BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 04, 2010

Dulu dan sekarang...

Erm,tengah mengulangkaji post2 yang lalu,terjumpa plak post ni...memang syahdula..sebab skrang ni Allah uji iman tengah lemah.Doa sesangat pada Allah semoga akan kembali zaman kegemilanganku dalam beramal..so,sapa belum baca,blehla baca..copy paste semula.ini adalah luahan pengalamanku dalam usaha masturat ni..ya Allah,memang indah dan penuh mujahadah...


~ Kalau dulu sebelum buat usaha masturat ni, memang tak tahu apa-apa mengenainya,tak suka pun dengan usaha tabligh ni, sekarang ni dah jatuh cinta dengan usaha ni…kalau tak dapat keluar masturat,rasa sedihnya..ialah nak charge bateri iman yang tengah lemah ni…harap-harap nisab 3hari masturat dapat dibentuk di marhalahku bulan ramadhan ni…teringin nak keluar waktu bulan ramadhan..camnela rasanyanyer erk…J

~ Kalau dulu tak terfikir akan memakai purdah @ full hijab, sekarang ni Allah permudahkan untuk melakukannya, rata-rata kengkawan lain bila Allah pilih dalam usaha dakwah tabligh ni, mereka dapat amal purdahnya, walhal dahulunya biasa-biasa aje..Alhamdulillah,seronok rasanya..walaupun terdapat cerita lucu di sebalik pemakaian purdah,terutama melihat bebudak yang seakan pelik,agaknya tengok kami yang bertutup ni cam zorro erk, tak kisahla..tapi memang rasa aman tenteram bila memakainya, rasa terpelihara,susah untuk diungkap dengan kata2,hanya mereka yang memakainya sahaja dapat merasainya…mudahan Allah kekalkannya..~ Kalau dulu suka angan-angan anak jadi doktor, guru, pensyarah, ada ijazah, sekarang ni keutamaannya nak anak jadi hafiz-hafizah, alim-alimah daei-daeiyah,kerja dunia tu kemudian selepas berjaya menjadi hafiz dan alim…kan bagus kalau hafiz kerja jurutera, hafizah kerja doktor sakin puan,erm…bestkan gitu.. itupun fardhu kifayahkan…seronok tengok anak-anak kecil dah dapat hafal surah2 pendek, hafal yassin, sambil main2 mulut baca ayat quran,kan bagusnya..sejuk je hati mak ayah yang melahirkan, tak tahula pula kalu ada mak ayah bangga melihat anak menyanyi lagu zaman sekarang sambil anak menari2..oh tidak, harap2 anak2ku tak seperti itu..ni pun targetku bila anak 10 tahun nak hantar sekolah tahfiz..dan anak2ku pun menunjukkan minatnya..Alhamdulillah,mudah2an Allah perkenankan..

~ Kalau dulu nak suami sembahyang berjemaah di rumah, dengan isteri dan anak-anak, iyelah cam ustaz ustazah cakap masa belajar, sekarang ni, wajib suami sembahyang di masjid, melainkan ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan..anak lelakiku pun bila dah mumayyiz nanti, nak ajar dan suruh dia sembahyang di masjid, supaya dia ada rasa cinta pada rumah Allah, kalau ikut suami berjemaah di rumah, alamatla masjid surau kosongla erk..

~ Kalau dulu tak ada majlis ilmu seperti majlis Taklem ni di dalam rumah, sekarang dapat istiqomah setiap hari, sekurang-kurangnya majlis ini dapat mengumpulkan kami sekeluarga dan muzakarah ilmu agama..walaupun suami selalu tak dapat berada dalam majlis ini, yang pasti anak-anak dapat ikut majlis ini, mudahan dengan ilmu yang mereka dengar dapat melembutkan hati mereka dan melahirkan cinta mereka pada agama…

~ Kalau dulu suka tengok rumah yang banyak perhiasan, pasti cantikkan, sekarang ni rumahku di hias sekadar yang perlu sahaja…Alhamdulillah, kerja rumah pun cepat untuk dibereskan..rumahku pun dibuat untuk target terima jemaah masturat dan untuk keselesaan mereka..kalau tiada aral melintang memang rumahku sentiasa sedia untuk menerima jemaah masturat ni..selalu terfikir macam manalah mereka yang punya rumah yang besar dan perhiasan yang banyak, nak membersihkan rumah mereka,mesti makan masa nak melakukannyakan..

~Kalau dulu waktu berkerjaya..susah nak jaga pergaulan dan percakapan, kalau nak berbincang kena berinteraksi plak dengan lelaki, ..ish..ish..silap hari bulan boleh jatuh cinta kat laki orang..ni pengalamanku masa kerja dulu lakan…sekarang ni, Alhamdulillah, duduk dalam 4 penjuru rumah ni, terpelihara semuanya..memangla tempat terbaik untuk wanita di dalam rumah..kan..

~ Yang ni yang best sekali, kalau dulu tak merasa nak melancong luar negara, iyelah bukan senang nak berjalan negara orang kalau takde budget yang cukup, mana nak tuju, bukan ada saudara marapun, tapi bila buat usaha masturat ni, Alhamdulillah, Allah beri peluang pada kami yang bekerjaya suri rumah ni, dapat pergi ke negara orang, siapa sangka makcik-makcik yang duduk kampong , tak reti bahasa omputeh tapi dapat pergi ke Jepun, England, Australia..macam2 lagila..,dapat pula belajar agama, keluar ke jalan Allah,dapat kawan baru,dapat tinggal dalam rumah saudara yang tak pernah kita kenal. masyaAllah.. pasti seronokkan..maknanya dapat ke-dua2nya..2 dalam 1, kalau orang yang sesaja melancong, dapat ke seperti ni??..kita keluar pula dengan jaga tertib dan adab dan jaga hijab..Indahnya dapat buat usaha masturat ni…mudah2an masturat di luar sana, dapat berganding bahu dengan suami2 mereka membentuk fikir risau, azam untuk keluar ke negara2 jauh…sambutlah takaza-takaza agama..InsyaAllah, kita akan dapat kemanisan iman dalam kerja dakwah tabligh ni….InsyaAllah…..



7 comments:

FarizaKhairil said...

suka baca yang akak tulis ni...


syukran kak, di atas perkongsian...

hidayu samsudin said...

salam...semoga saya pun seperti kakak,lebih memahami usaha agama ini.insyallah

karkunah said...

ukhtiza li,
sama2..smg dpt manfaat..

hidayu,
wsklm..insyaAllah,akak doakan..

aashaku said...

semoga kita terus dalam taufiq dan hidayah Allah selalu...

ahLia shahril said...

salam...

best kn kak?

moga Allah sentiasa pilih kita =)

Ahliah Najah said...

Betul la kak...seronok bila dapat join masturat ni..
doakan saya ye...

Soleh Sugianto said...

Semoga kita selalu dalam lindungan Alloh