Alhamdulillah,tinggal seminggu lagi suami akan khuruj ke jalan Allah..so,topik ni sesuaila untuk ku untuk cerita bab ni..pesanan wanita yg ke-enam iaitu galakkan suami/mahram kita untuk keluar ke jalan Allah..
Friday, November 12, 2010
Galakkan mahram keluar ke jalan Allah
Posted by karkunah at 8:28 AM 11 comments
Labels: Pesanan wanita
Thursday, November 04, 2010
Dulu dan sekarang...
Erm,tengah mengulangkaji post2 yang lalu,terjumpa plak post ni...memang syahdula..sebab skrang ni Allah uji iman tengah lemah.Doa sesangat pada Allah semoga akan kembali zaman kegemilanganku dalam beramal..so,sapa belum baca,blehla baca..copy paste semula.ini adalah luahan pengalamanku dalam usaha masturat ni..ya Allah,memang indah dan penuh mujahadah...
~ Kalau dulu nak suami sembahyang berjemaah di rumah, dengan isteri dan anak-anak, iyelah cam ustaz ustazah cakap masa belajar, sekarang ni, wajib suami sembahyang di masjid, melainkan ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan..anak lelakiku pun bila dah mumayyiz nanti, nak ajar dan suruh dia sembahyang di masjid, supaya dia ada rasa cinta pada rumah Allah, kalau ikut suami berjemaah di rumah, alamatla masjid surau kosongla erk..
~ Kalau dulu tak ada majlis ilmu seperti majlis Taklem ni di dalam rumah, sekarang dapat istiqomah setiap hari, sekurang-kurangnya majlis ini dapat mengumpulkan kami sekeluarga dan muzakarah ilmu agama..walaupun suami selalu tak dapat berada dalam majlis ini, yang pasti anak-anak dapat ikut majlis ini, mudahan dengan ilmu yang mereka dengar dapat melembutkan hati mereka dan melahirkan cinta mereka pada agama…
~ Kalau dulu suka tengok rumah yang banyak perhiasan, pasti cantikkan, sekarang ni rumahku di hias sekadar yang perlu sahaja…Alhamdulillah, kerja rumah pun cepat untuk dibereskan..rumahku pun dibuat untuk target terima jemaah masturat dan untuk keselesaan mereka..kalau tiada aral melintang memang rumahku sentiasa sedia untuk menerima jemaah masturat ni..selalu terfikir macam manalah mereka yang punya rumah yang besar dan perhiasan yang banyak, nak membersihkan rumah mereka,mesti makan masa nak melakukannyakan..
~Kalau dulu waktu berkerjaya..susah nak jaga pergaulan dan percakapan, kalau nak berbincang kena berinteraksi plak dengan lelaki, ..ish..ish..silap hari bulan boleh jatuh cinta kat laki orang..ni pengalamanku masa kerja dulu lakan…sekarang ni, Alhamdulillah, duduk dalam 4 penjuru rumah ni, terpelihara semuanya..memangla tempat terbaik untuk wanita di dalam rumah..
~ Yang ni yang best sekali, kalau dulu tak merasa nak melancong luar negara, iyelah bukan senang nak berjalan negara orang kalau takde budget yang cukup, mana nak tuju, bukan ada saudara marapun, tapi bila buat usaha masturat ni, Alhamdulillah, Allah beri peluang pada kami yang bekerjaya suri rumah ni, dapat pergi ke negara orang, siapa sangka makcik-makcik yang duduk kampong , tak reti bahasa omputeh tapi dapat pergi ke Jepun, England, Australia..macam2 lagila..,dapat pula belajar agama, keluar ke jalan Allah,dapat kawan baru,dapat tinggal dalam rumah saudara yang tak pernah kita kenal. masyaAllah.. pasti seronokkan..maknanya dapat ke-dua2nya..2 dalam 1, kalau orang yang sesaja melancong, dapat ke seperti ni??..kita keluar pula dengan jaga tertib dan adab dan jaga hijab..Indahnya dapat buat usaha masturat ni…mudah2an masturat di luar
Posted by karkunah at 11:25 AM 7 comments
Labels: Renungan
Monday, October 25, 2010
Bila karyaku "cerpen:suamiku orang tabligh" berlegar di FB
Sebenarnya daku agak terkejut!!..
Posted by karkunah at 12:59 PM 11 comments
Labels: Apa2 Aje
Sunday, October 24, 2010
Alhamdulillah....
Assalamualaikum..dan bertemu kembali..
Posted by karkunah at 12:13 PM 0 comments
Labels: usaha agama
Wednesday, January 20, 2010
Khuruj Singapura.
Assalamualaikum wrt..
Posted by karkunah at 8:22 AM 8 comments
Labels: usaha agama
Thursday, November 19, 2009
Solat yang tak diterima...:(
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba'. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." (sumber tranungkite.net)10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Posted by karkunah at 3:32 PM 7 comments
Labels: Renungan