BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 12, 2009

Ijtimak..hujan lebat dan hidayah...

Hari ini adalah hari terakhir ijtimak berlangsung..rasanye tika ini ianya sudah berakhir selepas zohor ni..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahimnye..ijtimak ini dapat berlangsung dengan jayanya..seperti dalam laporan surat khabar semalam bertajuk Ijtimak perkukuhkan dakwah Islamiah - TPM , PM rai 200,000 jemaah tabligh,dan Solat Jumaat terbesar di Negeri Sembilan ,melaporkan mengenai ijtimak,menampakkan penerimaan pemimpin Malaysia mengenai usaha dakwah tabligh ini..


Dan sepanjang ijtimak berlangsung ini, di rumahku ini,hujan turun mencurah-curah sejak hari jumaat lalu..dan pagi tadipun hujan masih turun walaupun tidak lebat..alangkah gembiranya seandainya ini petanda kepada kejayaan ijtimak ini..pernah dengar bayan mengatakan apabila ada perhimpunan sebegini,dan kala itu hujan turun,bukan bererti ijtimak itu gagal,tetapi itulah tanda kejayaan kerana apabila hujan turun,maka doa-doa akan dimakbulkan dan amat mustajab berdoa ketika hujan ini..oh,gembiranya seandainya perkara itu benar...bayangkanla seandainya titis-titis hujan itu adalah hidayah untuk manusia,masyaAllah,tak terhitung rasanya..

Tak sabar untuk menunggu laporan dari suami mengenai ijtimak ini..Ya Allah,mudah-mudahan dengan perhimpunan ini,akan membuka lembaran baru untuk umat manusia dalam melakukan dakwah dan usaha atas agama Allah ini..dan semoga di masa akan datang,manusia-manusia yang memandang serong usaha ini,dapat menerima dengan hati terbuka..marilah kita bersatu menegakkan kalimah Allah dengan melakukan kerja dakwah nabi ini..

" Dan katakanlah, yang benar telah datang,dan yang batil telah lenyap,sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap," (Al-Isra':81)

8 comments:

Ahliahnizam said...

Al-hamdulillah .....
Hidayah Ya Allah ..!!

Tujuh Kaki Dalam said...

bayangkan selepas azan jumaat tiba2 hujan lebat seketika.

Allahu Akhbar!!

Unknown said...

insyaAllah hidayah~

Baitijannati said...

Alhamdulillah..atas hidayah n rahmatMU YA Allah...

karkunahmithali said...

Untuk semua...mudah2an hidayah tersebar ke seluruh alam..ameen

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Sememangnya hujan turun semasa azan jumaat.. turun dengan gaya mesra-mesra alam gitu... dan semasa Akhirie-Munajat oleh Hadrat Maulana Zubir, saya perhatikan, awan redup telah berkumpul di medan Ijtimak. Hujan rintik2. Kemudian kembali redup.

Pemerhatian saya kepada beberapa ijtimak/jord.. begitulah pola nya.. Semoga, benar, itu adalah tanda qabuliyat Allah kepada usaha dan Ijtimak yang dibuat...

Oh Allah... ampunilahs egala kekurangan dan kelemahan kami...

Nabi s.a.w. kata, usaha baginda seperti hujan.... :-)

wassalam.

karkunah said...

to gunawan aziz,
wslam...alhamdulillah...mudah2an tanda penerimaan Allah terhadap ijtimak ini..sterusnya pada usaha dakwah tabligh ni...

inderjeetlatella said...

Sloty Casino NY - Mapyro
Find Sloty Casino NY, New York, United States, ratings, photos, prices, 부천 출장샵 expert 의정부 출장마사지 advice, 하남 출장마사지 traveler reviews and 경주 출장샵 tips, 충주 출장안마 and more information from Mapyro