Sebenarnya daku agak terkejut!!..
bila cerpenku yang bertajuk "Suamiku Orang Tabligh" telah berlegar di FB karkun dan ahlia2 karkun..Alhamdulillah,terima kasih pada hamba Allah yg sudi share cerpen ini dengan pembaca yang lain..cuma yg agak ralat dan menyedihkan bila cerpen asalku ini telah di edit dan diubahsuai tanpa pengetahuanku dan beralih ke bahasa lain..sepatutnya bila kita ambil sesuatu sumber yg bukan kita punya..seharusnya kita nyatakan sumber tersebut dari mana asalnya..takdela tuan empunya karya tu terkejut bila hasil karyanya diambil orang...perbuatan hamba Allah itu menunjukkan seolah2 cerpen itu adalah hasil karya dia...bolehke buat begitu??
Bukanke kita belajar 12 adab dan usul antaranya jangan ambil barang orang tanpa izin..so,fikir2kan dan muhasabah balik perbuatan kita itu..mungkin pada orang lain ianya agak remeh,tapi tidak padaku yg menjadi penulis asal cerpen ni kerana ia adalah luahan perasaanku yang ku curahkan di dalam cerpen ini dengan niat supaya orang yang membacanya dapat memahami dan menghayati akan usaha dakwah nabi ini...
Di dalam kelas;
Cikgu:Ok,murid2..hari ni kita sambung pelajaran kita iaitu 4 perkara yg harus kita tinggalkan. Perkara ke-3 ialah jangan ambil barang orang tanpa izin. Cuba ulang murid2 semua..
Murid2:Jangan ambil barang orang tanpa izin..
Cikgu:Kuat sikit dan bersemangat..
Murid2pun dengan semangat melaungkan..
Murid:JANGANNN AMBILLL BARANGGGG ORANGGG TANPAAA IZINNNN!!!!!!!!!!!
Sekian....