BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 20, 2010

Khuruj Singapura.

Assalamualaikum wrt..

Bertemu kembali setelah 2 bulan tak update blog..bukan apa,empunya diri tak sihat dan tak lalu nak hadap internet ni..hari ni baru di beri kesempatan untuk menulis semula..

Actually nak berkongsi sedikit cerita suami yang baru balik dari khuruj di Singapura.Hanya satu jemaah je dapat dihantar masa cuti sekolah tu..dan alhamdulillah,kat sana nusrah tempatan memang bagus.sepanjang kat sana penduduk tempatan khidmat masak dan basuh pakaian jemaah.jadi barang ta'am yang jemaah bawa memang tak digunakan langsung..lagipun menurut hubby tempat kat sana tak sesuai kalau nak masak dan sidai pakaian..yelah,tempat orang tak sama dengan tempat sendiri..

Secara kesuluruhannya usaha agama di sana baru bermula..rata2 penduduk islam kat sana dah tak macam umat islam..yelah duduk di bawah pentadbiran orang kafir..apatah lagi umat islam di sana umpama melukut di tepi gantang..hidup dengan saraan yang tinggi membuatkan mereka umat islam seperti hidup merempat..

Keadaan umat islam di sana memang menyedihkan..lelakinya dah tak kenal masjid..bila jemaah ajak ke masjid,ada yang terpinga2 bertanyakan adake masjid di tempat mereka..masjid di sana bukan cam tempat kita..senang kenal dan bersepah2..kat sana azan pun hanya dilaungkan di dalam masjid..so,orang yang kat dalam masjid jela yang dengar..yang kat luar,mmg le tak tahu.

Dan nak mencari rumah penduduk islam pun sukar..kat sanakan rumah kebanyakan pangsapuri yang tinggi sampai lebih 20 tingkat..adalah satu bangunan tu 3-4 rumah orang islam..memang hidayatla nak mencari rumah mereka ni..lagi pula orang islam di sana memang payah nak kenal kalau tengok remaja-remaja mereka yang islam ni tak macam orang islam..agak kebaratan cara hidup mereka..dan kata hubby Singapura adalah negara ke dua tertinggi yang penduduknya membunuh diri selepas Jepun..dahsyat tuh..

Mudah2an lepas ni usaha agama di Singapura akan meningkat dan lebih banyak jemaah dapat di hantar ke sana.kalaula kita tak ada fikir risau dan tak buat usaha agama ni sudah tentu kita takkan tahu keadaan umat islam yang sebenar di sesuatu kawasan tu..maka,sebab tu penting untuk kita suami isteri bawa fikir dan azam untuk keluar ke jalan Allah,semoga dengan sedikit pengorbanan kita akan jadi asbab hidayah seluruh alam..amin..

10 comments:

Umma-ali said...

Aslmkm lama benar tak dgr citer ye...Beginilah kita yg duk rumah ni...
Akk kuar ke singapore thn 1990, klu tak silap...maknanya dah lama juga usaha di sana telah bermula...
InsyaAllah azam nak pg lg.
Dgrnya azan hanya ke dalam masjid sebab bila disurvey oleh kerajaan mereka, wpun dulu azan bole kdgrn di luar masjid, yg sahut seruannya hanya 2,3 org...jd mereka kata bwt apa bising2 kalau setakat nak panggil 2,3 org...
InsyaAllah kita cuba ambil fikir dan hantar jemaah ke sana.

karkunah said...

wslm..tima kasih kak sbb drop comment..bkn ape..nak tulis pun no idea..sejuk beku skrg ni..

alhmdulillah..Allah dah pilih akak ke sana..bila dpt keluar ke jln Allah nilah baru tahu keadaan sebenar umat di sana..Mudah2an pas ni usaha agama akan maju bukan shj kat singapore tp di seluruh alam..amin

hainur hapis said...

akak? bila isteri saya nak keluar dakwah gak huhu


www.hainur.com


sabtu ni ke markas jumpa abg azhar Insya Allah

Anonymous said...

di negara- negara yang masyarakat islam adalah minoriti, memang agak sukar nak mendapatkan kebenaran azan di luar. untuk pengetahuan semua.

aishah_conteng_je said...

salam,
ayah bawak kami ziarah saudara mara di singapore. aishah kesian dgn diorang kat sana.
;(
bersyukur sangat dibesarkan di sini

Faridrashidi said...

Salam,

Semoga diberkati Allah.

http://www.faridrashidi.com/2010/03/16/born-to-love/

ummu nuh said...

Salam'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Masya Allah.. sedih juga bila tahu cerita tentang umat islam di Singapore ni.. rasa bersalah, susah hati, sedih bercampur baur.. jadikan lah negara ini sebagai pengajaran yang mana apabila usaha atas iman dan amal semakin kurang, hubbud dunia semakin bersarang di hati dan takut mati, inilah akan terjadi..

Ya Allah selamatkan lah seluruh manusia dimuka buki ini daripada kemurkaanMu dan Azab Mu.. Jadikan kami sebagai hidayah tersebar seluruh alam..

Kami di Brunei pun rindu rasanya hendak terima jemaah dari luar negeri untuk datang sini.. Mana-mana jemaah dari luar yang sedia untuk datang ke Brunei, tolong lah datang..

Nak cerita sikit, di Brunei baru pertama kali jemaah brunei sendiri buat usaha dakwah jalan kaki. Alhamdulillah asbab dari jemaah ini, banyak karkun-karkun yang sebelum ni dah sejuk dari buat usaha ni panas semula apabila mereka tengok jemaah ni jalan kaki di jalan-jalan, di lebuh raya..hingga ada orang yang pernah tengok seolah-olah jemaah ni di belakang mereka banyak pengikut-pengikut mereka semasa di jalanraya tersebut sedangkan jemaah ni hanya 6 orang.. Masya Allah.. rasa kembanga juga bulu roma mendengar.. Semoga usaha Allah jadikan diriku keluarga dan seluruh umat untuk menjadi penerus usaha rasullullah ini. Amin..

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Anonymous said...

Azan hanya di dalam masjid di Singapura adalah suatu PEMBOHONGAN. Lelaki Singapura terpingga2 bila sebut pasal masjid pun adalah suatu PEMBOHONGAN.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xaQqFhZiDiE