BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 20, 2010

Khuruj Singapura.

Assalamualaikum wrt..

Bertemu kembali setelah 2 bulan tak update blog..bukan apa,empunya diri tak sihat dan tak lalu nak hadap internet ni..hari ni baru di beri kesempatan untuk menulis semula..

Actually nak berkongsi sedikit cerita suami yang baru balik dari khuruj di Singapura.Hanya satu jemaah je dapat dihantar masa cuti sekolah tu..dan alhamdulillah,kat sana nusrah tempatan memang bagus.sepanjang kat sana penduduk tempatan khidmat masak dan basuh pakaian jemaah.jadi barang ta'am yang jemaah bawa memang tak digunakan langsung..lagipun menurut hubby tempat kat sana tak sesuai kalau nak masak dan sidai pakaian..yelah,tempat orang tak sama dengan tempat sendiri..

Secara kesuluruhannya usaha agama di sana baru bermula..rata2 penduduk islam kat sana dah tak macam umat islam..yelah duduk di bawah pentadbiran orang kafir..apatah lagi umat islam di sana umpama melukut di tepi gantang..hidup dengan saraan yang tinggi membuatkan mereka umat islam seperti hidup merempat..

Keadaan umat islam di sana memang menyedihkan..lelakinya dah tak kenal masjid..bila jemaah ajak ke masjid,ada yang terpinga2 bertanyakan adake masjid di tempat mereka..masjid di sana bukan cam tempat kita..senang kenal dan bersepah2..kat sana azan pun hanya dilaungkan di dalam masjid..so,orang yang kat dalam masjid jela yang dengar..yang kat luar,mmg le tak tahu.

Dan nak mencari rumah penduduk islam pun sukar..kat sanakan rumah kebanyakan pangsapuri yang tinggi sampai lebih 20 tingkat..adalah satu bangunan tu 3-4 rumah orang islam..memang hidayatla nak mencari rumah mereka ni..lagi pula orang islam di sana memang payah nak kenal kalau tengok remaja-remaja mereka yang islam ni tak macam orang islam..agak kebaratan cara hidup mereka..dan kata hubby Singapura adalah negara ke dua tertinggi yang penduduknya membunuh diri selepas Jepun..dahsyat tuh..

Mudah2an lepas ni usaha agama di Singapura akan meningkat dan lebih banyak jemaah dapat di hantar ke sana.kalaula kita tak ada fikir risau dan tak buat usaha agama ni sudah tentu kita takkan tahu keadaan umat islam yang sebenar di sesuatu kawasan tu..maka,sebab tu penting untuk kita suami isteri bawa fikir dan azam untuk keluar ke jalan Allah,semoga dengan sedikit pengorbanan kita akan jadi asbab hidayah seluruh alam..amin..