Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana di kesempatan ini Allah Taala telah mengizinkan bayan masturat di adakan di rumahku pagi tadi..untuk pengetahuan pagi tadi adalah program Majlis Taklim Mingguan masturat dan hari ni muzakarah 6 perkara digantikan dengan bayan dari jemaah Palestin..wah..Palestin..??..mendengar nama Palestin pasti kita terbayang keadaan negara tersebut yang penuh bergolak dengan cengkaman dari kaum yahudi..siapa sangka di sebalik keadaan Negara Palestin yang tidak stabil dan di jajah oleh yahudi, Allah telah memilih mereka untuk datang ke negara kita dalam kerja dan usaha dakwah dan tabligh..menurut pembayan terdapat dua jemaah dari Palestin yang datang ke negara kita satu jemaah lelaki dan satu jemaah masturat..Alhamdulillah..Dalam hatiku seperti tidak percaya ada jemaah Palestin akan datang ke rumahku untuk beri bayan Masturat ni..bila buat kerja agama ini satu dunia Allah boleh pilih untuk jemaah sampai ke tempat kitakan..
Antara isi bayan adalah menyentuh usaha kaum wanita dalam kerja agama ini..dikatakan bahawa anak2 banyak terkesan pada ibunya..ini kerana masa mereka banyak dihabiskan bersama ibu manakala ayah banyak berada di luar rumah..maka kaum ibulah yang perlu mencorakkan kehidupan anak2 mereka untuk berada dalam suasana iman dan amal..sebagai contoh pembayan menceritakan kisah Nabi Ibrahim as..kita tahu bagaimana kisah Nabi Ibrahim yang meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di
Dan sebaliknya kisah Nabi Nuh dan isterinya yang mana isterinya dan anaknya ingkar pada nabi Nuh, menolak dakwah nabi Nuh, maka kesannya dakwah NAbi Nuh hanya mampu menarik 83 orang sahaja pengikut dalam masa 950 tahun dakwah Nabi Nuh..dan Allah telah membinasakan isteri dan anaknya kerana menolak dakwah Nabi Nuh tersebut..inilah kesan fikir seorang wanita..perbandingan kisah 2 orang nabi ini sudah cukup memberi gambaran pada kita tentang peranan kita sebagai wanita dalam menyokong usaha dakwah yang dilakukan oleh suami2 kita..InsyaAllah kita azam dan doa untuk sama jalankan kerja dakwah nabi ini…
Dan pembayan juga menceritakan bahawa sebelum usaha dakwah tabligh ni sampai ke Palestin, keadaan penduduk Palestin adalah jauh dari mengamalkan agama..kaum wanitanya tidak menutup aurat, susah untuk melihat mereka bertudung, manakala kaum lelaki juga susah untuk di lihat berpakaian sunnah nabi..kerana mereka begitu terkesan dengan kehidupan Yahudi dan Nasrani..tetapi sekarang asbab usaha dan dakwah ini, amal agama penduduk Palestin semakin meningkat, ramai wanita menutup aurat dan berpurdah, amal sunnah nabi juga semakin meningkat, manakala banyak madrasah dan maahad tahfiz di buka di sana..Alhamdulillah..
Di akhir bayan, tasykil di buat dan insyaAllah kami para masturat azam untuk membentuk satu jemaah masturat 3 hari pada bulan Ramadhan nanti..doa2kanla..
2 comments:
assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..
subhanallah, alhamdulillah.. senang mendengar rumah akak jadi tempatan untuk majlis taklim mingguan ;)
ternyata dalam berdakwah, tak bisa hanya sendiri ya.. antara suami dan istri harus sama2 bergerak..
semoga kelak akan banyak suami dan istri yang bergerak untuk agama Allah..
Amiin ya Allah..
Subhanallah,
...............*speechless*
Post a Comment