BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 07, 2009

Berdoalah Untuk Ijtimak 2009



Berdoalah Untuk Ijtimak 2009 ( Sepang,Selangor)


Wahai sahabat seperjuangan sekalian,

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Ijtimak 2009 yang akan berlangsung bermula 9-12 Julai ini berjalan dengan jayanya. Bila Allah swt telah putuskan ijtimak ini diadakan di Malaysia ini, bermakna Allah akan turunkan begitu banyak hidayah,rahmat dan keamanan di Malaysia. Marilah kita rebut peluang ini dengan memohon doa. Mohonlah doa yang mahal-mahal. Doakan hidayah untuk seluruh umat di atas muka bumi, doakan usaha agama,dakwah dan tabligh ini bertambah maju, doakan supaya lebih ramai manusia dapat keluar bertebaran untuk buat kerja dakwah nabi ini, doakan semoga Allah pilih kita untuk buat kerja ini hingga akhir hayat. Doalah moga anak keturunan kita hingga hari kiamat dapat mati di jalan Allah. Doakan semoga Allah Taala memberi kefahaman pada kita, ibubapa kita, anak-anak kita, jiran tetangga, orang-orang kampung, alim ulama dan seluruhnya tentang pentingnya buat kerja dakwah nabi ini. Kerja ini bukan persatuan, bukan parti, bukan NGO, bukan,bukan, tapi kerja ini adalah kerja kita, kerja semua orang, kita bukan di hantar sebagai guru, peguam, jurutera, petani, buruh , surirumah atau sebagaimya, tapi kita di hantar di atas muka bumi ini sebagai khalifah Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..hadirkanlah fikir risau kita sebagaimana fikir risau nabi saw dan sahabat sahabiyah. Berdoalah dengan setulus hati nurani, mudah-mudahan doa-doa ini Allah SWT dengari dan Allah SWT kabulkannya. Ameen..

Dalam meneruskan perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan perjuangan yang kadagkala menggoda iman kita untuk teguh berdiri,,kadang sahabat tidak sehaluan, kadang sakit yang mendatang, kadang iman yang lemah menghalang…Namun itulah lumrah kehidupan dalam berjuang, letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada CIPTAANNYA, biar hilang kawan kerana BERJUANG, jangan hilang kawan SEPERJUANGAN

7 comments:

Unknown said...

InsyaAllah..

nz said...

akak,
sy nak fwd ni pd abg2 sy.. diorg dok area selangor n kl.. dah dekat sgt dah tu. tiap2 kali solat sy doakan Allah pilih diorg g join ijtimak.. diorg blom terdedah lg dgn usaha ni....

Ahliahnizam said...

Ya Allah ......

Semoga dengan susah payah & pengorbanan mereka-mereka yg datang ke ijtimak menjadi asbab hidayat tersebar seluruh alam......

ahliasafri said...

9, 10, 11 dan 12 jULAI, pastikan semua wanita-wanita berada ditikar sembahyang dengan penuh tawajuh dan doa kejayaan ijtimak...

karkunahmithali said...

Salam utk semua..sma2 kita b'doa utk kjyaan ijtimak ini..
to inas..ok,fwdla..:)

ahliasafri said...

salam... Semoga asbab ijtimak ini, Allah tutunksn hidayah untuk semua umat nabi Muhammad s.a.w

Baitijannati said...

insyaAllah....saya kat sini juga akan turut usaha doakan utk ijtimak dsana...moga hidayah smpai ke sluruh alam....aminnn