BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 06, 2009

Cerpen: Ujian Seorang Masturat

Cerita ini adalah kisah benar yang ku olah dan ku ubahsuaikan menjadi sebuah cerpen. Moga mendapat ikhtibar daripadanya...


*************************

Ima, seorang isteri kepada seorang pekerja agama ( karkun ), merupakan isteri yang taat pada perintah Allah dan mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupannya. Ima juga telah beberapa kali keluar masturat 40 hari dan banyak pengalaman yanag telah di peroleh dalam usaha dakwah ini. Dia telah mendirikan rumahtangga dengan suaminya hampir 15 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Hatinya amat bahagia dan gembira berada di landasan dakwah tabligh ini. Suaminya seorang yang kuat fikir agamanya. Menyambut setiap takaza agama dengan lapang dada, mendahulukan urusan agama lebih dari urusan dunia.

************************

“ Kring, kring”

Telefon bimbit Ima berbunyi di suatu petang.

“Assalamualaikum,” Ima memberi salam.

“ Walaikumussalam. Ima abang ni, petang nanti ada seorang kawan abang nak datang bawa isterinya jumpa Ima. Dia ni orang baru dalam usaha tabligh ni. Nanti Ima ikramlah isteri dia tu,” Suami Ima memberitahu tujuan panggilan telefon itu.

“ Orang baru?, kawan tempat kerja abang ke?” tanya Ima ingin kepastian.

“ Takdelah, semalam abang tasykil dia di masjid”

“ Oh, baiklah bang. Nanti Ima akan layan isteri dia tu”

“ Ok, Assalamualaikum”

“ Waalaikumussalam”

************************

Hamid, pemuda yang baru mengenali usaha dakwah tabligh ini. Orangnya muda lagi, baru berusia 26 tahun,manakala isterinya 24 tahun, mempunyai dua orang anak.

Kahwin muda.

Seperti yang di janjikan petang itu isteri Hamid datang ke rumah Ima.

“ Assalamualaikum, kak”Sapa isteri Hamid pada Ima.

“ Waalaikumussalam. Jemputla masuk dalam rumah”

Kami melabuhkan badan di atas karpet. Rumah Ima sederhana saja. Di ruang tamu hanya ada sebuah almari dan sehelai karpet yang di hampar sebagi alas tempat duduk. Memang sederhana.

Ima tersenyum padanya.

“ Nama siapa ni?,” Ima memulakan perbualan.

“Panggil saya Mimi je, kak. Akak pula nama apa?”

“Mimi ye. Panggil akak, Kak Ima sudahla,” Ima pula memperkenalkan dirinya.

“Ini anak-anak Mimi ye. Comel-comel ye”. Ima melihat ke dua anak Mimi yang duduk diam di sebelah ibunya itu.

“ Kak Ima, saya nak tahulah pasal tabligh ni.Apa dia tabligh tu?, dia bukan ajaran sesatke?,” terus Mimi bertanyakan seolan cepu emas kepada Ima. Ima tersenyum memandang wajah Mimi. Dalam hati Ima berkata, “ Mana pulak dia dapat sumber ajaran sesat ni, Ya, sememangnya Mimi tak bersalah sebab bertanyakan soalan itu, kerana dia memang tidak mengetahuinya,”

“Takdelah Mimi. Kerja tabligh ni kerja nabi. Tabligh tu sendiri maksudnya menyampaikan. Maknanya kerja meyampaikan dakwah ni kerja semua orang, umat islam. Kerja ini adalah kerja untuk kita bantu agama Allah. Bukannya ajaran sesat. Kerja tabligh ni di buat di masjid dan di surau. Kalau kaum wanita di buat di dalam rumah,” Ima memberi penjelasan ringkas pada Mimi. Mimi hanya mengangguk-angguk tanda faham.

“ Tapi kak, kenapa pulak suami Mimi kata, dia nak keluar 3 hari Jumaat ni. Keluar 3 hari tu apa kak?” tanya Mimi lagi pada Ima.

“ Oh, 3 hari tu untuk kita belajar perbaiki diri,iman dan amal kita. Cam kursus jugakla. Kursus nak perbaiki iman dan amal. Bila ada suasana agama ni, iman dan amal dapat diperbaiki. Lagipun mereka keluar ni bukan ke mana pun. Mereka berikhtikaf di masjid. Buat amalan di dalam masjid. Bukankah masjid tu rumah Allah. Dan Allah amat menyukai hambanya yang dapat memakmurkan rumah-rumahnya,”

“ Oh, isteri tak boleh ikutke?” tanya Mimi lagi.

“Ish, yang kuar ni semua orang lelaki. Kalau bawa isteri boleh. Tapi tu di panggil keluar masturat ( suami isteri) dan isteri programnya di buat di dalam rumah.”

Bagitahu Ima menerangkan ketidakfahaman Mimi mengenai usa dakwah tabligh ini.

Perbualan kami berlangsung hampir setengah jam dan pelbagai soalan di timbulkan oleh Mimi dan dijawab sebaiknyaoleh Ima, sebelum suaminya menjemput Mimi dan anaknya pulang.

Usai Mimi pulang, Ima duduk memikirkan perihal diri Mimi. Orangnya masih muda dan cantik dan melihat cara perpakaiannya menampakkan yang dia seorang yang bergaya.

*********************************

Usai solah asar, Ima bertafakur di atas tikar sembahyangnya.

Peristiwa sebentar tadi membuatkan hatinya menjadi remuk dan sedih. Dia tidak menyangka sejauh itu tindakan Mimi terhadap dirinya. Terasa hina dirinya di perlakukan sebegitu. Bila mengenangkan peristiwa tadi, air matanya laju mengalir di pipinya. Mengapa Mimi harus menuduhnya sebegitu?, walhal sebelum ini dia dapat menerima dengan baik usaha dakwah dan tabligh ini.

********************************

“ Kring, kring,”

“Assalamualaikum,” Ima memberi salam.

“ Kak, Mimi ni. Apa yang akak dah buat kat suami Mimi hah?, Mimi nak tanya akak betul-betul,”Ima terkedu, tanpa menjawab salam dan terus tiba-tiba diterjah soalan sebegitu, membuatkan hati Ima menahan getar degup jantungnya.

“ Apa yang akak dah buat, bukanke suami Mimi tengah keluar 40 hari sekarang ni?”

Ima menjawab soalan Mimi yang tak masuk dek akal.

“ Kak, Mimi nak balik suami Mimi. Kenapa Mimi telefon suami Mimi tak dapat?” suara Mimi agak meninggi dalam telefon itu.Hati Ima sudah sebak. Terkejut dengan tindakan Mimi yang memperlakukannya sebegitu. Setahunya Mimi tak pernah bersikap kasar pada dirinya. Sebelum suaminya keluar, Ima telah sedaya upaya menerangkan kenapa suami Mimi keluar 40 hari. Adakah sebab dia dipengaruhi oleh ahli keluarganya. “ Ya, Sekarang ni Mimi berada di kampung. Pasti ada cerita songsang yang telah mempengaruhi dirinya sehingga tergamak dia berkata sedemikian padaku,”bisik hati Ima.

“ Mimi, sabar Mimi. Akak rasa mungkin suami Mimi offkan telefon tu atau tempat yang suami Mimi keluar tu di kawasan pedalaman. Mungkin taka de line telefon kot,” Ima cuba menerangkan situasi yang mungkin berlaku.

“ Kak,Mimi baca kat surat khabar , tabligh ni ajaran sesat, mereka bukan keluar 40 hari, tapi tengah buat maksiat. Kat surat khabar tu kata, mereka berfoya-foya dengan perempuan dan minum arak. Tempat tu memang dekat dengan markaz tabligh kawasan kita,” Mimi berkata sambil menahan getar suaranya yang hendak menangis.

“ Astaghfirullahalazim, Mimi. Takkan semudah itu Mimi nak percaya?,betulke dia sebut jemaah tabligh, akak yang dah 15 tahun dalam usaha ini, tak pernahpun suami akak buat begitu, dan akak pun pernah kuar sekali dengan suami akak, kami tak pernah pun buat seperti itu. Mungkin kat surat khabar tu kata memang itu ajaran sesat tapi bukannya jemaah tabligh. Ini semua salah faham, Mimi,” suara Ima juga agak keras menerangkan keadaan yang sebenar. Memang Ima terkejut dengan apa yang berlaku ini. Apapun dia berserah kepada Allah semoga Allah meleraikan kekusutan tentang perkara ini.

“ Habis tu, kenapa Mimi tak dapat hubungi suami Mimi,” terdengar tangisan di hujung telefon sana.

“ Sabarla Mimi. Kan akak dah bagitahu tadi. Takpelah. Nanti akak tanya suami akak, kat mana suami Mimi keluar, kenapa tak boleh hubungi, doa bebanyak ye Mimi,” Ima cuba menenangkan hati Mimi.

“Takpela kak, nanti Mimi telefon lain. Assalamualaikum,”

“ Waalaikumussalam,”

*********************************

Dua tahun kemudian,

“ Tak sangka Mimi dah banyak berubah sekarang yea,” Bicara Ima statu hari ketika bertemu Mimi yang selamat melahirkan anaknya yang ke tiga.

“ Semuanya kuasa Allah,kak. Walaupun macam-macam Mimi kata pada tabligh ni,

Pada diri akak, dan sampaikan Mimi rasa nak bercerai dengan suami, tapi semua itu tidak menjadi. Semakin bisikan-bisikan jahat datang pada diri Mimi, semakin Allah lindungi diri Mimi. Alhamdulillah, Mimi boleh terima dah usaha dakwah tabligh ni,”

“ Alhamdulillah, Mimi. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun pada hamba-hambanya. Akak percaya ujian ini adalah sebagai kifarah untuk hapuskan dosa-dosa Mimi yang dahulu,”

“ Betul tu kak. Dulu Mimi ni jahil agama, tak tahu sembahyang, hidup sosial, tak tutup aurat, sekarang ni memang banyak perubahan baik yang Mimi rasakan dalam hidup Mimi,”

“Baguslah Mimi. Akak memang respect pada Mimi, dari jahil, sekarang dah dapat amalkan agama dalam kehidupan Mimi. Tak sangka akak, Mimi siap berpurdah dah sekarang ni,” puji Ima sambil tersenyum pada Mimi.

Wajah Mimi merona merah.

“ Akak doa-doakanla untuk Mimi. Sebenarnya Mimi masih belum kuat nak melaluinya. Tapi semua kerja Allah. Mimi berpurdah pun bukan sebab suami atau kerja tabligh ni, tapi sebab nak taat perintah Allah,”

Ima tersenyum mendengar jawapan Mimi. Mudah-mudahan Allah berkati kehidupan Mimi sekeluarga. Semoga dirinya tabah menghadapi mehnah dan perjuangan sebagai seorang daeiyah. Sesungguhnya setiap mehnah itu pasti tersembunyi kemanisan di akhirnya…TAMAT

5 comments:

nz said...

buat byk2 nnti boleh dibukukan..

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..

subhanallah.. semoga Allah beri hidayah yg bercurah2 untuk wanita lain seperti Mimi.. yang mahu berhijrah karna ingin taat pada Allah semata..

amiin ya Allah..

karkunah said...

salam,
to ^inas^,
oh,yela tuh..pastu inas jadi dealer jadi penerbit,ok?

to namaku ina,
InsyaAllah,sama2 kita doa pada Allah Taala..:)

ClassicBerbisik said...

Allahuakbar...

Anonymous said...

sy mintak maaf,sy da langgar 12 usul..."jgn ambil barang org tanpa izin"...sy da copy cerpen "ujian seorang masturat" ni..n post kat note sy di fb...so, sy harap...di izinkan...sy share pd rakan2 se usaha...mohon maaf n mohon di izinkan...manusia selalu mlakukan kesilapan..