BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 29, 2009

Rindu nak terima jemaah.....

Salam kembali,Pejam celik,pejam celik,dah nak sampai penghujung 2009 dan penghujung 1430h...mmm,tak sedar masa berlalu..bila fikir2 balik,apalah amalan dah ku lakukan sepanjang tahun ni..actually,saat ni,rindu sungguh aku untuk terima jemaah masturat..tahun ni,ntah kenapa,takde satu pun jemaah masturat dapat kami terima,bukannya takde jemaah nak datang,tapi masalahnya bila takde kesediaan untuk tuan rumah menerima jemaah..termasukla kami gak..masalahnya bukan aku,tapi suami yg tak sedia disebabkan tuntutan kerja dunia..aih,sedihnye..bukan kami je..rata2 karkun kat mahalahku begitu juga..makanya sampai nak hujung tahun tak dapatla jemaah di hantar kat marhalahku..ujian sungguh..mungkin kami ni kurang doa(akula tu)and main2 dalam usaha agama..tak seperti ahlia2 org ipb..doa nangis selagi tak dikabulkan doanye..tapi aku???mmm...

Actually,bila sebut nak terima jemaah,samalah seperti khuruj ke jalan Allah,time nila,rumah aku nak meriah..yelakan..mana tak seronok..3 hari rumah kita dipenuhi dengan amal,dakwah,taklim taklum,ibadat dan khidmat..time nila nak kongsi segala ilmu yang kita tak tahu,or karkuzari dari mereka2 yang dah berpengalaman..time tuh kalau dengar,memang jazbah naik menggunung..apatah lagi dengan bayan2 yang menyentuh perasaan..memang rindula saat2 tersebut...rasanya lepas2 tu gak kita nak khuruj gak..memang seronok bagi yang suka,bagi yg tak suka,macam2 la alasannya,kan..

Rasanya untuk tahun ni,memang takde harapanla nak terima jemaah masturat ni..coz cuti sekolah ni,hubby nak kuar 40h ke singapore,insyaAllah..balik pun maybe 31 Desember..so,tahun depanla gamaknye dapat terima jemaah ni..doa2kanla untukku ini..bila tak de suasana ni,iman lemah..amal apatah lagi,Ya Allah,sedihnyelah..kekadang rasa cemburu pada mereka suami isteri yang dapat istiqomah dalam usaha ni,dapat jaga 5 amal maqami..tu yg penting..tp kat marhalahku??...mmm...wallahu a'lam..

So,pada mereka yg berpeluang terima jemaah,syukurla pada Allah..kerana banyak ganjaran kita terima.Dikatakan mereka yang menerima tetamu ini kelebihannya;
1-datangnya tamu membawa 1000 rahmat
2-keluarnya tamu dari rumah kita akan membawa keluar semua dosa tuan rumah
3-Rasulullah saw bersabda"barangsiapa memuliakan tetamu,maka ia memuliakan aku,dan barangsiapa memuliakan aku,maka ia memuliakan Allah"

Mudah2an dengan sedikit fikir risau yang kita ada ni,Allah Taala masih pandang dgn pandangan rahmat..dan Allah Taala kekalkan kita,keturunan kita dalam usaha dakwah nabi ni hingga akhir hayat..InsyaAllah,ameen..


10 comments:

Umma-ali said...

Aslm,doa dan istighfar...semuanya dari ALLAH.Mmg seronok time jmh, org yg dah rasa je tau kemanisannya, kan?Org kata mcm ketagih...Rmh akk alhamdlh thn ni dpt time jmh Pakistan.Asbab tu km tmbh aircond kat uma khas utk jmh masturat tp smpi la ni lum ada lg yg merasmikannya...Ada sapa2 sedia?

p/s akk ada tnya psl awk dgn ahlia wahid, lps bc krkuzari 40h India cam biasa dgr je citernya...hehe. Well, its a small world...

karkunah said...
This comment has been removed by the author.
karkunah said...

wslam kak,
tulakan..memang seronok..dan bila berpisah tuh,nak menitik airmata..syahdu jer..tu yg ketagih nak tima jemaah nih..
teringin gak kuar kat melaka..insyaAllah..tahun depan..azam..azam..hihi..

p/s:oh,yeker...alamak..bocor rahsia..hihi
only her still contact wif me..yg lain lost contact..kirim salam kat dia klu jumpa..:))

Ahliahnizam said...

Iiskk ... rindu nak TERIMA jemaah, rindu gak nak jadik PART of jemaah.

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

akak..
apa rasa terima jemaah??? apa rasa jadi jemaah??? ah.. na pun teringin pula.. ingin la menjadi bagian didalamnya......

karkunah said...

ahliahnizam,
InsyaAllah kak,sama2 doa...

namaku ina,
rasanya??
na kena ikut sendirila baru tahu..
insyaAllah..doa,suatu hari cita2 tu akan tercapai..:)

nz said...

akan tercapai ke??

sy??

:-( :-(

karkunah said...

inas,
doa lg dan lagi..
INsyaAllah...

ummu zulaikha said...

Assalamualaikum, Memanglah seronok terima jemaah sb rumah kita akan jadi suasana madrasah n malaikat sentiasa mengerumuni hingga ke arash allah swt. Rumah saya di Kuala Kedah adalah tempat biasa jemaah masturat transit satu malam sebelum ke Langkawi, setakat ini ada jemaah dari Ipoh, Taiping n Penanti yg transit jadi kalau ada jemaah Masturat yg nak datang ikut jalan darat dan laut ke Langkawi melalui Kuala Kedah datanglah ke rumah saya insyaallah.

karkunah said...

ummu zulaikha,
betul tu..insyaAllah..semoga Allah pilih rumah kita untuk diwakafkan pada jemaah2 masturat dan kita juga dipilih untuk keluar ke jalanNya...amin