BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 14, 2009

Cerita sana sini....

Bertemu kembali...
Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang padaku untuk terus menghirup udara di atas muka bumi ni..

Actually,ntah kenapala pas raya ni,xde mood sungguh nak update blog ni..busy kot...mmm..adala beberapa cerita nak disampaikan kat sini..

Pertama mengenai rumah terbuka@open house..
Biasala,waktu bulan syawal ni,kat negara kita ni memang meriahla ngn open house ni..kalau di negara lain,xdela seperti ni..sedihla jugak..walaupun niat tu bagus untuk menjamu selera tetamu,tetapi bila bercampur kemungkaran jadi tak seronokla rasanya..cam malam tadi kami sekeluarga pergila jamuan raya kat tempat hubby kerja..masyaAllah,siap dijemput seorang artis memang popularla zaman90-an..lagu dia ada satu tu memangla aku suka zaman jahiliah dulu..jiwangla..tapi tak patutla lagu2 jiwang plak dinyanyikan untuk jamuan raya seperti ni..ini bukannya konsert..sepatutnya jemputla artis2 nasyidke..atleast lehla dengar juga lagu2 yang berunsur nasihat...kamipun bila dah berada di sana tak senang duduk dibuatnya..last2 ambik makanan,makan cepat2..terus blah jer..tak sanggup nak tengok acara lagho berleluasa..tak pasal2 kami juga dapat dosa,hidup bukan makin muda..tapi makin tua..masih nak enjoy lagike?mmm...

Yang ke dua cerita mengenai Agen Etiqa Takaful..
Nampakkan logo kat atas tuh...
Hehehe..actually,sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal takaful ni..tapi bila hubby dah jadi agen Etiqa takaful ni,secara tak langsung kena ambil tahu gak..dan hubby pun suruh aku jadi agen gak..bleh tasykil ahlia2 karkun..:)
Padaku memang amat perlula kita orang islam ambil takaful ni..maksud takaful pun bantu-membantu,tolong-menolong..sapa lagi nak tolong orang islam kalau bukan orang islam sendiri..ada hubby kata,nak tasykil orang cina lagi senang dari orang melayu@islam ni..rupa2nya orang2 cina ni memang dah lama ada insuran dan takaful ni..dan agen2 etiqa ni juga ramai orang cina dan india dan apa yang mengkagumkan mereka lagi pandai cakap pasal takaful dan sistem mudharabah ni..malula rasanya..jadi kita orang islam tak bolehla ambil insuran,tapi takaful memang perlula..aku nak cerita lebih2 pun tak berapa arif sangat..so,sesiapa berminat dengan etiqa takaful ni bolehla contact my hubby di talian 019-4663733..

Lastly,sabtu lepas hubby gi s.petaling tafakut untuk khuruj 40 hari..Alhamdulillah,andai tak ada aral melintang jemaah hubby akan keluar ke Singapura cuti sekolah nanti..doa2kan untuk kami sekeluarga semoga semuanya berjalan lancar..Ya Allah,kau terimala sedikit pengorbanan yang kami lakukan untuk agamaMu..semoga lebih ramai lagi manusia yang akan bertebaran keluar ke seluruh agama untuk kerja dakwah ini..amin...

7 comments:

Peluncur Islam said...

harap sempat jumpa dgn rakan seusaha kat sri petaling..

sy pun otw utk keluar..

doakn smua orang ambik fikir risau kerja agama..

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

iya akak.. kadang na bingung dibuat.. ingin menjamu tamu tapi mereka ingin bercampur dgn kemungkaran.. ah.. tak sehati itu tak enak ya..

Unknown said...

salam....semoga tabah ......suami buat pengorbanan untuk agama,,,isteri menangis untuk umat....doa pada saya kak...azam 4 bulan tahun depan..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam...lama gak tak jengah blog nih. Ape2 pun didoakan semoga smua jemaah yang sdg & akan bergerak brtebaran ke seluruh alam sntiasa dilindungi Allah...& dikekalkn dalam usaha yg mulia ni.Doa moga kita dlm usaha ni takder ape2 status & niat lain kcuali keredhaan di sisiNya. Biarpun diuji, dihina, dicaci tetapi ttp buat koje dgn senang hti, BUKAN suke2 hti. Juga buat dgn penuh keinginan di hti--- hmm... trkeluar tajuk la plak..sori. tp sekadar peringatan kita apa salahnya kan..kan..kan..(Moga dipermudahkan sgala urusan ana untuk kluar masturat pd cuti sekolah nnti,amin)... Wallahu alam.

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wbt wrt ...

Mcm dah jadi budaya plak buat open house kat negara kita ni. Kalau betul caranya, Al-hamd. Tapi nampaknya bercampur2 lelaki & perempuan yg bukan mahram, dengan lagu2 yg ntah hape2 ... Astaghfirullah.

Doakan suami akak juga, dapat keluar 40h November ni ya. Semoga pengorbanan kita yang sedikit ini menjadi asbab hidayat tersebar seluruh alam, Insya-Allah .. :)

karkunah said...

to Peluncur Islam,
Selamat berkhuruj hendaknya..insyaAllah sama2 ambil fikir risau..

namaku ina,
wsalam..
itula..kalau manusia sudah tidak endahkan agama dan pentingkan adat..moga dicampakkan hidayah pada mereka dan kita semua..

anak pendang sekeluarga,
InsyaAllah,keluar lagi dan lagi sampai tiada lagi..

aliaazuan,
betul tu..rindunya suasana masa kuar jemaah..mudah2an saya juga dipilih untuk keluar masturat lagi..

ahliahnizam,
itulakan..sedih ngn suasana open house yg x ikut syariat..
InsyaAllah..sama2 doa moga mereka yg azam keluar ke jalan Allah dipermudahkan segalanya..

nz said...

yg part last tu...

nak jerit...

aaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh~~