|
Thursday, November 19, 2009
Solat yang tak diterima...:(
Posted by karkunah at 3:32 PM 7 comments
Labels: Renungan
Tuesday, November 17, 2009
Kelebihan umat Muhammad SAW...
|
Posted by karkunah at 11:26 AM 5 comments
Labels: Kisah Tauladan
Wednesday, November 04, 2009
Jom buat bisnes...!!
Bisnes???
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[11] Iaitu, kamuberiman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Perniagaan atau bisnes yang disebutkan dalam ayat di atas terbahagi kepada 3 perkara.
1.Beriman kepada Allah(Lailaha illallah)
Bisnes ni untuk kita belajar iman yakin kita.Yakin sebenar2 yakin dengan Allah,menafikan makhluk dan mengisbatkan hanya Allah yang Maha Esa Maha berkuasa..segala yang berlaku di atas muka bumi semuanya adalah dengan izin Allah..manusia langsung tak ada kuasa hatta nak gerakkan satu jari pun,andai Allah tak izin maka jari itu tak bergerak.
Contoh:orang sihat boleh gerakkan jari,tapi bila dia lumpuh anggota badan,maka nak gerak jari pun tak mampu..maka kita kena yakin semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah..
Maka kita kena perbanyakkan percakapan yang membesarkan ALlah,nafikan makhluk dan hanya isbatkan Allah sahaja yang MAHA BERKUASA..
Kita kena banyak gunakan pancaindera kita untuk lihat kebesaran Allah ini..bukan nak tunggu ada benda pelik,awan ada tulisan Allah,buah tulisan Allah,pokok tulisan Allah,baru kita nak percaya..tidak,kerana kekuasaan Allah itu,sejak kita dalam rahim Allah dah tunjukkan..
sebab itu kita kena gunakan :
1-mata kita untuk lihat ciptaan2 Allah..bagaimana Allah ciptakan matahari,bulan dan planet2 berada pada paksinya,langit tanpa tiang,lautan yang terbentang luas...semua itu adalah tanda kekuasaan ALlah swt..
2-telinga kita suka dengar orang2 cakap ttg kebesaran ALlah,
3-mulut kita bercakap dan dakwahkan manusia kepada Allah,
4-akal fikiran kita berfikir akan ciptaan2 Allah ni..
teringat satu bayan..orang suka cakap jaga diri baik2..betulke percakapan begitu..kalau kita boleh jaga diri kita..tentula kita tahu rambut kita berapa helai,bulu mata berapa helai...mmm,betullakan..seolah2 kita yakin kita yang jaga diri kita..so,kita kena kembali pada Allah,bahawa diri kita ini di bawah jagaan Allah semata2...
2.Beriman kepada Rasul(Muhammadurrasulullah)
Bisnes ni untuk kita bawa cara Nabi saw dalam kehidupan harian kita.Nak yakin hanya cara hidup nabi MUhammad saw sahaja bawa kejayaan..cara yahudi,nasrani semuanya gagal di sisi Allah..
maka kenala kita hidupkan sunnah nabi di akhir zaman ni..memang untuk amal sunnah ni umpama menggenggam bara api..sakit dan derita kita kena tanggung sendiri..
so,kita belajar2la untuk hidupkan sunnah nabi ni.bawa 3 perkara ni dalam hidup kita..
1-surah iaitu ketrampilan nabi,cara nabi berpakaian,cara makan,minum dan sebagainya..
2-sirah iaitu perjalanan hidup nabi bagaimana nabi bermuamalah bersiasah dan sebagainya
3-sarirah iaitu fikir risau nabi tentang umat..bagaimana nabi disaat wafatnya masih sebut ummati...ummati..nabi mahu sehingga bayi yang akhir sebelum kiamat dapat mati dengan kalimah LailahaIllah,maka kita juga kena belajar dan wujudkan fikir risau tersebut dlm diri kita tentang umat akhir zaman yang sudah jauh dari kehidupan sunnah nabi ni..
3.Berjuang dijalan Allah dengan diri dan harta kita.
Bisnes yang ketiga ni adalah untuk kita belajar gunakan diri kita pada jalan Allah,tanpa ada apa2 kepentingan peribadi atau dunia..
Jadi kita kena lapangkan masa kita,diri dan harta kita untuk keluar ke jalan ALlah..belajar untuk islah perbaiki iman yakin kita dan mengajak manusia kepada Allah.
So,marilah kita sama2 wujudkan fikir risau tentang umat dengan melakukan 3 bisnes ini...mudah2an dengan bisnes yang kita jalankan ni,ALlah berikan keuntungan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak..dan pastinya bisnes ini dapat menyelamatkan kita dari azab Allah dan seksa api neraka..InsyaAllah..
Selamat berbisnes..:)
Posted by karkunah at 2:47 PM 8 comments
Labels: iman
Thursday, October 29, 2009
Rindu nak terima jemaah.....
Posted by karkunah at 2:50 PM 10 comments
Labels: Apa2 Aje
Monday, October 19, 2009
Pengimarahan Masjid Satu Tuntutan...
dan pengunjung ke kawasan peranginan lelaki dan perempuan terpaksa sembahyang di anjung surau yang terdedah,bagaimana aurat wanita nak terjaga..kenapa sampai begitu sekali mereka ajk surau ni buat pada jemaah yek..benci sangat dengan jemaah yg mahu menghidupkan suasana iman dan amal dalam surau tersebut..Ya Allah,mudah2an cahaya hidayah kau campakla pada mereka yg menentang jemaah ni..
Kat sini kita boleh baca peranan jemaah yg sebenar maksud Quran dan Hadith...ku copy dari khutbah jumaat jais..
"Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, Allah s.w.t menjamin kepada orang yang menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang damai, rahmat dari Allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju keredhaan Allah s.w.t didalam syurga".(Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti dakwah dan perhimpunan bagi umat islam.Masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t dan mempunyai hati yang suci bersih.
Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi rahmat dan hadiah Allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid, dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman Allah s.w.t:
"Hanyasanya yang layak memakmurkan menghidupkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(At-Taubat ayat 18)
Orang yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari abu said al-hadari r.a rasullullah s.a.w bersabda:
"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".
(Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)
Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:
"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...........".
(Riwayat Al-Bahari)
Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid, hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.
Sekarang ini, kedudukan masjid kita kebanyakkannya tersergam dengan binaan yang indah, dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah menjadi matlamat utama pembinaanya.
"Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".
(Riwayat Muslim)
Kita juga bimbang, seandainya generasi akan datang memandang masjid hanya sebagai tempat solat jumaat seminggu sekali sahaja atau tempat orang-orang tua dan orang pencen beribadat. Mereka hanya bersemangat untuk mngimarahkan surau,sedangkan masjid diletakkan dibawah tanggungjawab pihak yang lain.
Masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan. Banyak fadhilat beramal ibadat dimasjid, selain daripada Masjidil haram di Mekah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aksho di Baitulmakdis yang sangat-sangatdiberkati allah s.w.t. Tempat-tempat lain seperti surau adalah kurang fadhilat jika dibandingkan dengan masjid yang didirikan solat jumaat terutama sunat beriktikaf didalamnya.
Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana ganjaran terlalu besar,sehingga Rasulullah s.a.w tidak memberi kelonggaran walaupun kepada orang yang buta. Malah Rasulullah s.a.w pernah dalam ucapannya dengan memberi ancaman untuk membakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah ke masjid . Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:
1- Membina displin yang tinggi
Penghayatan solat berjemaah,pasti mendorong kearah keadaan di mana setiap hari lima kali orang-orang islam terutama golongan lelaki berbaris dalam satu saf yang rapi.Keadaan ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi,seperti pengurusan masa, pembersihan anggota badan dan pakaian,latihan berhimpun dan berbaris dengan rapi dan teliti.
2- Membina semangat persaudaraan dan kerjasama
Solat berjemaah merupakan wadah perancangan aktiviti sosial,termasuk merancang program gotong-royong,menziarahi anggota jemaah yang sakit, meninggal dunia atau mengalami masalah,tolong-menolong diantara satu dengan yang lain.Keadaan ini sudah pasti mendorong ke-arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih menepati.
"Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya, terutama sekali dirumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".
(An-Nur Ayat 36)
Posted by karkunah at 9:29 AM 5 comments
Labels: masjid
Wednesday, October 14, 2009
Cerita sana sini....

Posted by karkunah at 8:23 AM 7 comments
Labels: Apa2 Aje
Friday, September 25, 2009
Aidil Fitri & Puasa 6...

Di saat kita bergembira jangan lupa untuk kita kena renung kembali kata bijak pandai iaitu:
"Raya yang sebenar ialah apabila di akhirat kelak Allah isytiharkan pada diri kita untuk masuk dalam syurga dan selamat dari azab neraka..Itulah raya kita yang sebenar- benarnya..."
walau bagaimanapun,bukanla bererti kita tak boleh berhari raya,tapi biarla hari raya itu selari dengan syariat islam.
Bagi diriku dan familyku..alhamdulillah kami dapat beraya dengan gembira terutama anak2ku..pulang ke kampung dan berjumpa sanak-saudara merupakan peluang yang tak mungkin dilepaskan..tapi tahun ni kami hanya dapat beraya 3 hari je..raya pertama di sebelah suamiku dan raya kedua belahku pula..raya ke 3 sudah pulang kembali ke rumahku kerana esoknya suami dah mula berkerja..dan bila bab berziarah ni,kanak2la paling gembira coz dapat collect duit raya..siap anak2ku bila jalan umah saudara,tanya padaku bila nak dapat duit raya..mmm,selalu ku ingatkan pada anak2ku agar betulkan niat ziarah itu kerana Allah,pergi beraya kerana nak bersilaturrahim,bukan sebab nak duit raya,walaupun mungkin anak2ku tak faham dan masih kecil lagi,tapi kita sebagai ibu bapa kenala ingatkan anak2 kita supaya tak salah niat dalam berhari raya ni..
So,untuk syawal ni,jangan lupa teruskan berpuasa sunat 6 hari..mudah2an Allah limpahkan rahmat dan kebaikan dalam bulan syawal yang kita lalui tika ini...
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,
"Siapa yang puasa di bulan Ramadhan, kemudian diiringi puasa 6 di bulan Syawal,maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa"(HR Muslim)
Akhir kata rasanya tak terlambat lagi utkku ucapkan,
Posted by karkunah at 9:48 AM 2 comments
Labels: Raya
Thursday, September 10, 2009
Bila wanita seperti lelaki...~
Actually nak storile citer yang berlaku padaku semalam..sedangku berehat2 dengan anak2ku lepas zohor tu..terdengarla orang memberi salam dan mengetuk rumahku..biasanye kalu orang yang tak ku kenal memang aku tak melayannya..tapi semalan ntah macam mana tergerak hati nak buka pintu,walhal aku dah intai dah kat sliding door nampak macam budak lelaki berkaca mata berdiri di luar,tapi tak berapa jelas dan ada seorang wanita tersorok kat belakang pintu kayu rumahku..so aku ingatkan anak jiranku..bila buka pintu je( mujurla ada tirai kat pintu luar rumah ni,coverla mukaku yg tak berhijab ni dari di lihat budak lelaki tu)..oh,siapa pula dia ni,tak kenal la pulak..rupanye budak perempuan (lagi sorang ni bertudung) datang nak ajar jahitan padaku,memula tu malas nak layan,memang tak de masala petang tu coz nak rehat ngan nak prepare utk berbuka petang nanti..so budak tu explain la pasal jahitan ni bla..bla..bla kat depan pintu rumahku ni,x jemput pun masuk,tak berani sebenarnya,lanikan ramai orang boleh menyamar..mmm..aku pun ntah macam mana bleh tanya kat budak perempuan tu,
Posted by karkunah at 9:54 AM 6 comments
Labels: Ragam manusia
Friday, September 04, 2009
Hidup sederhana
Pesanan yang ke lima untuk para wanita amalkan dalam kehidupan harian dan rumahtangga adalah mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh nabi dan para sahabat. Yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah kita berbelanja mengikut keperluan kita walaupun kita mampu bukan mengikut kemampuan kita dan hawa nafsu semata-mata sehingga menyebabkan pembaziran dan sifat menunjuk akan harta yang kita miliki.Ada 5 perkara yang perlu disederhanakan dalam kehidupan kita iaitu:
11. Rumah.
Kita lihat rumah orang islam hari ini sudah jauh dari ciri-ciri rumah sahabat dan sahabiyah. Rumah kita sudah seperti rumah orang yahudi dan nasrani kerana dalamnya punya tv, perhiasan, perabot, meja makan dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah milik kehidupan orang yang kafir. Jadi rumah orang islam perlu menghindarkan perhiasan yang boleh menyebabkan pembaziran dalam rumah tersebut. Tidak guna rumah besar dan indah andaikata penghuni di dalamnya hidup jauh dari ketaatan kepada Allah dan rasulnya.
22. Pakaian.
Pakaian juga perlu sederhana seperti yang digariskan oleh islam. Bukan pakaian moden yang jauh dari ciri-ciri pakaian orang islam. Apatah lagi dengan suasana menyambut hari raya, sudah pasti pakaian baru menjadi pilihan kita. Tak cukup sepasang sebaliknya 2-3 pasang. Tidak salah tetapi biarla berpada2 kerana pakaian yang tidak kita pakai itu akan di hisab di hari akhirat kelak.
33. Makanan.
Di bulan ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ni, sudah tentu makanan yang berlebihan pasti berlaku apatah lagi dengan sifat teruja dan nafsu kita melihat makanan di bazaar ramadhan. Belanja berlebihan sehingga membazir. Maka kita kena muhasabah makanan yang kita mahu makan, kalau biasa kita makan 3-4 jenis makanan, cubalah kita kurangkan kepada 2 jenis sahaja. Mudah2an dengan cara itu mengingatkan kita kepada insan yang tidak berkemampuan dan kita dapat belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah Taala.
44. Kenderaan.
Ramai orang yang punya impian untuk memiliki kereta besar dan mewah. Maka mereka yang mahu mencontohi kehidupan sahabat sahabiyah perlula bersederhana dalam kenderaan. Cukuplah kenderaan itu digunakan kerana keperluan bukan kerana menunjukkan kemewahan kita. Dan tidak perlulah kita menghiasi kenderaan itu pada perkara yang tidak perlu.
55. Kenduri.
Sederhana dalam kenduri terutama kenduri perkahwinan. Ambil yang perlu sahaja, tidak perlu bersanding untuk menunjuk2, makan beradab atau berhias pelamin dan bersolek. Dikatakan permulaan keberkatan hidup suami isteri adala pada akad nikahnya,jikalau dalam hari perkahwinan sudah ada unsur kemaksiatan,sudah tentu tiada keberkatannya,maka tidak mustahil seandainya rumah tangga mereka itu penuh masalah dengan ranjau duri kerana diawalnya sudah tidak mengikut syariat islam.
Jadi kita perlula memikirkan kehidupan kita agar wujud kesederhanaan dalam setiap tindak tanduk kita supaya tidak bertentangan dengan ajaran islam. Dikatakan sederhana itu terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Melalui jalan taqwa-iaitu jalan yang ditunjukkan oleh rasul saw dan para sahabat.
2. Melalui jalan fatwa- iaitu jalan yang dibolehkan oleh ulama.
Posted by karkunah at 10:30 PM 5 comments
Labels: Pesanan wanita
Tuesday, August 25, 2009
Khuruj & Ramadhan
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk aku khuruj 3 hari masturat di bulan Ramadhan ini. Walaupun ada sedikit ujian dalam pembentukan jemaah,tapi ianya dapat diselesaikan dengan izin Allah. Sebenarnya ada 2 jemaah masturat yang akan keluar masturat ni, masing2 6 pasang untuk 2 jemaah ni. Tapi pilihan Allah, ketika bayan hidayah, hanya 3 pasang aja yg dpt keluar dari jemaahku dan 5 pasang bagi satu jemaah lagi. Setelah dimesyuaratkan untuk dapat bentuk 2 jemaah maka jemaah kami telah import satu pasang masturat dari jemaah lagi satu untuk mencukupkan 4 pasang bagi syarat khuruj masturat ni..alhamdulillah, jemaah kami telah keluar di kawasan Penanti dan lagi satu jemaah ke Perlis.
Posted by karkunah at 7:36 AM 6 comments
Labels: Laporan masturat
Tuesday, August 18, 2009
Ya Allah,izinkan aku keluar lagi....
Posted by karkunah at 9:18 AM 7 comments
Labels: Renungan
Tuesday, August 11, 2009
Ciri-ciri suami soleh
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
• Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
• Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
• Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
• Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
• Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
• Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
• Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
• Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
• Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.
Posted by karkunah at 6:09 PM 6 comments
Labels: Renungan
Thursday, August 06, 2009
Cerpen: Ujian Seorang Masturat
Cerita ini adalah kisah benar yang ku olah dan ku ubahsuaikan menjadi sebuah cerpen. Moga mendapat ikhtibar daripadanya...
Ima, seorang isteri kepada seorang pekerja agama ( karkun ), merupakan isteri yang taat pada perintah Allah dan mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupannya. Ima juga telah beberapa kali keluar masturat 40 hari dan banyak pengalaman yanag telah di peroleh dalam usaha dakwah ini. Dia telah mendirikan rumahtangga dengan suaminya hampir 15 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Hatinya amat bahagia dan gembira berada di landasan dakwah tabligh ini. Suaminya seorang yang kuat fikir agamanya. Menyambut setiap takaza agama dengan lapang dada, mendahulukan urusan agama lebih dari urusan dunia.
************************
“ Kring, kring”
Telefon bimbit Ima berbunyi di suatu petang.
“Assalamualaikum,” Ima memberi salam.
“ Walaikumussalam. Ima abang ni, petang nanti ada seorang kawan abang nak datang bawa isterinya jumpa Ima. Dia ni orang baru dalam usaha tabligh ni. Nanti Ima ikramlah isteri dia tu,” Suami Ima memberitahu tujuan panggilan telefon itu.
“ Orang baru?, kawan tempat kerja abang ke?” tanya Ima ingin kepastian.
“ Takdelah, semalam abang tasykil dia di masjid”
“ Oh, baiklah bang. Nanti Ima akan layan isteri dia tu”
“ Ok, Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam”
************************
Hamid, pemuda yang baru mengenali usaha dakwah tabligh ini. Orangnya muda lagi, baru berusia 26 tahun,manakala isterinya 24 tahun, mempunyai dua orang anak.
Kahwin muda.
Seperti yang di janjikan petang itu isteri Hamid datang ke rumah Ima.
“ Assalamualaikum, kak”Sapa isteri Hamid pada Ima.
“ Waalaikumussalam. Jemputla masuk dalam rumah”
Kami melabuhkan badan di atas karpet. Rumah Ima sederhana saja. Di ruang tamu hanya ada sebuah almari dan sehelai karpet yang di hampar sebagi alas tempat duduk. Memang sederhana.
Ima tersenyum padanya.
“ Nama siapa ni?,” Ima memulakan perbualan.
“Panggil saya Mimi je, kak. Akak pula nama apa?”
“Mimi ye. Panggil akak, Kak Ima sudahla,” Ima pula memperkenalkan dirinya.
“Ini anak-anak Mimi ye. Comel-comel ye”. Ima melihat ke dua anak Mimi yang duduk diam di sebelah ibunya itu.
“ Kak Ima, saya nak tahulah pasal tabligh ni.Apa dia tabligh tu?, dia bukan ajaran sesatke?,” terus Mimi bertanyakan seolan cepu emas kepada Ima. Ima tersenyum memandang wajah Mimi. Dalam hati Ima berkata, “ Mana pulak dia dapat sumber ajaran sesat ni, Ya, sememangnya Mimi tak bersalah sebab bertanyakan soalan itu, kerana dia memang tidak mengetahuinya,”
“Takdelah Mimi. Kerja tabligh ni kerja nabi. Tabligh tu sendiri maksudnya menyampaikan. Maknanya kerja meyampaikan dakwah ni kerja semua orang, umat islam. Kerja ini adalah kerja untuk kita bantu agama Allah. Bukannya ajaran sesat. Kerja tabligh ni di buat di masjid dan di surau. Kalau kaum wanita di buat di dalam rumah,” Ima memberi penjelasan ringkas pada Mimi. Mimi hanya mengangguk-angguk tanda faham.
“ Tapi kak, kenapa pulak suami Mimi kata, dia nak keluar 3 hari Jumaat ni. Keluar 3 hari tu apa kak?” tanya Mimi lagi pada Ima.
“ Oh, 3 hari tu untuk kita belajar perbaiki diri,iman dan amal kita. Cam kursus jugakla. Kursus nak perbaiki iman dan amal. Bila ada suasana agama ni, iman dan amal dapat diperbaiki. Lagipun mereka keluar ni bukan ke mana pun. Mereka berikhtikaf di masjid. Buat amalan di dalam masjid. Bukankah masjid tu rumah Allah. Dan Allah amat menyukai hambanya yang dapat memakmurkan rumah-rumahnya,”
“ Oh, isteri tak boleh ikutke?” tanya Mimi lagi.
“Ish, yang kuar ni semua orang lelaki. Kalau bawa isteri boleh. Tapi tu di panggil keluar masturat ( suami isteri) dan isteri programnya di buat di dalam rumah.”
Bagitahu Ima menerangkan ketidakfahaman Mimi mengenai usa dakwah tabligh ini.
Perbualan kami berlangsung hampir setengah jam dan pelbagai soalan di timbulkan oleh Mimi dan dijawab sebaiknyaoleh Ima, sebelum suaminya menjemput Mimi dan anaknya pulang.
Usai Mimi pulang, Ima duduk memikirkan perihal diri Mimi. Orangnya masih muda dan cantik dan melihat cara perpakaiannya menampakkan yang dia seorang yang bergaya.
*********************************
Usai solah asar, Ima bertafakur di atas tikar sembahyangnya.
Peristiwa sebentar tadi membuatkan hatinya menjadi remuk dan sedih. Dia tidak menyangka sejauh itu tindakan Mimi terhadap dirinya. Terasa hina dirinya di perlakukan sebegitu. Bila mengenangkan peristiwa tadi, air matanya laju mengalir di pipinya. Mengapa Mimi harus menuduhnya sebegitu?, walhal sebelum ini dia dapat menerima dengan baik usaha dakwah dan tabligh ini.
********************************
“ Kring, kring,”
“Assalamualaikum,” Ima memberi salam.
“ Kak, Mimi ni. Apa yang akak dah buat kat suami Mimi hah?, Mimi nak tanya akak betul-betul,”Ima terkedu, tanpa menjawab salam dan terus tiba-tiba diterjah soalan sebegitu, membuatkan hati Ima menahan getar degup jantungnya.
“ Apa yang akak dah buat, bukanke suami Mimi tengah keluar 40 hari sekarang ni?”
Ima menjawab soalan Mimi yang tak masuk dek akal.
“ Kak, Mimi nak balik suami Mimi. Kenapa Mimi telefon suami Mimi tak dapat?” suara Mimi agak meninggi dalam telefon itu.Hati Ima sudah sebak. Terkejut dengan tindakan Mimi yang memperlakukannya sebegitu. Setahunya Mimi tak pernah bersikap kasar pada dirinya. Sebelum suaminya keluar, Ima telah sedaya upaya menerangkan kenapa suami Mimi keluar 40 hari. Adakah sebab dia dipengaruhi oleh ahli keluarganya. “ Ya, Sekarang ni Mimi berada di kampung. Pasti ada cerita songsang yang telah mempengaruhi dirinya sehingga tergamak dia berkata sedemikian padaku,”bisik hati Ima.
“ Mimi, sabar Mimi. Akak rasa mungkin suami Mimi offkan telefon tu atau tempat yang suami Mimi keluar tu di kawasan pedalaman. Mungkin taka de line telefon kot,” Ima cuba menerangkan situasi yang mungkin berlaku.
“ Kak,Mimi baca kat surat khabar , tabligh ni ajaran sesat, mereka bukan keluar 40 hari, tapi tengah buat maksiat. Kat surat khabar tu kata, mereka berfoya-foya dengan perempuan dan minum arak. Tempat tu memang dekat dengan markaz tabligh kawasan kita,” Mimi berkata sambil menahan getar suaranya yang hendak menangis.
“ Astaghfirullahalazim, Mimi. Takkan semudah itu Mimi nak percaya?,betulke dia sebut jemaah tabligh, akak yang dah 15 tahun dalam usaha ini, tak pernahpun suami akak buat begitu, dan akak pun pernah kuar sekali dengan suami akak, kami tak pernah pun buat seperti itu. Mungkin kat
“ Habis tu, kenapa Mimi tak dapat hubungi suami Mimi,” terdengar tangisan di hujung telefon sana.
“ Sabarla Mimi. Kan akak dah bagitahu tadi. Takpelah. Nanti akak tanya suami akak, kat mana suami Mimi keluar, kenapa tak boleh hubungi, doa bebanyak ye Mimi,” Ima cuba menenangkan hati Mimi.
“Takpela kak, nanti Mimi telefon lain. Assalamualaikum,”
“ Waalaikumussalam,”
*********************************
Dua tahun kemudian,
“ Tak sangka Mimi dah banyak berubah sekarang yea,” Bicara Ima statu hari ketika bertemu Mimi yang selamat melahirkan anaknya yang ke tiga.
“ Semuanya kuasa Allah,kak. Walaupun macam-macam Mimi kata pada tabligh ni,
Pada diri akak, dan sampaikan Mimi rasa nak bercerai dengan suami, tapi semua itu tidak menjadi. Semakin bisikan-bisikan jahat datang pada diri Mimi, semakin Allah lindungi diri Mimi. Alhamdulillah, Mimi boleh terima dah usaha dakwah tabligh ni,”
“ Alhamdulillah, Mimi. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun pada hamba-hambanya. Akak percaya ujian ini adalah sebagai kifarah untuk hapuskan dosa-dosa Mimi yang dahulu,”
“ Betul tu kak. Dulu Mimi ni jahil agama, tak tahu sembahyang, hidup sosial, tak tutup aurat, sekarang ni memang banyak perubahan baik yang Mimi rasakan dalam hidup Mimi,”
“Baguslah Mimi. Akak memang respect pada Mimi, dari jahil, sekarang dah dapat amalkan agama dalam kehidupan Mimi. Tak sangka akak, Mimi siap berpurdah dah sekarang ni,” puji Ima sambil tersenyum pada Mimi.
Wajah Mimi merona merah.
“ Akak doa-doakanla untuk Mimi. Sebenarnya Mimi masih belum kuat nak melaluinya. Tapi semua kerja Allah. Mimi berpurdah pun bukan sebab suami atau kerja tabligh ni, tapi sebab nak taat perintah Allah,”
Ima tersenyum mendengar jawapan Mimi. Mudah-mudahan Allah berkati kehidupan Mimi sekeluarga. Semoga dirinya tabah menghadapi mehnah dan perjuangan sebagai seorang daeiyah. Sesungguhnya setiap mehnah itu pasti tersembunyi kemanisan di akhirnya…TAMAT
Posted by karkunah at 9:44 AM 5 comments
Labels: Cerpen