BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 12, 2010

Galakkan mahram keluar ke jalan Allah

Alhamdulillah,tinggal seminggu lagi suami akan khuruj ke jalan Allah..so,topik ni sesuaila untuk ku untuk cerita bab ni..pesanan wanita yg ke-enam iaitu galakkan suami/mahram kita untuk keluar ke jalan Allah..


sebagai seorang wanita kita kenalah galakkan suami untuk belajar ilmu agama..kerana apa?kerana suami ni ketua keluarga..maka menjadi tanggungjawab suami untuk mencari ilmu..jadi bila suami keluar ke jalan Allah,maka dia akan belajar ilmu iaitu usaha atas iman..kerana iman merupakan tunjang dalam diri seseorang..usaha atas iman juga perlukan pengorbanan dari seorang isteri untuk ditinggalkan..

ramai orang yang tidak boleh terima bila suaminya keluar ke jalan Allah,tetapi untuk keluar out station atau sambung belajar,tidak jadi masalah..sedangkan bila sesorang yg keluar ke jalan Allah itu tujuannya untuk perbaiki iman amal untuk kehidupan akhirat yang kekal..apala sangat dibandingkan dengan kehidupan dunia sementara ni..

Mari kita lihat kisah nabi Nuh a.s.baginda seorang yang berusaha untuk menyampaikan dakwah pada isteri,anak dan kaumnya.malangnya isteri sendiri menjadi penentang usaha dakwah baginda..apa akibatnya? walaupun baginda berusaha menyampaikan dakwah selama 950 tahun,hasilnya cuma 84 orang sahaja yg beriman..dan isteri yang menentang itu telah mati dalam keadaan kufur..

Berbeza sengan nabi Muhammad SAW. yang mana baginda dan isteri sama2 berjuang untuk agama Allah..saidina khadijah seorang janda kayaraya sanggup infakkan seluruh hartanya untuk agama Allah.kesannya baginda SAW berdakwah selama 23 tahun,agama tersebar seluruh dunia..inilah sifat isteri yang kita mahu..

Wahai isteri2 semua,ayuh bangun,pujuk rayu untuk suami kita yang sudah sejuk beku..untuk bangun kembali meneruskan perjuangan nabi..pasti nabi tersenyum melihat umat akhir zamannya sanggup berkorban untuk agamanya..walaupun pengorbanan kita tidak layak disamakan dengan pengorbanan nabi..insyaAllah,kita belajar untuk menyukakan Allah dan rasul.

Seorang isteri yang menggalakkan suami keluar ke jalan Allah,maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga 500thn dahulu sebelum suaminya dan akan dihias secantiknya menjadi ketua bidadari di syurga..

masih tidak mahukah wahai isteri-isteri..?

11 comments:

musa said...

semuga N3 ini dapat dibaca oleh para isteri2.semuga menjadi faedah dan sentuhan hati kepada para2 isteri lain untuk menggalakkan suami n anak lelaki mereka untuk khuruj di jalan allah terutama masa cuti sekolah, anak2 yg tingkatan 3 dan 4 serta yang tamat spm boleh digalakkan keluar 40 hari.Jemaah kami insyaallah akan ke Sri Lanka 40h

Ishak Zaini said...

Aslmkm Wbt.

Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang tuan/puan/cik sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.

CS said...

salam karkunah,
salam perkenalan...hmmm CS rasa makin termotivasi bila baca entry ni...hmmm InsyaAllah sama2 lawan hawa nafsu yg sntiasa ingin suami selalu di sisi..yakin dgn janji Allah. dunia ni cm pinjaman & medan ujian.bersabar (walau xmudah) utk yg terbaik di akhirat nanti, InsyaAllah.

karkunah said...

musa,
insyaAllah,mudah2an beri mnafaat pada semua orang..selamat khuruj untuk en. musa dan jemaah..

ishak zaini,
Alhamdulillah,tahniah..didoakan semoga selamat semuanya dan berbahagia.semoga terus maju dalam usaha agama..

CS,
wsalam dan salam kenal juga dari saya..mmg n3 ni nak bg motivasi kat diri sendiri dan sapa saja yg baca..sama2 doa yea..

hidayu samsudin said...

salam...

salam perkenalan..

setiap n3 akak ckup memberi kesan setiap kali sy membacanya...

menusuk hati said...

Assalamualaikum..
semoga ramai wanita yg fhm pentingnya kerjasama mereka dalam membantu suami membuat usaha agama
Amin..

yana said...

bagaimana kalau kite dh berulang kali nasihat n beri galakan tp pasangan kite tu melengah-lengahkan untuk belajar agama..?

karkunah said...

hidayu,
slm perkenalan jg dr akk,insyaAllah sama2 kita dpt manfaat dr entry2 yg tlh akk tulis ni..

Menusuk hati,
insyaAllah..amin

yana,
doa lagi dan lagi,kita hanya mampu mentadbir,tapi takdir dr Allah,semoga usaha yana Allah pandang dan jadi asbb hidayah utk suami bljr agama..wallahualam

Hidayatullah said...

kena save post nh.. bg bakal isteri bace.. br mudah bwat kerja agama..

Sall Atli said...

Assalamualaikum...
Saya perlukan pandangan puan berkenaan menggalakkan suami keluar ke jalan Allah.. Bagaimana saya hendak email puan?? Boleh beri alamat email puan??

Anonymous said...

apsal akak 'karkunah' xder wat n3 lg.. huhu.. :(