh dari ciri-ciri pakaian orang islam. Apatah lagi dengan suasana menyambut hari raya, sudah pasti pakaian baru menjadi pilihan kita. Tak cukup sepasang sebaliknya 2-3 pasang. Tidak salah tetapi biarla berpada2 kerana pakaian yang tidak kita pakai itu akan di hisab di hari akhirat kelak.


    33. Makanan.

    Di bulan ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ni, sudah tentu makanan yang berlebihan pasti berlaku apatah lagi dengan sifat teruja dan nafsu kita melihat makanan di bazaar ramadhan. Belanja berlebihan sehingga membazir. Maka kita kena muhasabah makanan yang kita mahu makan, kalau biasa kita makan 3-4 jenis makanan, cubalah kita kurangkan kepada 2 jenis sahaja. Mudah2an dengan cara itu mengingatkan kita kepada insan yang tidak berkemampuan dan kita dapat belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah Taala.


    44. Kenderaan.

    Ramai orang yang punya impian untuk memiliki kereta besar dan mewah. Maka mereka yang mahu mencontohi kehidupan sahabat sahabiyah perlula bersederhana dalam kenderaan. Cukuplah kenderaan itu digunakan kerana keperluan bukan kerana menunjukkan kemewahan kita. Dan tidak perlulah kita menghiasi kenderaan itu pada perkara yang tidak perlu.


    55. Kenduri.

    Sederhana dalam kenduri terutama kenduri perkahwinan. Ambil yang perlu sahaja, tidak perlu bersanding untuk menunjuk2, makan beradab atau berhias pelamin dan bersolek. Dikatakan permulaan keberkatan hidup suami isteri adala pada akad nikahnya,jikalau dalam hari perkahwinan sudah ada unsur kemaksiatan,sudah tentu tiada keberkatannya,maka tidak mustahil seandainya rumah tangga mereka itu penuh masalah dengan ranjau duri kerana diawalnya sudah tidak mengikut syariat islam.

    Jadi kita perlula memikirkan kehidupan kita agar wujud kesederhanaan dalam setiap tindak tanduk kita supaya tidak bertentangan dengan ajaran islam. Dikatakan sederhana itu terbahagi kepada 2 bahagian.

    1. Melalui jalan taqwa-iaitu jalan yang ditunjukkan oleh rasul saw dan para sahabat.

    2. Melalui jalan fatwa- iaitu jalan yang dibolehkan oleh ulama.

    Rasulullah saw bersabda, ‘Sungguh beruntung orang yang memeluk islam, diberi rezeki yang cukup, dan dibuat merasa qanaah (cukup/ puas) oleh Allah dengan apa yang diberikan-Nya.’ [HR. Muslim 1054]


    Tuesday, August 25, 2009

    Khuruj & Ramadhan


    Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk aku khuruj 3 hari masturat di bulan Ramadhan ini. Walaupun ada sedikit ujian dalam pembentukan jemaah,tapi ianya dapat diselesaikan dengan izin Allah. Sebenarnya ada 2 jemaah masturat yang akan keluar masturat ni, masing2 6 pasang untuk 2 jemaah ni. Tapi pilihan Allah, ketika bayan hidayah, hanya 3 pasang aja yg dpt keluar dari jemaahku dan 5 pasang bagi satu jemaah lagi. Setelah dimesyuaratkan untuk dapat bentuk 2 jemaah maka jemaah kami telah import satu pasang masturat dari jemaah lagi satu untuk mencukupkan 4 pasang bagi syarat khuruj masturat ni..alhamdulillah, jemaah kami telah keluar di kawasan Penanti dan lagi satu jemaah ke Perlis.


    Rumah yang kami pergi ini merupakan rumah taklim mingguan masturat dan merupakan seorang yang kaya. Bukan kaya harta tapi kaya anak. Bukan 5 orang anaknya, bukan 10 orang tetapi 14 orang anaknya dan yang kecil baru 1 tahun 2 bulan..subhanallah...sampai di rumah tersebut kami di sambut baik oleh tuan rumah dan anak2 perempuannya. Masa kami di sana ada 3 orang anaknya yang sudah besar,ke tiga2nya merupakan alimah. okey, hari jumaat merupakan hari terakhir sebelum kita menyambut ramadhan esoknya..dan peluang dapat menyambut puasa ketika keluar ke jalan Allah merupakan pengalaman indah dan menyeronokkan yang akan ku ingat sampai bila2.. apa yang seronoknya kami berpeluang solah terawih 20 rakaat berjemaah diimamkan seorang hafizah yang turut keluar masturat ni..ada 2 orang hafizah dalam jemaah masturatku ini..alhamdulillah, actually, aku x pernah lagi merasa solah terawih dengan bacaan satu juzuk ni, tapi kali ini Allah beri peluang ini ketika kami keluar ni, memang seronok sangat..dapatlah dua malam kami terawih dengan bacaan 2 juzuk al-quran ni..Alhamdulillah..

    Apa yang menariknya khuruj di bulan ramadhan adalah peluang untuk amal ibadah lebih banyak berbanding hari2 biasa dan program pun tak padat sangat.. tak perlu nak sarapan, makan tengahari dan minum petang..so, masa terluang boleh isi dgn amal infradi..selepas asar baru kami buat persiapan untuk berbuka puasa. alhamdulillahla, anak tuan rumah yg besar2 pun ada seramai 3 orang, maka kerja untuk buat persiapan berbuka menjadi mudah..alhamdulillah, saat berbuka puasa adalah saat yang paling ditunggu2...teringat satu hadith yang menyatakan orang yang berbuka puasa mendapat dua kegembiraan, satu ketika berbuka puasa dan satu lagi ketika berjumpa Allah Taala..memang betul..hanya orang yang berpuasa sahaja merasai saat tersebut..kami di jamu dengan pelbagai kuih-muih..memang banyak coz anak tuan rumah ni pun ramai..menurut anak tuan rumah ni, memang setiap malam mereka tidak makan nasi, hanya makan kuih,biskut or buah2an sahaja...patutla...kuih muih pun banyak..bolehla belajar dari cara tuan rumah ni..coz biasanya org sibuk nak jamu juadah yang best2, dengan lauk pauk yang bermacam2..tapi tuan rumah ni, simple je..buka puasa pun x dela kalut cam sesetengah orangkan..alhamdulillah,berkat didikan mak ayah la tu..

    Dan secara keseluruhannya, ramaila orang nusrah kat jemaah kami ni, iyala, kawasan ni memang kuatla usaha agama, rata2 anak2 mereka ni hafizah dan alimah..dan masa bayan tangguh hari ahad lepas asar,pembayan pun adalah terghib kami ni para masturat supaya lebih banyak bagi masa untuk kerja agama dan menjadi pendorong suami dalam usaha dakwah ini. pembayan juga menerangkan 5 sifat para wanita supaya dapat di amalkan dalam rumah tangga mereka iaitu
    1-menjadi daeiyah~pendakwah
    2- menjadi alimah ~berpengetahuan dalam agama
    3- menjadi abidah~ kuat beribadah
    4- menjadi murobbiyah~ orang yang mendekatkan diri pada Allah
    5- menjadi khadimah~orang yang suka berkhidmat terutama untuk agama Allah

    Alhamdulillah, mudah2an pada masa hadapan, Allah Taala memberi lagi peluang untuk aku khuruj di jalannya dan semoga asbab pengorbanan mereka yang keluar ke jalan Allah ini akan jadi asbab hidayah seluruh alam..ameen..


    Tuesday, August 18, 2009

    Ya Allah,izinkan aku keluar lagi....



    Ya Allah,
    Izinkan aku keluar masturat lagi,
    terasa diri semakin sejuk dan lemah dalam beramal,
    Ya Allah,
    Mengapa jadi begini ya Allah,
    Bila iman tidak diusaha,
    Kesannya amal semakin kurang,
    Tiada suasana,
    percakapan dan perbuatan lebih kepada cinta dunia,
    Ya Allah sedihnya rasa hati ini...

    Ya Allah,
    aku cemburu ya Allah,
    Cemburu pada mereka yang dapat amal agama dalam kehidupan mereka,
    Rumah mereka hidup amalan sunnah nabi,
    istiqomah ya Allah,
    Tapi aku semakin hari semakin kurang,
    semakin jauh dari amal yang mengingatkan aku padaMu ya Allah..

    Ya Allah,
    aku suka sangat,
    Bila dapat keluar ke jalanMu ya Allah,
    Banyak yang aku dapat,
    Banyak yang aku belajar,
    Dakwah,taklim taklum, ibadah dan khidmat...

    Oh Allah,
    Tapi bila pulang ke rumah,
    Mengapa sukar ya Allah,
    Untuk amal dan istiqomah ya Allah,
    Ya Allah kau telah tunjuk,
    Untuk amal agama ini,
    Kita kena korban,
    Korban apa yang menjadi kesukaan kita,
    Bila ku lihat mereka yang berjaya,
    Dalam amalkan sunnah pada kehidupan mereka,
    Memang mereka korbankan 'peti ajaib'
    Yang banyak melalaikan dari mendatangkan manfaat..
    Oh Allah..aku akui itu sebenarnya..
    Sekali pernah aku keluar masturat di satu kawasan,
    Rumah memang zuhud dan usang,
    siap dalam bilik air ada pacat datang,
    Tiada peti ajaib tiada hiasan,
    Bila hujan tempias datang,
    Menerpa kami yang sedang lena di tiduran,
    Tapi di sebalik itu,
    Anak-anaknya cukup bijak dan pandai,
    Seumur 4 tahun sudah khatam al-quran,
    MasyaAllah,
    Tak percaya bukan,
    Tapi itu hakikat yang ku lalui saat itu,
    Kan ku kenang jadikan pedoman,
    Dalam mendidik anakku agar jadi orang beriman..

    Wahai anak-anakku,
    Ummi keluar ke jalan Allah tinggalkan kamu,
    Bukan ummi sengaja,
    Bukan ummi tak sayang kamu,
    Tapi ummi lakukan ini,
    Untuk ummi perbaiki iman amal ummi,
    Ummi banyak melakukan dosa,
    Dosa pada Allah,
    Pada diri sendiri,
    Dan pada mu anak-anakku,
    Kerana ummi tak mampu,
    Didikmu sebaik mungkin,
    Tapi ummi syukur sesangat,
    Dikurniakan anak yang bijak pandai,
    Mudah-mudahan suatu hari nanti,
    Kalian akan jadi anak yang soleh,
    Hafiz-hafizah,alim-alimah serta daie-daeiyah Allah..
    InsyaAllah...

    Ya Allah..
    Permudahkan urusanku ini,
    Untuk keluar masturat awal Ramadan ini,
    Mudahkan urusan anak-anakku dan jemaah ini,
    Kerana kami keluar ini,
    semata2 untuk islah diri sendiri,
    Dan semata2 untuk cari redha Illahi...



    Tuesday, August 11, 2009

    Ciri-ciri suami soleh



    • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

    • Baik akhlaknya
    Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

    • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
    • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

    • Pemurah tetapi tidak boros
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

    • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

    • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

    • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

    • Bertanggungjawab
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

    • Tenang wajah
    Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
    Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

    Thursday, August 06, 2009

    Cerpen: Ujian Seorang Masturat

    Cerita ini adalah kisah benar yang ku olah dan ku ubahsuaikan menjadi sebuah cerpen. Moga mendapat ikhtibar daripadanya...


    *************************

    Ima, seorang isteri kepada seorang pekerja agama ( karkun ), merupakan isteri yang taat pada perintah Allah dan mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupannya. Ima juga telah beberapa kali keluar masturat 40 hari dan banyak pengalaman yanag telah di peroleh dalam usaha dakwah ini. Dia telah mendirikan rumahtangga dengan suaminya hampir 15 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Hatinya amat bahagia dan gembira berada di landasan dakwah tabligh ini. Suaminya seorang yang kuat fikir agamanya. Menyambut setiap takaza agama dengan lapang dada, mendahulukan urusan agama lebih dari urusan dunia.

    ************************

    “ Kring, kring”

    Telefon bimbit Ima berbunyi di suatu petang.

    “Assalamualaikum,” Ima memberi salam.

    “ Walaikumussalam. Ima abang ni, petang nanti ada seorang kawan abang nak datang bawa isterinya jumpa Ima. Dia ni orang baru dalam usaha tabligh ni. Nanti Ima ikramlah isteri dia tu,” Suami Ima memberitahu tujuan panggilan telefon itu.

    “ Orang baru?, kawan tempat kerja abang ke?” tanya Ima ingin kepastian.

    “ Takdelah, semalam abang tasykil dia di masjid”

    “ Oh, baiklah bang. Nanti Ima akan layan isteri dia tu”

    “ Ok, Assalamualaikum”

    “ Waalaikumussalam”

    ************************

    Hamid, pemuda yang baru mengenali usaha dakwah tabligh ini. Orangnya muda lagi, baru berusia 26 tahun,manakala isterinya 24 tahun, mempunyai dua orang anak.

    Kahwin muda.

    Seperti yang di janjikan petang itu isteri Hamid datang ke rumah Ima.

    “ Assalamualaikum, kak”Sapa isteri Hamid pada Ima.

    “ Waalaikumussalam. Jemputla masuk dalam rumah”

    Kami melabuhkan badan di atas karpet. Rumah Ima sederhana saja. Di ruang tamu hanya ada sebuah almari dan sehelai karpet yang di hampar sebagi alas tempat duduk. Memang sederhana.

    Ima tersenyum padanya.

    “ Nama siapa ni?,” Ima memulakan perbualan.

    “Panggil saya Mimi je, kak. Akak pula nama apa?”

    “Mimi ye. Panggil akak, Kak Ima sudahla,” Ima pula memperkenalkan dirinya.

    “Ini anak-anak Mimi ye. Comel-comel ye”. Ima melihat ke dua anak Mimi yang duduk diam di sebelah ibunya itu.

    “ Kak Ima, saya nak tahulah pasal tabligh ni.Apa dia tabligh tu?, dia bukan ajaran sesatke?,” terus Mimi bertanyakan seolan cepu emas kepada Ima. Ima tersenyum memandang wajah Mimi. Dalam hati Ima berkata, “ Mana pulak dia dapat sumber ajaran sesat ni, Ya, sememangnya Mimi tak bersalah sebab bertanyakan soalan itu, kerana dia memang tidak mengetahuinya,”

    “Takdelah Mimi. Kerja tabligh ni kerja nabi. Tabligh tu sendiri maksudnya menyampaikan. Maknanya kerja meyampaikan dakwah ni kerja semua orang, umat islam. Kerja ini adalah kerja untuk kita bantu agama Allah. Bukannya ajaran sesat. Kerja tabligh ni di buat di masjid dan di surau. Kalau kaum wanita di buat di dalam rumah,” Ima memberi penjelasan ringkas pada Mimi. Mimi hanya mengangguk-angguk tanda faham.

    “ Tapi kak, kenapa pulak suami Mimi kata, dia nak keluar 3 hari Jumaat ni. Keluar 3 hari tu apa kak?” tanya Mimi lagi pada Ima.

    “ Oh, 3 hari tu untuk kita belajar perbaiki diri,iman dan amal kita. Cam kursus jugakla. Kursus nak perbaiki iman dan amal. Bila ada suasana agama ni, iman dan amal dapat diperbaiki. Lagipun mereka keluar ni bukan ke mana pun. Mereka berikhtikaf di masjid. Buat amalan di dalam masjid. Bukankah masjid tu rumah Allah. Dan Allah amat menyukai hambanya yang dapat memakmurkan rumah-rumahnya,”

    “ Oh, isteri tak boleh ikutke?” tanya Mimi lagi.

    “Ish, yang kuar ni semua orang lelaki. Kalau bawa isteri boleh. Tapi tu di panggil keluar masturat ( suami isteri) dan isteri programnya di buat di dalam rumah.”

    Bagitahu Ima menerangkan ketidakfahaman Mimi mengenai usa dakwah tabligh ini.

    Perbualan kami berlangsung hampir setengah jam dan pelbagai soalan di timbulkan oleh Mimi dan dijawab sebaiknyaoleh Ima, sebelum suaminya menjemput Mimi dan anaknya pulang.

    Usai Mimi pulang, Ima duduk memikirkan perihal diri Mimi. Orangnya masih muda dan cantik dan melihat cara perpakaiannya menampakkan yang dia seorang yang bergaya.

    *********************************

    Usai solah asar, Ima bertafakur di atas tikar sembahyangnya.

    Peristiwa sebentar tadi membuatkan hatinya menjadi remuk dan sedih. Dia tidak menyangka sejauh itu tindakan Mimi terhadap dirinya. Terasa hina dirinya di perlakukan sebegitu. Bila mengenangkan peristiwa tadi, air matanya laju mengalir di pipinya. Mengapa Mimi harus menuduhnya sebegitu?, walhal sebelum ini dia dapat menerima dengan baik usaha dakwah dan tabligh ini.

    ********************************

    “ Kring, kring,”

    “Assalamualaikum,” Ima memberi salam.

    “ Kak, Mimi ni. Apa yang akak dah buat kat suami Mimi hah?, Mimi nak tanya akak betul-betul,”Ima terkedu, tanpa menjawab salam dan terus tiba-tiba diterjah soalan sebegitu, membuatkan hati Ima menahan getar degup jantungnya.

    “ Apa yang akak dah buat, bukanke suami Mimi tengah keluar 40 hari sekarang ni?”

    Ima menjawab soalan Mimi yang tak masuk dek akal.

    “ Kak, Mimi nak balik suami Mimi. Kenapa Mimi telefon suami Mimi tak dapat?” suara Mimi agak meninggi dalam telefon itu.Hati Ima sudah sebak. Terkejut dengan tindakan Mimi yang memperlakukannya sebegitu. Setahunya Mimi tak pernah bersikap kasar pada dirinya. Sebelum suaminya keluar, Ima telah sedaya upaya menerangkan kenapa suami Mimi keluar 40 hari. Adakah sebab dia dipengaruhi oleh ahli keluarganya. “ Ya, Sekarang ni Mimi berada di kampung. Pasti ada cerita songsang yang telah mempengaruhi dirinya sehingga tergamak dia berkata sedemikian padaku,”bisik hati Ima.

    “ Mimi, sabar Mimi. Akak rasa mungkin suami Mimi offkan telefon tu atau tempat yang suami Mimi keluar tu di kawasan pedalaman. Mungkin taka de line telefon kot,” Ima cuba menerangkan situasi yang mungkin berlaku.

    “ Kak,Mimi baca kat surat khabar , tabligh ni ajaran sesat, mereka bukan keluar 40 hari, tapi tengah buat maksiat. Kat surat khabar tu kata, mereka berfoya-foya dengan perempuan dan minum arak. Tempat tu memang dekat dengan markaz tabligh kawasan kita,” Mimi berkata sambil menahan getar suaranya yang hendak menangis.

    “ Astaghfirullahalazim, Mimi. Takkan semudah itu Mimi nak percaya?,betulke dia sebut jemaah tabligh, akak yang dah 15 tahun dalam usaha ini, tak pernahpun suami akak buat begitu, dan akak pun pernah kuar sekali dengan suami akak, kami tak pernah pun buat seperti itu. Mungkin kat surat khabar tu kata memang itu ajaran sesat tapi bukannya jemaah tabligh. Ini semua salah faham, Mimi,” suara Ima juga agak keras menerangkan keadaan yang sebenar. Memang Ima terkejut dengan apa yang berlaku ini. Apapun dia berserah kepada Allah semoga Allah meleraikan kekusutan tentang perkara ini.

    “ Habis tu, kenapa Mimi tak dapat hubungi suami Mimi,” terdengar tangisan di hujung telefon sana.

    “ Sabarla Mimi. Kan akak dah bagitahu tadi. Takpelah. Nanti akak tanya suami akak, kat mana suami Mimi keluar, kenapa tak boleh hubungi, doa bebanyak ye Mimi,” Ima cuba menenangkan hati Mimi.

    “Takpela kak, nanti Mimi telefon lain. Assalamualaikum,”

    “ Waalaikumussalam,”

    *********************************

    Dua tahun kemudian,

    “ Tak sangka Mimi dah banyak berubah sekarang yea,” Bicara Ima statu hari ketika bertemu Mimi yang selamat melahirkan anaknya yang ke tiga.

    “ Semuanya kuasa Allah,kak. Walaupun macam-macam Mimi kata pada tabligh ni,

    Pada diri akak, dan sampaikan Mimi rasa nak bercerai dengan suami, tapi semua itu tidak menjadi. Semakin bisikan-bisikan jahat datang pada diri Mimi, semakin Allah lindungi diri Mimi. Alhamdulillah, Mimi boleh terima dah usaha dakwah tabligh ni,”

    “ Alhamdulillah, Mimi. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun pada hamba-hambanya. Akak percaya ujian ini adalah sebagai kifarah untuk hapuskan dosa-dosa Mimi yang dahulu,”

    “ Betul tu kak. Dulu Mimi ni jahil agama, tak tahu sembahyang, hidup sosial, tak tutup aurat, sekarang ni memang banyak perubahan baik yang Mimi rasakan dalam hidup Mimi,”

    “Baguslah Mimi. Akak memang respect pada Mimi, dari jahil, sekarang dah dapat amalkan agama dalam kehidupan Mimi. Tak sangka akak, Mimi siap berpurdah dah sekarang ni,” puji Ima sambil tersenyum pada Mimi.

    Wajah Mimi merona merah.

    “ Akak doa-doakanla untuk Mimi. Sebenarnya Mimi masih belum kuat nak melaluinya. Tapi semua kerja Allah. Mimi berpurdah pun bukan sebab suami atau kerja tabligh ni, tapi sebab nak taat perintah Allah,”

    Ima tersenyum mendengar jawapan Mimi. Mudah-mudahan Allah berkati kehidupan Mimi sekeluarga. Semoga dirinya tabah menghadapi mehnah dan perjuangan sebagai seorang daeiyah. Sesungguhnya setiap mehnah itu pasti tersembunyi kemanisan di akhirnya…TAMAT